Wednesday, October 5, 2011

Bakal Isteriku, Tiada Wang Hantaran Untukmu..

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca..

Entri kali ini mungkin sebagai sambungan kepada entriku yang INI .. Aku pernah berjanji nak sambung, baru kini berkesempatan dan teringat nak menyambungnya.. Huhu

Satu status di FB berbunyi,

" Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran Di Seluruh Semenanjung Malaysia:-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000 "


Respon aku..??

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah (murah maharnya),”

(HR Abu Daud, Ibnu Hibban, At-Thabrani dan disahihkan oleh Al-Albani).

Dalam Islam, yang menjadi kewajiban bilamana seorang lelaki menikahi seorang wanita ialah mas kahwin bukannya wang hantaran. Jumlah mahar (mas kahwin) pula dilihat atas kemampuan si lelaki dan dipersetujui oleh si wanita. Dan mahar itu adalah milik mutlak si wanita, bukan yang lainnya (termasuk keluarga wanita).

Nah, mengapa disusahkan si lelaki dengan wang hantaran yang tinggi nilainya (sekalipun diharuskan pihak keluarga wanita meminta wang hantaran) jika keluarga wanita mengaku berpegang dengan agama Islam yang mulia..?? Apakah anak perempuan seumpama barangan dagangan sehingga hendak ditetapkan harga..?? Islam itu agama yang mudah.. Maka permudahkan urusan agama termasuk di dalam hal perkahwinan...   

InsyaAllah kahwin nanti, aku hanya nak bagi 10 dinar sebagai mas kahwin untuk bakal isteri, tanpa wang hantaran.. Ada sesiapa sudi..?? ;)

3 comments:

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! said...

saya sudi je tapi bukan dengan awak lah kan.. huhu dah discuss dengan future husband, tak mau hantaran banyak2 sangat. Cuma dah ada sedia tempat tinggal tetap sudah. Rumah tu nama saya, cukuplah.

EJA said...

eja setuju dgn towan..bagi eja setinggi mana wang hantaran seseorg wanita itu yg penting wanita tu pandai jaga suami,anak dan menjadi isteri dan ibu yg soleha pada keluarga :)

♥ cik_farah ♥ said...

sy x kesah pon berapa.
tp bakal husband mcm nk tinggi je.
tgh kumpul duet tu.. kesian pulak dgn dia. urmmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...