Wednesday, September 7, 2011

Kalau Berpacaran Kerana Cinta Muka Buku..

"Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku.. Kau hantar petanda suruh aku terima kamu. .Ooh.. Hati ku rasa sesuatu.. Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku.. Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu.. Oohh.. Kenakah rasa itu.."

Ungkapan di atas adalah sebahagian bait-bait lirik 'Cinta Muka Buku' nyanyian Najwa Latif.. Dan secara peribadi, aku bukanlah peminatnya cuma pengkongsianku pada kali ini ada kaitannya dengan kata-kata di atas...

Tidak dinafikan, laman sosial facebook (muka buku) kini menjadi trend terbaru kepada segenap lapisan masyarakat.. Bermula dari orang biasa sehingga orang kenamaan dan politik, bermula dari orang muda sehingga orang lebih berumur, terasa sedikit kekurangan dan kelecehan jika tidak punya facebook...

Cuma kisah yang dikongsikan oleh seorang sahabat baru-baru ini menyebabkan soalan ini tiba-tiba bermain di benak fikiranku.. 'Kalau Berpacaran' kerana 'Cinta Muka Buku', berbaloikah sebenarnya..??

Al-kisahnya...
Seorang dara berkenalan dengan seorang teruna di laman sosial facebook... Perkenalan yang bermula dengan si dara menjadikan si teruna tempat mendapatkan nasihat; berkebetulan dengan si teruna merupakan penuntut di Universiti al-Azhar Mesir dan akhirnya membuahkan rasa kasih dan sayang antara keduanya...

Dipendekkan cerita si dara mengambil keputusan untuk berjumpa dengan si teruna, bila dia pulang bercuti di Malaysia.. Dan natijah daripada pertemuan ini yang akhirnya membawa kepada peristiwa hitam bilamana mereka akhirnya terlanjur dan si dara mengandung... Kandungan digugurkan dan bila mereka membuat keputusan untuk berkahwin, keluarga si teruna menghalang perkahwinan itu dan si dara kini hidup dalam keadaan tertekan... Si teruna yang diharapkan dapat menjadi pembimbing kepada si dara, kini telah menjdi perosak kepada masa depan si dara...

Bila sahabat yang bercerita menanyakan pendapatku berkenaan kisah itu, maka kata-kata ini aku lontarkan,

"ILMU AGAMA itu akan menjadi CAHAYA bila kita ikhlas mencarinya kerana ALLAH... Akan tetapi bila dicampur dengan tujuan yang lain; sehingga menghilangkan sifat ikhlas itu, maka jadilah ia sebagai UJIAN kepada pemiliknya... Orang yang belajar agama, ujiannya lebih besar daripada orang biasa... Dan syaitan yang ditugaskan untuk menggodanya juga bukan calang-calang pangkatnya... ".

Teringat bait-bait lirik lagu 'Kalau Berpacaran' nyanyian Anna Raffali, Suhaimi Mior Hassan & Altimet,

"Kalau berpacaran memang banyak pantang larang.. Menjaga susila ibu bapa adik abang.. Apabila berdua carilah tempat yang terang.. Agar tidak pula mencoba aksi terlarang.. Boleh pandang-pandang.. Jangan pegang-pegang.. Duduk renggang-renggang.. Bertambah sayang.. Biar malu-malu.. Biar segan-segan.. Kerna malu itu perisai orang beriman...".

Di akhir entri ini, ingin aku mengajak diri dan pembaca sekalian berfikir sejenak...

Perkembangan teknologi tidak pernah bersalah, tapi kita sendirilah sebenarnya yang bersalah dalam mencorak dan memanfaatkannya... Jika baik niat kita, kebaikanlah yang kita akan dapat... Jika buruk niat kita, keburukanlah yang kita akan dapat...

3 comments:

kotak bulat said...

emm... kb tak percaya sgt cinta muka buku ni.. sng kene tipu dan senang diduakan kalau kita tak berhati2

Unknown said...

>>KB: Betul tu.. to'wan sendiri lebih suka labelkan cinta muka buku sebagai perasaan 'SUKA' bukannya 'CINTA'... :)

Anonymous said...

that's

true!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts