Friday, September 30, 2011

Ustaz Facebook

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca..

'Ustaz Facebook' satu tajuk entri yang kedengaran asing dan menimbulkan tanda tanya.. Jika hendak mengetahui dengan lebih lanjut, anda dinasihati membaca tampalan ini sehingga habis.. :)

Kata pepatah, " Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali " .. Pepatah ini mungkin ada kaitan dengan apa yang bakal aku kisahkan..

Tidak dapat dinafikan penggunaan facebook dewasa ini bukan lagi hanya sekadar laman sosial, bahkan telah menjadi PENTAS untuk berbisnes dan meyebarkan dakwah.. Ini antara benda positif yang boleh kita terima..

Al-kisahnya..

Seorang teman menceritakan tentang masalahnya di FB (facebook).. Dia seorang yang punya kelulusan agama, maka sudah tentulah perkongsian statusnya dan seumpamanya di FB sesuai dengan kelayakan yang dimilikinya itu..

Dan masalahnya yang dihadapinya bermula bilamana ada sebahagian wanita yang menjadikan PM (private massage) di inbox FB untuk mengajukan soalan.. Atas dasar tanggungjawab seorang yang belajar agama, dia menjawab segala permasalahan yang diajukan sebaik mungkin..

Cumanya 'ada udang di sebalik mee' pada sebahagian wanita yang bertanya itu.. Persoalan yang mulanya melibatkan persoalan agama lama-lama mula melibatkan persoalan HATI hatta ada yang sanggup meluahkan perasaan CINTA terhadap sahabatku itu..

Tapi HAKIKAT yang sebahagian wanita itu tidak tahu, sahabatku itu sebenarnya seorang WANITA juga.. Dek kerana tidak meletakkan maklumat berkenaan jantina dan menggunakan nama timbangan yang umum di profil FB, memungkinkan segala ini terjadi.. Hehe

Jadi USTAZ di FB ni kadang-kadang banyak juga masalahnya.. Sehingga dalam satu kes yang hampir serupa dengan di atas (yang ini ustaznya memang betul LELAKI sejati), seorang wanita mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan kerana jatuh cinta dengan si ustaz FB dan si ustaz pun menerima cintanya..

Wah, bukankah kurang enak itu bila jadi sampai sebegitu rupa.. Nasib baik tunangan orang, kalau isteri orang lagi naya punya kes.. Yang si wanita pula merahsiakan status peribadinya demi meraih cinta ustaz FB..

Ini kisah melibatkan wanita meluahkan perasaan kepada lelaki.. Kisah lelaki meluahkan perasan kepada USTAZAH FB pun ada juga sebenarnya.. Mungkin lain entri pula aku cerita dan sambung..

Pengalaman aku sendiri di FB..??

Ada saja pengalaman serupa yang aku alami sendiri.. Cuma aku membuat keputusan untuk MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI .. Atas dasar itulah sebenarnya aku wujudkan laman Dari Kacamata To'Wan (KLIK) .. Segala persoalan agama yang diajukan di FB terutama daripada wanita akan aku nukilkan entri di situ.. Lebih selamatlah kiranya..

Ini saja aku nak bergebang sebagai entri terakhir untuk bulan September, bulan depan aku nukilkan entri lagi.. ;)

2 comments:

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! said...

tak pelik... ada lelaki yang hampir memceraikan isterinya sendiri kerana main cita dengan bini orang di facebook. Umur 50 an (depan mata sendiri), bini orang tu pun dah cerai sebab gatal nak laki tu. Hmm dunia dunia....

Fahz said...

tak salah jika berkawan melalui cara sebegini..tapi perlu ada batasannya..tepuk sebelah tangan takkan berbunyi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...