Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Tahun Ini Lebih Bertuah Aku Rasakan...

Assalamu'alaikum dan salam ramadhan almubarak...

Ramadhan tahun ini lebih bertuah aku rasakan berbanding sebelumnya...

Awatnya..??

Tahun ini 1 Ramadhan bersamaan dengan 1 Ogos...

Dah tu..??

1 Ogos itu tarikh kelahiranku...

Ek eleh, yang tu pun nak kecoh ka.??

Mestilah... Pasal aku bertuah tahun ni...

Sebabnya..??

Selalu tiap-tiap tahun kena OPEN TABLE buat kenduri kesyukuran... Tapi tahun ni SAVE BUDGET ... Huhu...

Catatan Penulis :

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini. Moga kedatangan Ramadhan membawa sejuta pengertian bermakna kepada kita semua.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Melihat Anak Bulan.. Dan Kepelikan Ramadhan..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca..

Sedar tak sedar, sudah hendak menjejak bulan Ramadhan pun kita... Bulan Ramadhan, bulan berpuasa... Berpuasa dalam maksud menahan diri daripada apa yang dilarang oleh Allah S.W.T...

Satu persoalan, berpuasa perlukah dengan melihat anak bulan atau memadai dengan ketetapan pemerintah..??

Jawab aku, memadai dengan ketetapan pemerintah...

Nak tahu lebih lanjut, jom baca : SINI

Bila tibanya Ramadhan, pasti akan timbulnya kepelikan yang kadang-kadang kita sendiri tidak sedar pun sebenarnya...

Nak tahu kepelikan itu, jom baca : SINI

Saturday, July 30, 2011

5 Kepelikan Di Bulan Ramadhan

5 Kepelikan Di Bulan Ramadhan :

1. Semua orang Islam mengetahui haribulan Islam tanpa melihat kalendar.

2. Semua orang Islam mengetahui masuk waktu solat mahgrib sekalipun tidak melihat taqwim waktu solat.

3. Buah kurma menjadi juadah kemestian di dalam setiap rumah orang yang berpuasa.

4. Perempuan lebih ramai yang menutup aurat.

5. Masjid dan surau dipenuhi dengan jamaah yang sebelum ini hanya seminggu sekali mukanya kelihatan di situ.

Catatan Penulis :

Entri ini sekadar pemerhatian umum daripada penulis. Jika masih ada kepelikan di bulan Ramadhan yang penulis terlepas pandang, marilah bersama-sama kita berkongsi.
Published with Blogger-droid v1.7.2

I'm Back And Happy Birthday To You...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca...

Setelah mengambil keputusan untuk berehat dari dunia blog lebih kurang dua minggu yang lalu (SINI) , hari ini 'I'M BACK'... Hehe...

Rindu..?? Itu sudah semestinya... Sebab tu aku kembali.. Huhu

Sedar tak sedar, 4 Julai 2011 yang lalu blog ini sudah mencecah usia 2 tahun... Blog ini yang dulunya terhasil dek keJEALOUSan aku melihat kawan-kawan yang berblog, kini sudah mula sebati dengan jiwaku sendiri...

Blog ini kini menjadi tempat aku meluah rasa, berkongsi pandangan serta maklumat dengan semua yang sudi berkunjung dan membaca di blog ini.. Terima kasih aku dahulukan kepada kalian...

Walau masa mula-mula berblog dulu, TARGET terbesar aku nak dapatkan 100 follower, tapi sehingga saat entri ini aku coretkan, follower blog ini sudah mencecah 2 kali ganda daripada apa yang aku harapkan itu.. Alhamdulillah segala puji dan syukur aku kembalikan kepadaNya...

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan 'HAPPY BIRTHDAY' to my beloved blog... Dan ada hadiah daripadaku untukmu SAYANG.. Cewah jiwang la sangat... Patutlah ada orang panggil aku USTAZ SENGAL...

Tapi aku tetap aku, bukan..?? Seorang yang namanya HAMBA... Yang masih masih ' Mencari Kekuatan Hati Di Sebalik Diri Yang Nisbi ' .......

klik

Monday, July 18, 2011

Aku Nak Berehat Dari Dunia Blog...

Nak berehat dari dunia blog... Tiba-tiba saja semalam ini yang aku rasa lagi... Sebelum ni dah berapa kali bercadang, tapi last-last tak jadi juga...

Bukan kerana aku dah bosan menulis, bukan juga kerana orang tak suka kehadiran aku kat dunia blog ni ( tak tahu la kot2 memang ada), juga bukan kerana langsung tiada orang baca penulisan-penulisan aku... Tapi...

Sebab 'MASA' jealous sangat dengan aku la ni.. Sampai walau aku tak menulis pun, nak buat rutin blogwalking harian pun kadang-kadang dia tak bagi...

Walau bagaimanapun, aku bersyukur sangat kerana 'MASA' tu cemburui aku dengan benda-benda yang bermanfaat dan punya kebaikan untuk diri aku dan orang lain..

Jadi ka aku nak berehat dari dunia blog ni..??

Erm, insyaAllah jadi kot... Cuma tak tahu dalam tempoh bila dan berapa lama...

Moga bertemu lagi dalam penulisan yang akan datang jika aku tak jadi nak berehat... heee ;)

Friday, July 15, 2011

Blogger Itu Ustazku...

Seminggu lepas, aku dijemput untuk menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat bagi sebuah rumah anak yatim...

Sedang menjamu selera ketika menoleh ke kiri aku terpandangkan kelibat seseorang.. Ya kelibat yang amat aku kenali sekali... Dia.. Ustaz yang pernah mengajarku ketika di tingkatan 6... Aku tersenyum kepadanya dan dia membalas senyumanku kembali..

Usai makan, aku mengambil sedikit masa untuk berbual-bual dengannya.. Maklumlah sudah lama tidak bertemu muka.. Aku tamat tingkatan 6, dia pun turut berpindah sekolah..

Rupa-rupanya tuan rumah anak yatim itu adalah bapa saudaranya.. Banyak benda yang kami perbualkan, tidak terkecuali berkenaan dengan pengajianku...

"Macam mana dengan pengajian enta (kamu) kat Yaman tu..??" soalnya.

"Entahlah ustaz.. Jika keadaan kat Yaman masih tak stabil juga hingga hujung tahun ni, ingat nak sambung kat Malaysia saja.. Ana (saya) nak buat PJJ kat UKM dan dalam masa yang sama bekerja.." jawabku.

"Alhamdulillah baguslah macam tu... Enta pun tahun depan umur dah melewati separuh 20an, banyak benda yang perlu difikirkan.. Ustaz sokong sangat perancangan enta tu..." balasnya kembali.

"Terima kasih ustaz.." tuturku ringkas.

Sebenarnya ketika berada di Yaman, aku hanya mengikuti perkembangan semasanya melalui penulisan-penulisan di blognya. Kini peluang bersua aku manfaatkan sebaik mungkin. Banyak nasihat-nasihat berharga yang diberikannya tempoh hari. Dan insyaAllah akan aku gunakan sebaik mungkin.....

Untuk ke blog ustazku yang bergelar blogger ini, klik : SINI

Blog Review : Muslimah Optimis

Assalamu'alaikum dan selamat sejahatera...

Lagi blog aku nak promote hari ni..

Blog kepunyaan seorang wanita... Blog yang artikel-aktikel di dalamnya dipelbagaikan.. Yang paling penting, tidak 'berat' untuk pembacaan anda..

Nak tahu lebih lanjut..??



Catatan Penulis:
Terima kasih kepada tuan blog kerana sudi masukkan blog penulis pada dalam bloglist 'Rugi Tak Singgah dan Baca' di blog anda ....

Aku Pun Selalu Copy Paste Tanpa Letak Backlink...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca..

Copy Paste...

Memang ramai yang lakukan,

Termasuklah aku sendiri...


Tugasan pasti tidak memuaskan,


Lebih malang kalau ditangkap oleh pensyarah atau majikan kerana melakukan 'kerja' ini..




Tapi kalau ditangkap kerana melakukan 'kerja' ini di dalam blog oleh tuan asalnya,


Bagaimana pula rasanya..??


Tidak salah nak copy dan paste,


tapi pastikan ada backlinknya...


Walau kadang-kadang aku pun tak letak juga..


Itu pun jika kata-kata yang aku petik ketika mendengar,


Lalu aku pindahkan kembali ke dalam bentuk penulisan seorang blogger..


Artikel yang baik lagi berpahala,


Tapi digunakan tanpa hak, bagaimanakah hukum penggunaannya..??


Matlamat tidak pernah menghalalkan cara,


Tetapi terkadang, matlamat juga menghalalkan cara...


Maka renung dan berfikir panjanglah sebelum melakukan sesuatu perkara....

Monday, July 11, 2011

Bila 'Ayahanda' Mengetuai Ops BERSIH ..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera...

Dah baca tajuk kat atas tu..?? Ok.. Mai aku nak gebang kat hangpa...

Al-kisahnya...

Tadi masa perhimpunan pagi, telah dilancarkan kempen '1 Asrama 1 Guru' .. Ini bermaksud setiap bilik di asrama pelajar akan mendapat guru angkat masing-masing... Dan tujuan kempen ini sebenarnya lebih kepada pemantauan terhadap keBERSIHan asrama yang menjadi tempat tinggal pelajar..

Lepas perhimpunan, seorang pelajar memanggilku, "Ayahanda...!".

Aku berpaling kat dia lalu berkata, "Syyyyh... Jangan panggil kuat-kuat lagu tu, nanti orang dengar kena saman...! Ustaz bukan banyak duit macam Syamsul Yusuf tu... Haha ".

Apa-apa pun 'Ayahanda' hangpa ni akan pastikan dalam Ops BERSIH nanti, bilik kita jadi juara... Tapi tu la, kesian kat hangpa pasal tak dak 'Bonda' ... Doa-doalah bagi ayahanda cepat kahwin.. Hehe

' KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN '

P/S :
Entri ini hanya entri suka-suki semata. Tiada berkaitan dengan mana-mana parti politik dan pertubuhan. Segala kesamaan adalah secara kebetulan.

Sunday, July 10, 2011

Soal Dan Jawab Mengapa Aku Sokong BERSIH

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera..

Entri ni sekadar respon peribadi kepada sahabat blogger yang bertanya walau aku sebenarnya memang malas nak menulis jika ada hubung-kait dengan politik.. Kerana, politik bukan bidangku..

Ini antara persoalannya...

Jika SPR tidak telus, mengapa tidak dibawa berbincang..??

Hampir semua rakyat Malaysia sudah maklum, dalam satu kenyataan media beberapa minggu sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan, Pengerusi SPR dengan jelas telah menyatakan bahawa tiada sebarang pintu rundingan yang akan diadakan dengan penganjur perhimpunan.

Adakah dengan perhimpunan akan menyelesaikan masalah..??

Perhimpunan yang diadakan mungkin tidak akan menyelesaikan segala masalah, tapi sebagai satu tanda protes rakyat kepada pihak terbabit.

Ini petikan kata-kata Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) yang aku ambil dari facebooknya semalam :

"Apabila sudah disekat 'gila-gilaan', ugutan, surat pekeliling, tangkapan dalam & luar KL, tetapi rakyat masih BOLEH berkumpul seramai ini di beberapa lokasi, ini menandakan tahap MAHA SERIUS utk pemerintah TIDAK EGO, buka telinga & hati utk berubah. Perubahan itu pasti baik utk semua termasuk pemerinth itu sendiri. Kerajaan responsif akan disayangi rakyat. Tanpa gangguan spt di atas, jumlah easily boleh mencecah 2 juta orang!. Apalah gunanya ego sgt jika akan ke kubur juga nanti.

Tugas ahli akademik & pemikir adalah memberikan buah pandangannya terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. Status ini bukan soal menyokong mana-mana pihak secara sembrono, kecuali mencadangkan solusi yg terbaik menurut hemat masing2. Itulah dilakukan dalam status ini. Islam sentiasa berkait dgn pentadbiran semasa, justeru ilmuan Islam dituntut utk memberi pandangan dalam hal ehwal semasa, bukan hanya bab solat, puas, haji, haid & yg seperti itu shj. Tidak kiralah walau pandangan mereka berbeza2 mengikut telahan & pengamatan masing-masing".

Sumber asal : SINI

Jika pilihanraya tidak betul, mengapa PR ( Pakatan Rakyat ) masih tetap bertanding..?? Mengapa tidak diboikot..??

Pilihanraya tidak pernah salah, tapi sistemnya yang dipertikaikan. Tujuan asal daripada perhimpunan itu diadakan untuk mengemukakan 8 tuntutan yang melibatkan penambahbaikan terhadap SPR, bukannya untuk memansuhkannya.

Jika diboikot tanpa menyertai sebarang pilihanraya, maka akan hilanglah suara-suara rakyat yang mewakili parti-parti pembangkang. Kerana di sana, ada pro dan kontranya bila wujud pihak kerajaan dan pembangkang di dewan undangan negeri mahupun dewan rakyat.

Bila PR menang pilihanraya, mengapa tidak timbul pilihanraya yang tidak adil..??

Bagaimana jika soalan diatas dijawab kembali dengan soalan yang ini, "Jika pilihanraya itu adil, mengapa pihak yang memuji ketelusan SPR itu sendiri tetap menghantar petisyen pilihanraya ke mahkamah di dalam membantah beberapa kes yang melibatkan pengiraan undi. Bukankah itu secara tidak langsung bermaksud mereka sendiri meragui kewibawaan pihak SPR..??

Bukankah Islam menyebut bahawa matlamat tidak menghalalkan cara..??

(Matlamat Tidak Menghalalkan Cara)

Ia sebenarnya bukanlah sebuah kaedah di dalam Islam atau Fiqh Islam. Perlu difahami bahawa untuk digelar sebuah ‘kaedah' sama ada Usuliyyah atau Fiqhiyyah di dalam Islam ia mestilah bersumberkan dalil-dalil al-Quran dan al-Hadis yang pelbagai dan berulang-ulang maksud dan ertinya.

Sebenarnya, Islam menolak sebahagian kaedah ‘Matlamat Menghalalkan Cara' dan menerima pula sebahagian bentuknya. Dan dalam masa yang sama, Islam juga, menerima idea "Matlamat Tidak Menghalalkan Cara" dan menolak sebahagian dari bentuknya.

Sumber penuh : SINI

Tujuan asal perhimpunan adalah untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong..?? Dimana memorandum itu..??

Bukankah Sasterawan Negara A.Samad Said beserta kumpulannya telah dihalang oleh pihak polis untuk ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum yang dimaksudkan..??

(sebagaimana yang dilaporkan media massa semalam).

Soalnya bukan di mana, tapi MENGAPA memorandum itu tidak sampai...

Catatan Penulis :

Entri ini hanya penulisan BIASA oleh insan BIASA yang menjadi rakyat Malaysia BIASA yang punya pandangan BIASA untuk dikongsikan bersama anda.

Ustazku Tidak Sengal Macam Aku..

Dulu..

Aku tiada blog.. Tapi aku rajin baca blog ustaz-ustaz yang mengajarku...

Kini...

Aku sudah ada blog... Tapi aku masih tetap rajin baca blog ustaz-ustaz yang mengajarku..

Sekarang..

Aku berblog.. Ustaz-ustazku masih juga tetap berblog..

Cuma..

Aku ni orang kata sengal.. Tapi ustazku tidak sengal macam aku..

Baca : SINI

Jadinya...

Malam ni aku nak promote blog mereka :













Catatan Penulis :

Semoga kedatangan anda ke blog mereka mendatangkan manfaat bersama.

klik sini

Saturday, July 9, 2011

Blog Review : 1 Entri 1 Follower

Assalamu'alaikum dan selamat malam..

Alhamdulillah setelah seminggu, kempen 1 Entri 1 Follower yang aku lancarkan mula menampakkan kesannya.. Dan insyaAllah aku akan teruskan lagi untuk minggu-minggu yang seterusnya sehingga penghujung Julai ini.. Lagipun Ogos dah masuk Ramadhan, jadi aku nak kurangkan sedikit aktiviti-aktiviti berblog ni... He

Ok.. Untuk entri malam ni, aku pilih dua orang blogger untuk dipromote blognya... Dan keduanya perempuan.. Huhu


klik banner


klik banner

P/S :
Dua blogger ini dipilih sebab sudi komen pada entri yang diletakkan tag '1 Entri 1 Follower' dan kemudian follow blog ini. Itu tandanya entri-entri itu berjaya menarik minat mereka.

klik sini

Maaf Aku Tak Bersetuju Dengan Penentang BERSIH...

Hari ni Sabtu, 9 Julai 2011...

Ada apa..??

Sudah tentulah perhimpunan BERSIH 2.0...

Apakah sejarah 16 Mei 1969 bakal berulang..??

Pandanganku tidak... Melainkan jika ianya menjadi isu BANGSA bukannya isu RAKYAT...

Adakah aku menyokong perhimupunan BERSIH 2.0..??

Ya, aku menyokongnya walau ramai blogger yang menentangnya...

Alasannya..??

Kedebiliti SPR memang boleh dipersoalkan sebenarnya.. Satu contoh yang aku sendiri nampak ialah bilamana dalam satu pengiraan pilihanraya, sebuah parti politik yang menang dengan majoriti agak besar pada mulanya kemudian tewas kepada parti lawan dengan majoroti sekali ganda apabila lampu tiba-tiba padam dan undi dikira semula...

Yang ni terpulanglah samada pakat nak percaya @ pakat fikir aku ada-adakan cerita... Nak lagi banyak bukti pun boleh saja aku nak cerita, lepas tu masuk dalam la aku....

Pesanan aku..??

Aku sokong perhimpunan BERSIH 2.0 tapi aku tak sokong orang ramai turun ke perhimpunan itu membabi-buta melainkan anda benar-benar faham apa yang anda lakukan...

Maksud firman Allah dalam surah al-isra' ayat 36 :

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya (di akhirat)".

Wallahu'alam.

Thursday, July 7, 2011

Apa Ada Pada MELAYU ...??

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Melayu
Allahyarham Usman Awang


Catatan Penulis :

Tiba- tiba saja bila baca sajak allahyarham Usman Awang yang bertajuk 'Melayu' ini, menyebabkan aku terkedu dan tersentak sendiri.

Sudah berubah rupanya bangsaku ini. Bak kata Tun Mahathir, "Melayu Itu Mudah Lupa..".

InsyaAllah untuk penulisan yang akan datang, aku akan cuba menulis berkenaan Melayu berdasarkan bait-bait sajak diatas.

Bentuk penulisan yang bagaimana bakal aku ketengahkan, sama-samalah nantikan.


sila klik

Wednesday, July 6, 2011

Aku Suka Nombor iNi..


P/S :
Ini bukan entri Wordless Wednesday, tapi sebab aku malas nak menaip sebenarnya... Hehe Tapi kalau anda nak komen, aku alu-alukan jer ok...

sila klik

Adik Perempuanku Bertanya...

Adik perempuanku bertanya, "Waktu bila angah update blog..??".

Jawabku, "Waktu tidak sibuk...".

Tanya adik perempuanku lagi, "Bila waktu yang tak sibuk tu..?? Siang angah mengajar.. Malam kadang-kadang kuliah maghrib lagi... Balik kuliah, kadang-kadang nampak dok membaca saja... Tapi blog tiap-tiap hari update.. Dua blog pula tu....".

"Ha nak tau rahsianya tak..??" tanyaku pula.

"Nak la.. Cer kongsi sikit...." rayu adik perempuanku...

Rahsianya.....

Rahsianya.....

Rahsianya.....

"Nanti la angah jawab kat dalam blog ya, dah terlewat nak ke sekolah ni..." jawabku selamba.

P/S :
Erm... Ingat nak jawab soalan adikku itu dalam entri ini, tapi tak terjawab juga nampaknya... He :)

Mai singgah : Dari Kacamata To'Wan

klik sini

DIA Memberi.. Kita Menerima..

Teringat kepada kisah seorang sahabat. Pendek ceritanya dia ini memang seorang yang suka berbuat maksiat tapi dalam masa yang sama sentiasa cemerlang dalam pelajaran. Sedangkan ustaz-ustaz selalu cerita, orang buat maksiat ini hati gelap, belajar pun payah dapat. Nampak berlawanan bukan?

Kalau orang bertanyaku mengapa terjadi sedemikian, jawapanku mudah sahaja. Bukankah Allah Taala itu bersifat Ar-Rahman? Semua makhluk Dia akan berikan tidak kiralah samada yang taat atau yang ingkar.

Tapi Ar-RahimNya? Siapa berani menepuk dada lalu berkata diri aku ini sudah merasai sifat Ar-Rahim bagi Allah ke atas diriku?

Bolehlah kita katakan segala pemberian yang baik yang kita dapat selama ini, itu namanya nikmat? Jika ya, berapa kerap kita bersyukur di atas setiap pemberianNya itu? Boleh jadi juga apa yang kita semua dapat selama ini,itu namanya ujian? Atau mungkin juga untuk menguji adakah kita ini bersyukur...??

Bila sebut bersyukur adakah memadai dengan menadahkan tangan ke langit lalu mengucapkan 'Alhamdulillah' ? Itu baru satu juzuk dari syukur iaitu lafzhi (percakapan). Juzuk qalbi (hati) dan fi'li (perbuatan) pula,adakah kita merakamkan rasa syukur? Setiap ibadat itu sendiri bergantung kepada 3 elemen ini hatta aqidah sendiri pun sama. Jika pincang satu elemen, sempurnakah segala amalan juga pegangan kita? Ibarat basikal tanpa roda juga tanpa pemegang mahupun rantai. bolehkah ia digerakkan dan dikawal dengan sempurna?

Begitu jugalah dalam konteks bersyukur. Jika seseorang itu mempunyai ilmu yang banyak tetapi dalam masa yang sama banyak bermaksiat kepada Allah,dia belum dikira bersyukur sekalipun dia menadahkan tangan ke langit lalu mengucapkan 'Alhamdulillah' bila mendapat kejayaan lalu berkekalan melakukan maksiat. Sama jugalah mereka-mereka yang menjual ilmu agama untuk habuan dunia. Kata-kata mereka mampu menarik ribuan orang untuk mendengar, tapi sayang bila tiadanya sifat ikhlas dengan ilmu, maka jadilah mereka itu orang-orang yang berdosa sekalipun apa yang mereka sampaikan itu benar.

Terlalu banyak misalan yang boleh diberikan untuk mengambarkan sifat orang yang tidak bersyukur. Tetapi coretan di atas mungkin cukup untuk sama-sama memuhasabahkan diri kita semua, adakah kita semua daripada kalangan orang-orang yang bersyukur? Tepuk dada tanya iman...

" Ya Allah, ku harapkan setiap pemberianMu itu semuanya nikmat. Jika ianya lautan ujian, selamatkanlah aku untuk mengharungi ujian itu hingga aku sampai ke seberang. Jangan tenggelamkan aku di dalamnya agar aku tidak kufur kepadaMu serta jadikan aku orang yang sentiasa bersyukur..."

Dan diri ini juga sebenarnya, mampukah aku amanah dengan ilmu yang ada..??


klik sini

Tuesday, July 5, 2011

Ubatan Hakiki

Wahai hamba yang mukminin
Takdir itu Allah yang tentu
Bangunkan hati penuh yakin
Sakit dan sihat dari yang Satu

Dari rasa hati gelisah
Tenang tenangkan dengan pasrah
Kenangkanlah dosa yang sudah
Kepada Allah kita berserah

Dalam diam banyak istighfar
Solat taubat terus menerus
Harta yang ada banyak diinfak
Zikir pula janganlah putus

Jangan sekali berputus asa
Rahmat Tuhan luas tersedia
Kesembuhan kan berlaku jua
Alam syahadah atau alam baqa'

Kita ini yang bernama hamba
Pasti sekali melakukan dosa
Sakit itu gugurlah semua
Mudah-mudahan dikurniakan syurga

Berubat itu satu usaha
Hakikat sembuh dari yang Esa
Jangan sampai mensyirikkan-Nya
Dengan amalan yang diada-ada

Ubatan dan amalan perlu berhati
Moga sakit jadi kaffarah
Tauhid itu ubatan hakiki
Sembuh juga daripada Allah

Lagu : Fadzli FAREAST
Lirik : Tn Hj Ismail b Ahmad
Penerbit : Fadzli FAREAST dan Bazli UNIC
Susunan Muzik : Along Exist
Hakcipta : HPA Industries Sdn Bhd


Dalam Al-Quran Pun Diajar Ilmu Membuat Roti Canai

"Murid-murid sekalian, tahukah kamu bahawa di dalam Al-Quran semua ilmu ada diajar di dalamnya sehingga ilmu membuat roti canai pun ada..??" sebut Ustaz Nizam kepada anak-anak muridnya pada penghujung kelas tafsir pagi itu.

"Betulkah ustaz..??" soal salah seorang anak muridnya dalam keadaan tercengang.

"Ya... Jika kamu tidak percaya, balik nanti buka tafsir surah An-Nahl. Cari di ayat yang mana menyebutkan yang demikian. Minggu depan ustaz akan soal kamu..." balas Ustaz Nizam kepada murid yang bertanya.

Minggu depannya; ketika subjek tafsir...

"Ustaz, dah cari, tapi tak jumpa pun.. Ustaz tipu kami bukan..??" kata seorang murid dengan nada tidak berpuas hati.

"Ustaz tak tipu pun.. Betulkah kamu dah cari?" soal Ustaz Nizam kembali.

"Ya kami sudah cari. Cuba ustaz bacakan ayat itu kepada kami. Langsung tidak kami jumpa perkataan roti canai dalam surah itu.." kata murid yang lain pula.

Sambil tersenyum Ustaz Nizam membacakan ayat 43 daripada surah An-Nahl beserta maknanya :

" Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui, ".

"Nah anak-anak murid sekalian, bukankah pada penghujung ayat itu Allah Taala menyatakan supaya bertanya kepada orang yang mengetahui. Jadi jika nak tahu cara membuat roti canai maka bertanyalah tentang ramuan dan cara-caranya kepada si pembuat roti canai," jelas Ustaz Nizam.

"Ustaz ni, perkenakan kami rupanya..!!" sambut satu kelas.

Catatan Penulis :

Pembaca sekalian, meskipun ayat ini menerangkan perihal bertanya kepada para utusan Allah berkenaan hal-hal agama tapi para ulama' menjadikan ini dalil supaya kita bertanya kepada orang yang ahlinya jika kita tidak mengetahui. Jika hal berkenaan urusan akhirat, hendaklah dirujuk kepada ahli-ahli agama dan jika hal berkenaan urusan dunia pula, hendaklah dirujuk pada mereka yang pakar dalam bidang masing-masing.

Wallahu'alam.


Monday, July 4, 2011

Betul.. Aku Tak Tahu Apa Itu Page Rank...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi..

Alhamdulillah setelah dilancarkan malam kelmarin, entri yang aku pilih sebagai target 1 Entri 1 Follower telah menerima balasannya.. ( SINI ) Dia komen kat entri tu, kemudian dia follow... InsyaAllah untuk anda nanti, ada HADIAH kecil dariku... :)

Page Rank...

Mungkin ramai sudah sedia maklum.. Dan aku saja yang ketinggalan keretapi.. Hehe

Tapi apa itu page rank..??

Ia level carian blog anda di enjin carian... Disukat dari level 0 sehingga 10... Semakin tinggi levelnya, semakin popularlah blog anda itu..

Pentingkah page rank tu..??

Penting kot.. Sebab tu ramai blogger yang saling terkejar-kejarkannya...

Kebaikan page rank..??

Semakin tinggi page rank blog anda, semakin tinggi pengunjung yang akan sampai ke blog anda berdasarkan enjin carian; Google khususnya...

Page rank blog Kalam Dari Pondok Tua..??

Sebelum ni aku tidak pernah tahu dan dan tidak pernah nak ambil tahu.. Tapi bila ramai blogger dok cerita, maka aku mula ambil peduli..

Dan hasilnya yang aku dapat daripada SINI :



Patutlah capaian ke blog aku yang paling tinggi adalah dari google, ada kaitan rupanya... Dapat lagi aku satu ilmu baru... ;)

Kesimpulannya, semakin baik tajuk serta entri di blog anda, semakin cerah peluang anda untuk meninggikan page rank blog.


1 Entri 1 Follower
(sila klik)

Jom Join Bloglist Wacanaku


Header Bro Wacana

Nyatakan la sebab-sebab kenapa nak join...

Erm.. aku jawab ringkas saja la memandangkan sekarang time kerja... Huhu

Pertama : Trafik.. Sekurang-kurang bila blog aku dalam bloglist Bro Wacana, meningkat juga trafik aku..kan2..??

Kedua : Blog Bro Wacana ini blog yang wajib aku baca tiap-tiap hari walau jarang komen... Silent reader la kiranya...

Ketiga : Aku pun nak popular macam Bro Wacana juga, boleh tak bagi sebab macam tu..?? Ngeee....

Dan aku nak TAG sesiapa saja yang membaca entri ni... Hehe

Sunday, July 3, 2011

1 Entri 1 Follower

Assalam dan selamat malam...

Malam ni tiada apa sangat nak kongsi dengan pembaca semua... Bukan tiada idea, cuma malas nak menulis.. Ni pun saja buat-buat rajin.. Hehe

1 Entri 1 Follower ... Ni target aku untuk bulan ni.. Mungkin nampak biasa, tapi bagiku sedikit luar biasa...

Sebenarnya... Bila orang datang ke blog kita, tidak semua akan terus follow.. Beberapa benda akan diambil kira, dan salah satunya adalah entri di blog kita...

Aku akui entri-entri di blog ini tidaklah sehebat entri blogger-blogger hebat yang sudah punya pengikut tersendiri seperti Ben Ashaari , Bangku Kosong dan Pembawa Wacana ; sekadar meyebutkan nama beberapa orang blogger yang saban hari aku baca penulisan di blog mereka...

Oleh yang demikian...

Untuk permulaannya, aku ingin cabar diri dengan mendapatkan seorang pengikut melalui setiap entri yang aku tulis di blog aku ni... Ini bermaksud jika untuk bulan Julai ini entriku jumlahnya 30, maka 30 orang follower juga aku akan dapat...

Kebaikannya...

Aku akan dapat seorang pengikut yang follow blog aku ni kerana entri yang aku tulis itu mampu menariknya, bukan kerana I Follow U, U Follow Me..

Banyak follower, tapi dalam banyak-banyak itu berapa banyak yang kembali lagi untuk membaca entri di blog kita..??

Aku tak kisah kalau follower blog ini sedikit, asal aku akan dapat pembaca setia... Itu maksud aku dari 1 Entri 1 Follower yang aku target ni..

Untuk malam ni, samada mampu atau tidak untuk aku dapatkan seorang follower. aku pertaruhkan entri yang INI ..

Anda baca.. Anda nilai.. Dan anda yang tentukan...

Saturday, July 2, 2011

Bilakah Perempuan Akan Mula Menutup Aurat..??

Perbualan seorang adik dan abangnya di satu petang...

Adik: Abang tahu tak bila perempuan yang tidak menutup aurat akan mula menutup auratnya?

Abang: Masa pergi haji la dik..

Adik : Salah...

Abang : Masa akad nikah, bukan?

Adik : Salah...

(Si Abang terus berfikir)

Abang : Ha abang dah tahu.. Jawapannya mesti masa dah dapat hidayah Allah bukan?

Adik: Hehe salah juga... Jawapannya mudah sahaja.

Abang: Apa dia dik?

Adik: Tadi ustazah cakap kat sekolah, perempuan akan menutup auratnya apabila dia dikafankan, akan tutup buat selamanya..


TUTUPLAH AURATMU SEBELUM AURATMU DITUTUPKAN

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." ( An-Nur : 31 )

GEGAR BLOG JULAI 2011


Header Blog Ben Ashaari Dot Com


Tulis apa saja yang mana aku (Ben Ashaari) boleh jadikan soalan pada contest akan datang nanti..

Apa kata aku kongsi beberapa info berkaitan blog aku ni..??

Tahukah anda..??

Salah satu entri di blog ini pernah menjadi menjadi entri pilihan oleh Ben Ashaari iaitu : Mengapa Blogger Melayu Sukar Bersatu..??

Tahukah anda..??

Walau pengendali blog ini menggunakan nama pena ( to'wan ) tapi beliau sebenarnya masih belum mendirikan rumah tangga dan umurnya masih awal 20'an.

Tahukah anda..??

Blog ini mempunyai fan pagenya sendiri di facebook iaitu : Kalam Dari Pondok Tua

Erm.. Tu saja kot sedikit info aku nak kongsi berkenaan blog aku ni.. Nak tahu lebih lanjut, anda geledahlah sendiri... Aku (to'wan) selaku penegendali blog mengalukan-alukan kedatangan anda semua ke blog tidak seberapa ini... :)

Friday, July 1, 2011

Unggun BERSIH...

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Sumber : SINI

Untuk versi audio : SINI

Catatan Penulis :

Yang ku harap cuma setiap manusia dilayani..

Dan diberikan haknya di bumi kelahiran sendiri...

Agar suara kebenaran tidak terus tenggelam dengan agenda peribadi...

Supaya demokrasi melekat di setiap sanubari...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...