Monday, October 3, 2011

Budak-Budak Tahun 80-90an, Rugi Kalau Anda Tiada Pengalaman Ini..!!

Budak-budak yang lahir pada tahun 80/90an mesti ingat masa sekolah rendah dulu: -

* Kat sekolah ada salesman jual buku cerita. Hari ni bagi list, esok minta duit beli walaupun cerita dalam buku tu dah tau. Salesman susu pun camtu gak..

* Kat library, budak-budak memang baca buku tapi hanya tengok gambar je. Bile ada program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku..

* RMT kat sekolah makanan tak best, tapi yang berduit pun join RMT, tak faham....

* Pak...Ai ; pensel box yg boleh buka depan belakang, pastu ade sharpener kat tengah-tengahnya..

* Main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam padahal itu fungsi sebenar; untuk padam!

* Pakai pembaris yang bergerigi, kat dalamnya ada air pastu ada benda berkilat dlm air tu..

* Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ada pemegang kat tengah-tengah tapi tak pernah nampak pun cikgu pegang kat situ..

* Bulu ayam jadi ramping sebab sering dijadikan rotan..

* Time pendidikan seni, melukis semua boleh tapi bile time mewarna semua hampeh. Ada gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, apa la...

* Main game 2D (super contra, super mario, street fighter) ; semua pakai tape..

* Jam tangan Boy London jadi idaman, sebab boleh bertukar warna ikut suhu dan cuaca..

* Takut BCG tapi lepas inject poyo la pulak...

* Balik sekolah singgah kedai beli JoJo tak pun Dendang. Tora pon best gak. Beli semata-mata nak mainan, coklat tak makan pun..

* Siri TV Popular : Gaban, Flashman, Maskman, Kesatria Baja Hitam, Ultraman dan sewaktu dengannya...

Catatan Penulis :

Anda tersengih sendirian bila membaca entri ini..?? :) Ingatlah, manusia akan sentiasa berubah, tapi asal-usulnya tetap bermula dari satu tahap yang sama...

Sumber asal : SINI

3 comments:

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! said...

* Kat sekolah ada salesman jual buku cerita. Hari ni bagi list, esok minta duit beli walaupun cerita dalam buku tu dah tau. Salesman susu pun camtu gak..

HAHAHA, ADA ADA. PERNAH SEKALI TU MASA TADIKA MAMA SAYA KIRIM BELI VITAGEN, BALIK JE TERUS MAIN SEMUA VIAGEN TU DENGAN ADIK, SEMUA KENE CUCUK DENGAN STRAW DIA. bALIK JE MAMA, KENA MARAH TAPI MAMA GELAK JUGAK TENGOK GELAGAT ANAK2 DAI.

* Kat library, budak-budak memang baca buku tapi hanya tengok gambar je. Bile ada program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku..

bETUL BETUL!

* RMT kat sekolah makanan tak best, tapi yang berduit pun join RMT, tak faham....

SEBAB TAK RAMAI BUDAK MISKIN, CIKGU BAGI IKUT TURUTAN. PERNAH GAK MERASA.

* Pak...Ai ; pensel box yg boleh buka depan belakang, pastu ade sharpener kat tengah-tengahnya..

HAHA DULU DULU MEMANG SUKA LAWAN PENSIL BOX PALING CANTIK.

* Main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam padahal itu fungsi sebenar; untuk padam!

SEKOLAH SAYA PELIK, YANG PEREMPUAN SUKA KUMPUL HABUK PEMADAM. WAKTU CIKGU XDE MASING2 GORES PEMADAM TU KAT MEJA KAYU SEBAB NAK KUMPUL SAPE PALING BANYAK.

* Pakai pembaris yang bergerigi, kat dalamnya ada air pastu ada benda berkilat dlm air tu..

ADA ADA!

* Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ada pemegang kat tengah-tengah tapi tak pernah nampak pun cikgu pegang kat situ..

CIKGU GUNA MASA NAK LUKIS GARIS PANJANG ATAS PAPAN HITAM.

Anonymous said...

like dis post...sgt2 nostalgik maa... rndu nk ke zmn tu smle... :)

dwaty said...

TORA datang lagi..... hikhikhik

balik sekolah mesti singgah kedai dulu beli tora... nak mainan jer pun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...