Tuesday, April 26, 2011

Umpama Ibu & Bapak Ketam Mengajar Anak Depa Berjalan Betul...

Assalamu'alaikum.. Ucapan salam kesejahteraan untuk semua pengunjung laman ini..

Ni sedikit sambungan kisah daripada entri aku yang (ini)...

Actually, mak cik yang tegur aku tu seorang peniaga.. Aku berhenti kat gerai dia untuk membeli putu buluh pada malam tu.. Sambil dok bersembang dengan mak cik peniaga tu, sempatlah menjeling kat orang ramai yang turut berada kat gerai putu buluh tu..

Kebetulan kat sebelah kiri aku satu family; pasangan suami isteri dan dua orang anak mereka.. Lihat kepada rupa, dalam 20an adalah umur pasangan tu.. Usha sekejap depa berdua dari atas sampai bawah.. Dan baru aku perasan kedua-duanya berseluar pendek...

Pendek takat mana..??

Tak payah tahulah.. Pendek kata memang tak menutup aurat la..

Tiba-tiba teringat satu kisah yang dihikayatkan kepada aku ni.. Bukan Hikayat Merong Mahawangsa yer pembaca semua tapi satu kisah benar yang aku sendiri tidak tahu kebenarannya.. Huhu

Ada seorang ayah ni hendak hantar anak dia belajar ke sebuah sekolah agama.. Setelah memberikan tempoh seminggu untuk anaknya itu berfikir, waktu pagi bertanyalah si ayah kepada anak lelakinya itu.

Jawab si anak, "Saya tak dak masalah belajaq kat mana pun, janji maghrib satgi saya nak ayah jadi imam; kita solat berjamaah".

Lalu termenunglah si ayah mendengar permintaan anaknya itu. Sepanjang hidupnya belum pernah dia jadi imam solat. Solat Jumaat dan Hari Raya pun jarang-jarang sekali hendak nampak batang hidung.

Si ayah terus keluar rumah ikut pintu; menuju satu tempat yang tidak diketahui. Pagi menjelang tengahari, si ayah tidak pulang ke rumah.. Tengahari menjelang petang, si ayah masih juga belum pulang ke rumah.. Petang menjelang senja, kelibat si ayah tiba-tiba muncul di muka pintu.. Dia berjubah putih, berserban di kepala..

"Hang sembahyang sorang la na.. Ayah nak pi sembahyang kat surau ni.." kata si ayah sambil mengorak langkah menyusuri jalan ke surau, meninggalkan si anak yang masih termanggu-manggu dengan perubahan mendadak si ayah.

Di surau...

Kebetulan hari tu, tok imam tak pi ke surau.. Pusing punya pusing, tok bilal nampak akan si ayah yang berjubah dan berserban ni. Lalu diperlawalah akan si ayah ke hadapan mengimamkan solat.

Solat pun didirikan...

Si ayah mengalunkan surah al-fatihah.. Bergetar-getar suaranya umpama orang sedang menahan kesedihan.. Sedang makmum di belakang menyangka bahawa yang menjadi imam solat mereka itu seorang 'wali' yang diutuskan Allah..

Sampai ke penghujung surah al-fatihah, disambut oleh makmum dengan, 'AMIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIN.......". Si ayah yang terkejut terus lompat ke tanah ikut tingkap. Makmum di belakang turut ikut melompat. Bukankah dijadikan imam itu untuk diikuti..??

Selesai makmum yang terakhir melompat, tiba-tiba sahaja surau kayu itu runtuh... Benarlah tok imam yang diutuskan kepada mereka pada hari ini seorang wali Allah yang punya karamah.. Bisik para makmum sesama mereka..

Dan si ayah pula, semenjak daripada kejadian itu terus bertaubat dan berterusan mendalami ilmu agama..

Ha amacam, best tak hikayat aku ni..??

Benda mudah yang aku nak sampaikan sebenarnya, ibubapa jangan jadi 'Umpama Ibu & Bapak Ketam Mengajar Anak Depa Berjalan Betul'..

Kita hendak anak kita menjadi baik, pastikan diri kita pun kena baik..

Kita hendak anak kita menutup aurat, pastikan dulu aurat kita tetutup..

Kita hendak anak kita menunaikan solat, pastikan kita pun kena bersolat..

Jika tidak..

Sehebat dan sebaik mana pun ajaran guru di sekolah, sama sekali tidak akan punya manfaat bilamana si anak pulang ke rumah, dia menyaksikan serta memandang ibu dan bapa membuat benda yang dilarang sedang si guru pula mengatakan benda itu jangan sesekali dibuat..

Bukankah sudah timbul kekacauan fikiran untuk si anak memilih antara yang baik dan buruk di situ..??

Catatan Penulis :

Kisah penulis dan mak cik penjual putu buluh belum tamat lagi.. Nantikan sambungannya...

***

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts