Wednesday, May 18, 2011

Bila Wang Hantaran Menjadi Rukun Pernikahan..

Assalamu'alaikum dan selamat pagi...

Sepanjang cuti beberapa hari lepas, banyak jugalah terima undangan untuk menghadiri kenduri perkahwinan.. Dan daripada undangan yang diterima itu, beberapa orang teman selamat mendirikan rumahtangga..

"SELAMAT PENGANTIN BARU &
SEMOGA BERBAHAGIA MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN"

Erm... Aku bila lagi..?? Hehe.. Tidak akan lari gunung dikejar.. Ada jodoh, adalah binaan masjidnya nanti...

Terlajak berbicara tentang perkahwinan.. Hari ni aku nak bergebang pasal wang hantaran.. Kenapa mesti topik ini..?? Ha kalau sudah topik ini aku pilih, mestilah ada benda yang aku nak komplen dan tak puas hati bukan..??

Pssst... Mai aku nak habaq..

Adakah anda kaum hawa tahu atau tidak, bahawa dalam satu kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa isu wang hantaran kini menjadi mimpi buruk untuk kaum adam termasuklah aku..??

Sebabnya... Wang hantaran dah jadi rukun nikah woo.. Kalau tiada, tidak sah pernikahan... Ayat lebih mudah, jika si lelaki yang tidak mampu menyediakan wang hantaran dalam jumlah yang telah ditetapkan oleh pihak perempuan, maka tidak akan berkahwinlah si lelaki itu...

Dalam Islam, pemberian yang wajib itu adalah mas kahwin.. Dan wang hantaran pula sebenarnya, adalah pemberian sunat yang diberikan oleh si lelaki kepada pihak perempuan untuk menguruskan kenduri perkahwinan dan seumpamanya berdasarkan kemampuan si lelaki..

Tak salah pihak perempuan nak tetapkan jumlah wang hantaran kerana ia antara benda yang masih berlegar pada hukum harus pada perkahwinan tapi bila jumlah yang ditetapkan itu melebihi batas kemampuan si lelaki, ni apa cerita..?? Kat mana yang sunat tu..?? Kat mana pula keberkatannya..??

Yang aku perasan, jumlah wang hantaran yang ditetapkan pula bergantung kepada kelulusan pendidikan si perempuan.. Jika takat SPM, lain harga.. Jika diploma pula, lain harga.. Jika ijazah pula, lain harga.. Dan begitulah seterusnya..

Lagi yang aku perasan, tinggi-tinggi wang hantaran yang dok ambil tu, kenduri tetap sama juga.. Jika kelulusan SPM, lembu seekor ditumbangkan, untuk diploma dan ijazah pula, lembu seekor juga ditumbangkan...

Habis, lebihan wang hantaran tu nak buat apa...??

Bersambung...

***

2 comments:

hasrul hassan said...

Salam.
Hahaha... hantaran ikut kelulusan tu ... tak tahan. Tapi itu mentaliti lama, mungkin sekarang dah banyak yang lain kot ..tapi tak tahulah. Namun saya berpendapat, pemberian wang hantaran itu adalah untuk menunjukkan kemampuan si bakal suami.

Ia juga salah satu cabaran buat pasangan yang bakal berkahwin untuk merancang 'kewangan keluarga' ... ini saya anggap satu task yang besar yang perlu disempurnakan sebelum memenuhi rukun yang telah ditetapkan.

EJA said...

suka entry ni..syuqran jazilan atas shared this info :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...