Thursday, March 17, 2011

Terkini : Kumpulan Pertama Rakyat Malaysia Di Yaman Dibawa Pulang

Pada mulanya diberitakan bahawa kesemua rakyat Malaysia di Yaman akan dipindahkan @ dibawa pulang menggunakan pesawat TUDM. Tetapi disebabkan proses mendaratkan pesawat tidak mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan Yaman, maka kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan rakyat Malaysia di Yaman; negara yang kini bergolak dengan menggunakan penerbangan awam...

Alhamdulillah akhirnya kumpulan pertama rakyat Malaysia di sini yang terdiri daripada 5 keluarga akan dibawa pulang ke Malaysia dengan menaiki penerbangan jam 4.00 pagi ini (9.00 pagi waktu Malaysia) dan baki 5 keluarga bakal menyusul pada pukul 10.00 pagi.

Pihak kedutaan Malaysia di sini telah memberikan keutamaan untuk menghantar pulang terlebih dahulu pasangan yang sudah berkahwin, mereka yang sakit juga sesiapa yang mempunyai keperluan mendesak untuk pulang ke Malaysia.

Walau bagaimanapun, baki rakyat Malaysia yang lain di sini mungkin terpaksa menunggu lebih seminggu lagi memandangkan tiada kekosongan tiket untuk membawa mereka pulang ke Malaysia.

-OPS BALQIS-

Catatan Penulis :

Penulis mungkin akan berada di dalam kumpulan terakhir rakyat Malaysia yang akan dibawa pulang kerana diminta membantu berkenaan dengan urusan pulang rakyat Malaysia di Yaman ini...

***

2 comments:

EJA said...

hahaha kesian towan naa balik lambat tu la kalau towan dah berumahtangga dapat balik awai..heheh gurau je.. pape pun takecare..selalu la berdoa supaya dipermudahkan segalanya :)

Unknown said...

erm nak buat lagu mana, tak dak orang nak.. nak harap cik eja, demand sangat kahkah... :) InsyaAllah dengan izinNya moga segala urusan akan cepat selesai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts