Dah baca tajuk entri kat atas tu..?? Mai aku nak gebang (cerita) kat semua kenapa tajuk tu aku pilih malam ni..
Opps.. sebelum tu, sapa-sapa yang suka kata 'wahabi' kat orang lain, aku tak syorkan anda baca entri ni..
Al-kisahnya..
Tadi masa tengah lawat dan komen facebook kawan-kawan, terbacalah status seorang hamba Allah ni.. Nama dia aku rahsiakan ok.. Tapi kalau korang rasa nak tahu juga siapa gerangan empunya diri, carilah kat facebook aku tu sendiri..
Dia kata lebih kurang macam ni, "Pesanan saya untuk pelajar sanaah jangan ikut wahabi..".
Mula-mula aku confius jugalah kat mana punya negaralah sanaah tu terletak pasal memang aku tak pernah dengar.. Kaji punya kaji barulah aku tahu yang dia nak sebut tu sebenarnya, Sana'a ibu negara Yaman..
Macam mana aku boleh tahu..??
Ni pun sebab aku terbaca pula komen dia kat status facebook orang lain. Haha terang-terang dalam tu dia sebut dua orang nama sahabatku yang belajar kat Sana'a dengan dakwaan dua orang sahabatku ni wahabi..
Mai aku nak gebang lagi..
Salah seorang yang dia sebut tu, memang semua pelajar di Yaman sudah ma'aruf (tahu) dengan kealiman dan kelimuannya. Setiap kali berbicara, tak pernah lekang dimulutnya potongan ayat-ayat Al-Quran mahupun hadis-hadis Nabi S.A.W. Pasal tu kami pakat panggil dia 'guru'.
Yang aku nak persoalkan, takkanlah orang yang macam ni, yang menjaharkan (menguatkan) bacaan bismillahnya ketika mengimamkan solat jamaah kami di rumah persatuan pelajar, dilabel wahabi..?? Kerana setahu aku puak-puak wahabi ni bacaan bismillahnya perlahan..?? Alamatnya kalau dia tu wahabi, habis terbatallah sembahyang kami para makmum yang mengaku ahli sunnah wal jamaah kat belakang ni.. Huhu
Aku nak tanyalah kat orang yang tulis status tu..
Takkan disebabkan satu saja kata-kata atau komennya yang kamu baca, mudah-mudah saja engkau wahabikan orang..?? Bukankah dah jadi fitnah tu..?? Takkan nak suruh aku baca ayat Al-Quran kot yang mana Allah Taala nyatakan tentang dosa memfitnah..??
Nilah sebenarnya salah satu penyakit masyarakat kita. Cepat sangat nak nilai dan labelkan orang tanpa melakukan usul periksa dalam-dalam...
Kalaulah semua orang yang baca bismillah perlahan tu engkau nak labelkan wahabi.. Semua orang yang tak baca qunut tu pun engkau nak labelkan wahabi.. Semua orang yang tak mahu bertahlil tu juga engkau nak labelkan wahabi.. Macam manalah pula status sahnya sembahyang Jumaat aku empat hari lepas, kerana aku sembahyang berimamkan seorang imam wahabi (bismillah perlahan dalam solatnya) sedangkan aku bukan wahabi pun..??
Lagi satu ramai orang yang dah pi Makkah, status solat mereka macam mana pula bila solat berimamkan imam wahabi masa mereka kat sana..?? Bukankah Arab Saudi kuat wahabi..??
Cadang aku kat orang-orang macam ni, kalau pi Makkah nanti pakat bawalah imam sendiri dari Malaysia supaya tak sembahyang berimamkan imam wahabi..
Asta'firullah... Pasal apalah aku tiba-tiba naik angin saja bila jumpa spesies manusia macam ni..!!
Ya Allah Engkau ampunkanlah aku...
Catatan Penulis :
Artikel ini ditulis bukan kerana penulis pro-wahabi, tetapi sekadar kenyataan peribadi penulis supaya kita jangan terlalu mudah melabelkan orang dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.
Dan penulis juga menolak sekeras-kerasnya dakwaan setengah pihak bahawa Jamiah Iman di Sana'a tempat melahirkan wahabi dan pengganas. Sila berkunjung sendiri ke sana supaya anda sendiri dapat menilainya.
Laman yang disyorkan supaya dibaca : Bersatulah Wahai Ahli Sunnah
***
8 comments:
towan..bawa besabaq naa sat lg darah tggi plk towan..heehe betul tu towan x baik fitnah2 org..fitnahtulaknattullah..x baik fitnah kan lbh besar dosanya dr membunuh..esh2 lainkali jgn main tuduh2 siasat dulu berpandukan rujukan sunnah dan hadith nabi..(awat cheq pun naik angin ni towan??)hehehe
tu la pasal.. silap2 haribulan kalau orang macam ni sampai kat yaman, mesti dia wahabikan semua tok imam kat sana pasal lepas sembahyang tak berzikir ramai2...
Alahai..manusia2...
macam2 fahaman supaya kita tak disesatkan sudahla
salam new blogger...jom singgah blog saya
http://zubir5588.blogspot.com
salam singgah....jom singgah blog kak ita..Tq kalu sudi follow lah kita....
Astarfirullah alazim...kadang2 manusia ni cakap tak guna akal dan fikiran...ibarat menilai orang dr luaran saja...sabar ya
Kadangkala kesilapan dalam kejahilan memahami manhaj salaf dan khalaf membuatkan seseorang mudah melabelkan orang lain wahabi atau ahbash.
assalamu'alaikum..
cuba tuan baca di sini..boleh beri penjelasan tak..
http://www.scribd.com/doc/70353566/Ahlul-Bait-Yang-Dicerca
Post a Comment