Alhamdulillah petang tadi cuaca baik sekali; tidak seperti beberapa hari sebelumnya.. Banjir kat Perlis dah mula surut.. Jadi aku gunakan kesempatan itu untuk bawa anak saudaraku ke Tasik Melati; sebuah tasik rekreasi berhampiran rumahku..
Sebenarnya, dulu masa aku kat Malaysia, jika aku punya kelapangan waktu memang selalu aku bawa dia ke tempat yang sama saban petang.. Tempat utama mestilah taman permainan yang disediakan kat situ.. Kini anak saudaraku pun dah berusia lebih 2 tahun, begitu cepat rasanya masa berlalu jika hendak dikirakan dari saat aku tinggalkan Malaysia dulu..
Ni gambar yang sempat aku snap menggunakan telefon bimbitku masa aku tengah layan telatah dia main jongkang-jongket petang tadi.. Alahai.. Irsyad ni kalau bab bergambar memang kalah artis tapi tak taulah kenapa tadi tiba-tiba dia buat-buat malu tak mahu bergambar.. Tahu kot aku nak letak muka dia dalam blog malam ni.. Hehe
Ha comel dak..?? Tengoklah anak buah sapa kan..kan..??
Tengah melayan telatah ci comel, tiba-tiba kat bawah sebuah tempat duduk berbumbung yang disediakan kat situ, aku lihat satu couple remaja sedang asyik melayan perasaan.. Si lelaki membaringkan dirinya di atas paha si wanita.. Sedang si wanita pula membelai-belai rambut si lelaki.. Sekali pandang, memang nampak romantik.. Dua kali ku pandang, nampak macam si monyet belaan sedang mencari kutu kat rambut tuan dia daa..
Actually, aku malaslah nak nak pi interview diorang samaada dah kahwin @ tidak, cuma aku kurang selesa menyaksikan wayang free macam tu..
Dalam agama kita pun, kalau nak bermesra suami isteri, Islam dah gariskan panduannya.. Had-had yang macam mana harus kita tahu bila berada di hadapan orang ramai macam tadi.. Ni tidak.. Bagaikan dunia aku yang punya.. Tak peduli langsung orang-orang sekeliling yang dok tengok perlakuan mereka..
Teringat sebuah sabda Nabi S.A.W yang mafhumnya,
"Akan datang satu ketika di akhir zaman bilamana wanita-wanita itu disetubuhi di jalanan..".
Walau yang aku lihat tadi tidaklah sampai ke tahap tu lagi, tapi tanda-tanda yang disebut nabi tu dah mula kelihatan sedikit demi sedikit.. Wanita-wanita hari ni seolah dah hilang rasa malu mereka..
Dan bagi yang dah pernah menonton video aksi si perempuan mencium balak dia dekat dengan KLCC yang laris kat internet beberapa bulan sudah, mesti akan ingat ayat ni, "Dia pilih KLCC doh...".
Ok.. Tak mahu komen pasal video tu.. Cuma nak korang cuba kaitkan video ni dengan mafhum sabda Nabi kat atas tu..
Lepas tu.. Cuba-cuba pakat muhasabah balik, sejauh mana lagi jarak masa kita dengan akhirat... Dan sudahkah kita semua bersedia untuk itu..??
Atau kita semua masih asyik dibuai nafsu dan keseronokan dunia yang sementara ni..??
Dunia.. Dunia.. Semakin manusia maju, semakin mereka lupa engkau semakin tua dan menuju penghujungnya...
___________
Bumi Perlis
1April 2011 @ 0015
***
No comments:
Post a Comment