Sunday, July 10, 2011

Soal Dan Jawab Mengapa Aku Sokong BERSIH

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera..

Entri ni sekadar respon peribadi kepada sahabat blogger yang bertanya walau aku sebenarnya memang malas nak menulis jika ada hubung-kait dengan politik.. Kerana, politik bukan bidangku..

Ini antara persoalannya...

Jika SPR tidak telus, mengapa tidak dibawa berbincang..??

Hampir semua rakyat Malaysia sudah maklum, dalam satu kenyataan media beberapa minggu sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan, Pengerusi SPR dengan jelas telah menyatakan bahawa tiada sebarang pintu rundingan yang akan diadakan dengan penganjur perhimpunan.

Adakah dengan perhimpunan akan menyelesaikan masalah..??

Perhimpunan yang diadakan mungkin tidak akan menyelesaikan segala masalah, tapi sebagai satu tanda protes rakyat kepada pihak terbabit.

Ini petikan kata-kata Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) yang aku ambil dari facebooknya semalam :

"Apabila sudah disekat 'gila-gilaan', ugutan, surat pekeliling, tangkapan dalam & luar KL, tetapi rakyat masih BOLEH berkumpul seramai ini di beberapa lokasi, ini menandakan tahap MAHA SERIUS utk pemerintah TIDAK EGO, buka telinga & hati utk berubah. Perubahan itu pasti baik utk semua termasuk pemerinth itu sendiri. Kerajaan responsif akan disayangi rakyat. Tanpa gangguan spt di atas, jumlah easily boleh mencecah 2 juta orang!. Apalah gunanya ego sgt jika akan ke kubur juga nanti.

Tugas ahli akademik & pemikir adalah memberikan buah pandangannya terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. Status ini bukan soal menyokong mana-mana pihak secara sembrono, kecuali mencadangkan solusi yg terbaik menurut hemat masing2. Itulah dilakukan dalam status ini. Islam sentiasa berkait dgn pentadbiran semasa, justeru ilmuan Islam dituntut utk memberi pandangan dalam hal ehwal semasa, bukan hanya bab solat, puas, haji, haid & yg seperti itu shj. Tidak kiralah walau pandangan mereka berbeza2 mengikut telahan & pengamatan masing-masing".

Sumber asal : SINI

Jika pilihanraya tidak betul, mengapa PR ( Pakatan Rakyat ) masih tetap bertanding..?? Mengapa tidak diboikot..??

Pilihanraya tidak pernah salah, tapi sistemnya yang dipertikaikan. Tujuan asal daripada perhimpunan itu diadakan untuk mengemukakan 8 tuntutan yang melibatkan penambahbaikan terhadap SPR, bukannya untuk memansuhkannya.

Jika diboikot tanpa menyertai sebarang pilihanraya, maka akan hilanglah suara-suara rakyat yang mewakili parti-parti pembangkang. Kerana di sana, ada pro dan kontranya bila wujud pihak kerajaan dan pembangkang di dewan undangan negeri mahupun dewan rakyat.

Bila PR menang pilihanraya, mengapa tidak timbul pilihanraya yang tidak adil..??

Bagaimana jika soalan diatas dijawab kembali dengan soalan yang ini, "Jika pilihanraya itu adil, mengapa pihak yang memuji ketelusan SPR itu sendiri tetap menghantar petisyen pilihanraya ke mahkamah di dalam membantah beberapa kes yang melibatkan pengiraan undi. Bukankah itu secara tidak langsung bermaksud mereka sendiri meragui kewibawaan pihak SPR..??

Bukankah Islam menyebut bahawa matlamat tidak menghalalkan cara..??

(Matlamat Tidak Menghalalkan Cara)

Ia sebenarnya bukanlah sebuah kaedah di dalam Islam atau Fiqh Islam. Perlu difahami bahawa untuk digelar sebuah ‘kaedah' sama ada Usuliyyah atau Fiqhiyyah di dalam Islam ia mestilah bersumberkan dalil-dalil al-Quran dan al-Hadis yang pelbagai dan berulang-ulang maksud dan ertinya.

Sebenarnya, Islam menolak sebahagian kaedah ‘Matlamat Menghalalkan Cara' dan menerima pula sebahagian bentuknya. Dan dalam masa yang sama, Islam juga, menerima idea "Matlamat Tidak Menghalalkan Cara" dan menolak sebahagian dari bentuknya.

Sumber penuh : SINI

Tujuan asal perhimpunan adalah untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong..?? Dimana memorandum itu..??

Bukankah Sasterawan Negara A.Samad Said beserta kumpulannya telah dihalang oleh pihak polis untuk ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum yang dimaksudkan..??

(sebagaimana yang dilaporkan media massa semalam).

Soalnya bukan di mana, tapi MENGAPA memorandum itu tidak sampai...

Catatan Penulis :

Entri ini hanya penulisan BIASA oleh insan BIASA yang menjadi rakyat Malaysia BIASA yang punya pandangan BIASA untuk dikongsikan bersama anda.

2 comments:

Unknown said...

saudara mengatakan "dalam satu kenyataan media beberapa minggu sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan, Pengerusi SPR dengan jelas telah menyatakan bahawa tiada sebarang pintu rundingan yang akan diadakan dengan penganjur perhimpunan.", tapi adakah saudara ada membaca ulasan SPR mengenai tuntutan BERSIH? kebanyakan tuntutan BERSIH tertakluk dengan undang-undang seperti penggunaan dakwat kekal..

mengapa pihak yang memuji ketelusan SPR itu sendiri tetap menghantar petisyen pilihanraya ke mahkamah di dalam membantah beberapa kes yang melibatkan pengiraan undi?

Tunjuk kat semua orang kawasan mana atau parti mana dari kerajaan yang buat macam tu?

3 persoalan saya nak tanya saudara:

seandainya SPR ikut 100% tuntutan BERSIH dan PR kalah teruk pada PRU13, adakah bermakna SPR masih tidak telus?

Seandainya SPR tidak ubah langsung sistem pilihan raya di Malaysia, maksudnya masih mengekalkan sistem yang ada, adakah SPR telah telus seandainya pada PRU13, PR menguasai 2/3 Parlimen dan DUN di Malaysia?

Selain daripada pemimpin BERSIH, berapa ramai orang Bukan Melayu yang sertai BERSIH? Daripada gambar dan video BERSIH yang saya lihat, hanya orang Melayu sahaja kelihatan. Agak tidak logik hanya orang Melayu sahaja yang menuntut SPR telus.

Unknown said...

Saudara perlu ingat bahawa suruhanjaya bermaksud sebuah badan bebas yang tidak dibayangi oleh mana-mana parti politik.. oleh itu mereka perlu menerima mana-mana cadangan yang difikirkan baik untuk kebaikan bersama.. Terima dulu tuntutan itu, soal samaada akan dilaksanakan @ tidak, biarkan diputuskan pada peringkat dan pihak yang sepatutnya...

Memandangkan saya anak jati negeri Perlis, kes terdekat ialah dua dun yg kini menjadi milik parti PAS iaitu Simpang Empat & Sanglang yang mana selepas keputusan PRU12 diumumkan dulu, kerajaan BN (UMNO) telah membawa kes ini ke mahkamah bagi kes yg melibatkan pengiraan undi.

Soalnya, adakah tuntutan BERSIH itu hanya akan mendatangkan kebaikan kepada pihak PR manakala pihak BN langsung tidak..??

Dan sekali lagi saya sebut, saya sokong tuntutan BERSIH kerana ia melibatkan kebaikan bersama untuk semua pihak, bukan kerana saya ini adalah penyokong tegar mana2 parti politik..

Dua soalan pertama yang saudara tanya ini rasanya biarlah parti2 politik itu sendiri menjawabnya, kerana saya seorang yang tidak punya kepentingan..

Berkenaan soalan ke-3, saudara boleh rujuk di youtube untuk perarakan BERSIH 2.0 di puduraya.. Dalam video yang memakan masa lebih kurang 4 minit itu, wajah2 orang cina turut kelihatan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts