Tuesday, March 29, 2011

Kenapa Blogger Melayu Sukar Bersatu..??

Assalamu'alaikum.. Mudah-mudahan semua sahabat blogger sekalian sihatlah hendakNya...

Tadi singgah blog Ben Ashaari.. Hari ni Ben buat segmen komen pilihan.. Hadiahnya sesiapa yang terpilih sebagai pengomen pilihan, blognya akan direview oleh Ben sendiri.. Kalau nak join boleh pi (sini)..

Ermm.. Bukan aku cakap aku nak join, cuma tadi masa tengah fikir nak tulis apa kat blog aku hari ni, tiba-tiba idea nak menulis tu mai bila aku baca entri Ben ni.. Jadi akhirnya tajuk kat atas tu la yang aku pilih..

Terus kepada tajuk kita petang ni...

Bagi aku blogger kita sukar bersatu kerana ada sifat mazmumah (keji) dalam hati yang namanya 'HASAD'... Cuba perhati tengok sudah berapa banyak keburukan yang terjadi bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kepada kita hari ini hanya disebabkan sifat keji ni..??

Sampai ada aku dengar seorang ustaz tu sebut dalam ceramahnya, "Bangsa kita ni kalau dah masuk neraka pun masih nak tarik orang lain sama ke dalamnya disebabkan sifat dengki.."

Dahsyat tu... Dah nak kena seksa pun masih tak puas hati kena seksa sorang-sorang... Alahai... Melayu.. Melayu...

Cuba tengok bangsa cina, kalau kita pi kedai dia nak beli barang.. Tup-tup (tiba-tiba) tak dak barang tu kat kedai dia, sanggup dia pi kedai member dia kat sebelah yang juga cina ambil barang yang kita nak tu (jika ada) semata-mata nak jaga hati pelanggan yang mai kat kedai dia.. Ni baru namanya bersatu.. Bersatu untuk menguat dan mengukuhkan bangsa sendiri.. Pasal tu aku tak hairan sangat kenapa bangsa mereka ni boleh pegang ekonomi dalam negara kita..

Agak-agak dari pengalaman korang sendiri pula, bila kita pi kedai melayu dalam situasi yang sama macam kat atas tu, apa yang akan terjadi..?? Ok.. Tepuk dada jawab sendiri la.. Aku tak mau komen..

Jadi apa pula aku nak syorkan untuk bangsa sendiri ya..??

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 103 juzuk 4 yang bermaksud,

"Berpeganglah kamu sekalian kepada tali Allah dan janganlah berpecah-belah"

Mudah saja aku nak habaq kat sini..

Dalam setiap kerja buat kita pastikan ianya kerana Allah S.W.T.. Hubungan kita dengan Allah perlu dijaga.. Disamping hubungan dengan manusia pula jangan ditinggal.. Kalau hak Allah kita tinggal, mungkin akan terhapus dengan kita bertaubat.. Tapi ingat jika hak sesama manusia kita tinggal, takkan terhapus sekalipun dengan berkali-kali taubat..

Saranan aku...

Hendak bangsa kita bersatu, yang mula-mula sekali pastikan kita jaga hubungan kita dengan Allah.. Solat lima waktu jangan tinggal.. Puasa Ramadhan jangan ponteng.. Juga kewajiban lain.. Benda-benda sunat pula harus diperbanyakkan.. Dan paling penting, setkan dalam kepala bahawa setiap benda yang kita lakukan adalah ibadat.. Hatta bila kita berblog pun...

Bila ada sifat bertuhan.. Sudah tentu bila kita berblog, kita takkan merapu yang bukan-bukan.. Kita takkan sakitkan hati orang lain dengan benda-benda yang tak sepatutnya.. Juga kita takkan dengki dengan kejayaan orang lain tanpa bersebab.. Jangan hanya fikir nak saling jatuh-menjatuhkan.. Kalau boleh, biar kajayaan yang kita ada pada hari ni kita boleh kongsi bersama orang lain, bukannya nak bolot seorang diri.. Dengan ini insyaAllah barulah kesatuan berblog tu akan wujud..

Maksud sebuah hadis sahih,

"Orang-orang Islam itu umpama binaan, yang saling menguatkan antara satu dengan yang lain.."

Dan bagi aku dunia blog ini sebenarnya..

Satu tempat yang boleh dijadikan ibadat jika pandai mengolahnya.. Dan jika tersalah mengolahnya ianya bisa menjadi tempat kita bermaksiat kepada Maha Pencipta..

Fikir-fikirkanlah..

***

20 comments:

Dayana Z said...

wahh :) best entry ni. bermanfaat.

jenguk lah juga

www.herstoriie.com
ye :D

Admin said...

Salam.
Benar. Saya berkali-kali nyatakan dalam blog BANGKU KOSONG ... namun capaian BK sangat terhad. Kita masih lagi terbawa-bawa dengan fahaman yang tak elok.

aliarosli said...

em,dengki
dorang hebat taw senanye
sebab dapat phD
perasaan hasad dengki
kite pon tak de phD




psssssst:mksud tersurat dan tersirat

Ismi Azraf said...

bagus2 bersatu atas dasar ISLAM.
Hakiyat dan hakikat si telur
FARISZ@AZ.Com FanPage

Ismi Azraf said...

Ibaratt sebuah pokok,asasnya adalah akar.Jika kuat akarnya maka kuatlah pokok tersebut,Jika dibaja dengan baja yang baik maka berbuahlah dengan buahan yang elok.

Dalila said...

Betul ape yg saudara katakan.. tp bkn senang nak ubah tabiat org melayu nie.. Entri yg sgt best..thanks for share.. Semoga dgn berblogging ni kte dapat berubah ke arah2 positif..chayok2!

EYQASARA said...

ptot la di review.. mmg best... :) gud job!

fizalinolie said...

Hurmmm.. Entri yang sungguh bermakna.Selagi Hasad dengki ada di hati kita... Selagi itulah kita tidak dapat bersatu. Betul kata awak, blog juga kalau pandai mengolah ia akan menjadi suatu ibadah, seandainya kita berkongsi ilmu yang baik dan saling mengingati =)

c-tea said...

hem..semuanya kerna allah..

EYQASARA said...

ptot la di review.. mmg best... :) gud job!

faraa halim said...

yess, entry awak terbaik,
sgt dalam maksud nye,
n sgt bermanfaat ;))

Admin said...

mmg best entry ni...org melayu ptt sedar yg mmg mereka penuh dengan sifat dengki..bukan dengki yg membawa kebaikan tetapi dengki yg membawa kehancuran

Nurul Ain said...

alhamdulilah..menarik sunggah......gud2.....teruskan dakwah anda ya..

http://bidadarikayangan90.blogspot.com

Nisa' Pasir Gudang said...

setuju sangat..
nak bersatu tak susah. Cuba pakat2 akur dan ikut apa yang Islam anjurkan kat situ la titik persatuan kita.
Ni kalau org pi masjid .. kita lepak main gitar..
orang suruh posa.. dok cilok kedai mamak
hat yang lari pi obeseee tu pejam mata la tok sah kata apa...
hmmm canne nak bersatu?

EJA said...

wah toean entry..hott tp bagus..heheh

dy Rahman said...

As salam..
entry yang bekkk!.. semoga sy trutama nya dapat amik iktibar lah.. Bnyak dengki gak nie.. Belog saya sgt sunyi.. HAHAHA
EH!.. andai mendengkikan sesuatu yang baik.. ok bah tuh kan.Memotivasikan kita.. ^_^v
entry nie berkaitan jugak.. siler~

http://dady-rahman.blogspot.com/2011/03/kenapa.html

armando_et said...

nice entri ni...

cHiEydA said...

setuju sgt2..

Niena Muhammad said...

urm .. entry terbaik yg sy bace ... mtak izin tuk follow anda

Kelab Kembar Malaysia said...

Setuju dengan bro!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts