Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Assalamu'alaikum...

Aku baru pulang ke rumah setelah keluar untuk menyelesaikan beberapa urusan sebelum pulang ke Malaysia dan meninggalkan bumi Yaman...

Ni ambil masa sekejap untuk melayari facebook dan blog. Sampai kat blog Ben Ashaari, rupanya hari ni dia ada buat segman lagi. Tengok punya tengok, renung punya renung akhirnya aku buat keputusan nak join juga memandangkan untuk segemn kali ni benda-benda yang ditanya mudah dan tidak memerlukan banyak masa untuk berfikir dan mengarang ayat..

Terus ke segmen...



Tajuk : BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

# Sila ceritakan latar belakang anda..

Aku senang dipanggil dengan tokwan walau usiaku baru hendak menjangkau suku abad. Aku berasal dari negeri paling utara tanah air dan sekarang berada kat Yaman. Apa-apa pun esok; paling awal la ni, aku akan dibawa keluar dari bumi Yaman ni bersama rakyat-rakyat Malaysia yang lain atas faktor keselamatan dek demontrasi kat sini..

# Profesion anda sekarang ?

Penuntut Dirasat Islamiah (Pengajian Islam) di USTY (klik). Jika keadaan kat Yaman masih belum stabil, balik Malaysia nanti mungkin aku terpaksa tangguhkan pengajian di sini buat satu tempoh yang lama.. Satu tahun mungkin..

# Blog favourite anda .. kenapa ?

Link : http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Ni blog ruangan permasalahan agama. Selalu aku masuk sini bila ada nak rujuk sesuatu hukum atau mencari nama-nama kitab untuk rujukan. Tapi yang lebih penting sebenarnya, pengendali blog ini adalah 'ustazku' sedari dulu hinggalah sekarang. Selalu bila aku ada masalah yang berkaitan dengan bidang agama, dialah orang pertama yang aku akan cari..

Lain-lain laman agama yang jadi favourite aku :

Link : http://drmaza.com
Link : http://zaharuddin.net

# Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?

Blog-blog yang lebih suka dok bincang dan tulis masalah khilafiah (cabang) dalam agama dan dok dakwa hanya puak dia saja yang betul, sedang puak lain semua sesat. Benda-benda yang berkaitan dengan aqidah pula dia boleh pejam mata buat macam tak nampak...

Mungkin blog-blog macam ni punya kepentingan peribadi kot...

Kalau dia rasa untung, dia tulis..

Kalau dia rasa rugi, dia tak payah tulis..

# Impian anda terhadap blog anda ..

Akan menjadi salah satu saluran untuk aku berdakwah. Walau pahalanya mungkin tak sebesar mana, tapi mungkin boleh bawa sebagai bekalan dalam lubang kubur nanti...

P/S : Maaflah aku tulis dan jawab ringkas-ringkas saja kat atas tu... Flight dah tunggu aku nak balik Malaysia bila-bila masa sahaja dari sekarang, tapi apa satu barang pun aku tak kemas lagi ni...

***

9 comments:

EJA said...

blog towan ada kat sini naa http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/03/senarai-terkini-blogger-mengikut-negeri.html

Unknown said...

erm syukran.. :) tapi salah la negeri tu huhu

Fadzli Amir said...

Salam...selamat kembli dengan selamat ke tanah air...moga boleh menyambung kembali pelajaran supaya dapat menjadi seorang ulama pewaris nabi...aminn

Unknown said...

terima kasih saudara fadzli :) InsyaAllah dengan izinNya...

afsal_8281 said...

salam ziarah to' wan

semoga selamat di Yaman ya

Shazwan Azizan - wanblur said...

singgah dari blog abg ben..

psss : boleh tak singgah blog nie?? tuan tanah bagi ker?? erk

Unknown said...

>> afsal_8281 : Salam... terima kasih saudara... :)

Unknown said...

>>akuwanblur90 : terima kasih sudi singgah.. InsyaAllah kdtgn anda dialu-alukan... :)

Prince said...

selamat berkenalan...:)
saya blogger kl...
jom jadi member nak???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts