Thursday, March 31, 2011

Bila Arab Tak Semestinya Islam..

Salam dan selamat petang...

Tadi chat dengan seorang kawan kat facebook.. Dia bagitau aku, menjangkau seminggu lebih kurang 500 orang rakyat Malaysia meniggalkan Yaman, sudah 7 buah rumah yang dipecah masuk orang Arab.. Bila aku tanya dia tadi rumah siapa, dia offline la pula..

Harap-harap rumah sewa aku kat Yaman bukan dalam senarai.. Pasal sebelum balik tempoh hari, tuan rumah dah beri jaminan akan keselamatan barang-barang di dalam rumah sewa kami.. Kat dalam rumah sewa aku tu, tiada barang berharga sangat pun.. Cuma paling aku sayang, serak kitab yang aku jadikan bahan bacaan dan rujukan..


Ni rak kitab kesayangan yang aku tinggalkan..

Yang aku nak kongsi-kongsi dengan pembaca semua pada petang ni..

Bila Arab tak semestinya Islam.. Dan bila Islam tak semestinya mukmin.. Meskipun nabi kita, Muhammad S.A.W berasal daripada kalangan mereka..

Justeru itu jangan hairan jika anda akan berjumpa Arab yang beragama Kristian juga ada Arab yang beragama Yahudi meskipun daripada segi penampilannya adalah berjubah... Jubah itu pakaian bangsa.. Sedang agama di dalam diri, bukannya pada penampilan.. Daripada agama di dalam diri itu baru akan terbit penampilan yang mencerminkan agama..

Kita orang-orang Melayu ni pula.. Yang Islam tu ramai tetapi berapa banyak yang mukmin..?? Tu tak termasuk lagi yang dah murtad daripada Islam.. Berapa banyak manusia itu yang dah jauh dari agama yang suci dan murni ni..??

Aku nak tanya lagi..

Bila kena tangkap kerana membunuh, nama yang tercatat kat kad pengenalan tu nama Islam ka bukan..??

Bila kena tangkap kerana mencuri, nama yang tertulis kat kad pengenalan tu nama Islam ka bukan..??

Bila kena tangkap kerana merogol, nama yang tertera kat kad pengenalan tu nama Islam ka bukan..??

Dan dalam agama kita, memang Islam suruh dan ajar penganutnya lakukan benda-benda macam ni ka....?!

Tepuk dada, tanya iman... Samaada kita nak jadi seorang Islam atau nak jadi seorang mukmin...

***

6 comments:

c-tea said...

thanks...inshaallah ct dapat memahami apa yang cuba disampaikan

Unknown said...

alhamdulillah.. mudah-mudahan hidayah Allah sentiasa bersama kita semua..

CeritaSekupang said...

insyaAllah...terima kasih atas peringatan itu..

EJA said...

towan..byk nye buku towan blh la eja pinjam naa..hehehe insyallah umh towan x da pape..hehehe

Unknown said...

>>ceritasekupang : juga peringatan untuk diri sendiri...

>>eja : erm nak pinjam..??boleh saja.. tapi semua dlm bahasa arab la.. InsyaAllah tuan rumah dah habaq, dia dah sediakan AK47 utk si pencuri..hehe

EJA said...

towan x pa klu bahasa arab..eja mintak tlg towan tlg translate..arab ke melayu..hehehe amboi tuan umah towan..kejam..heheheh tp bagus jgk cam tu buat pengajaran :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts