Saturday, September 10, 2011

Fuyoo.. Ustaz Ni Hensemlah...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca...

Pagi tadi mengikuti Kem PMR selaku tenaga pengajar ; anjuran sebuah sekolah menengah agama di Perlis. Walau kem itu patutnya berakhir esok, aku hanya dapat memberikan komitmen sampai pagi tadi sahaja.

Al-kisahnya...
Dalam perjalanan menuju ke kumpulan yang aku ditugaskan mengajar, melintas di hadapan sebuah kelas. Tiba-tiba terdengar suara salah seorang daripada sekumpulan pelajar perempuan yang berada di dalam kelas itu, "Fuyoo.. Ustaz ni hensemlah...". Meremang bulu roma aku sekejap. Di sekolah aku mengajar, tidak pernah sakalipun aku terdengar pelajar-pelajar perempuan mengucapkan kata-kata sebegitu. Aiyoo, ADVANCE sungguh budak-budak sekolah hari ini. Itu baru di hadapan guru, di belakang guru wallahua'lam...

Ok.. FULL STOP sekadar itu..

Usai menghabiskan sesi pembelajaran pagi tadi, aku mengambil masa sebentar untuk berbual-bual dengan pelajar. Salah seorang pelajar melontarkan kata, "Petang ni dan pagi esok ustaz mai lagi dak..??".

"Dak kot, sampai pagi ni saja.. Petang ni dan esok ustaz ada kerja.." jawabku untuk pertanyaannya itu.

"La awat pula..?? Tak best la ustaz tak mai..!" cetus sebahagian pelajar.

Aku bertanya, "Awat pula tak best ustaz tak mai..??".

"Kami seronok ustaz mengajar; mudah faham walau Bahasa Arab ni pening juga tatabahasanya kami dok belajar sebelum ni.." jawab mereka.

Aku hanya tersenyum. Dalam hati bermonolog sendiri, "Inilah antara benda yang menyebabkan semangat aku untuk terus menjadi GURU sentiasa ada; kata-kata penghargaan daripada pelajar, walau aku akui tahap keikhlasan aku menjadi guru tidak sampai pun 100%. Lagipun aku guru tidak terlatih, tidak mendapat latihan secukupnya seperti guru-guru lain lepasan maktab perguruan. Betullah ungkapan bahawa NIKMAT menjadi seorang guru ialah bilamana pelajar menjadi PENGHIBUR dan SENGSARA menjadi seorang guru ialah bilamana pelajar menjadi PEMBAWA DUKA...".

1 comment:

ShadDean said...

Suka blog anda (: hak3..~ menarik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts