Saturday, May 14, 2011

BEN ASHAARI UCAP SELAMAT HARI GURU

Assalamu'alaikum dan selamat petang..

Alhamdulillah semalam blogger dah kembali normal setelah lebih 24 jam 'server down'.. Dan hari ni untuk coretan baru kat sini, aku nak join segmen BEN ASHAARI...

1. Header Tuan Empunya Segmen



2. Tajuk : BEN ASHAARI UCAP SELAMAT HARI GURU

3. Dimanakah anda belajar dulu .. sekolah rendah , menengah kemudian menyambungkan pelajaran di ... Tahun jangan lupa yer ..

Tahun 1993-1998 :

Aku bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Santan di Perlis.

Tahun 1999-2005 :

Walaupun selepas dapat result UPSR aku ditawarkan untuk ke salah sebuah sekolah sains berasrama penuh, tapi akhirnya aku mengambil keputusan untuk masuk ke salah sebuah SAR (Sekolah Agama Rakyat); MADI ...

Tahun 2006-2007 :

Aku masuk ke salah sebuah kolej swasta di Kedah; KIDU (Kolej Islam Darul Ulum) namanya... Lebih kurang setahun setengah aku kat sini...

Tahun 2008-2009 :

Disebabkan ada sedikit masalah yang tidak mampu aku elakkan di KIDU, akhirnya aku buat tranfer kredit ke Terengganu.. Destinasiku kali ini ialah KUDQI (Kolej Universiti Darul Quran Islamiyah).. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian di sini dengan memperolehi Diploma Usuluddin (Pengkhususan Tafsir Dan Ulum Al-Quran)..

Tahun 2010 - Kini

Aku menyambung pengajian di UST (Universiti Sains & Teknologi) di Sana'a, Yaman di dalam bidang Dirasat Islamiyah (Pengajian Islam). Disebabkan sekarang keadaan di sana masih huru-hara, aku dihantar pulang ke Malaysia lebih kurang 2 bulan yang lalu.. Pakat doa-doakanlah keadaan di Yaman kembali aman dan aku dapat habiskan pengajianku di sana.. InsyaAllah..

4. Cikgu yang anda masih ingat sampai sekarang , dan mengapa ..

Ustaz Yusoff.. Guru yang paling garang masa aku kat sekolah menengah dulu.. Dan sampai sekarang masih kekal guru tergarang kat situ.. Ni bukan aku kata, tapi pelajar-pelajar junior di situ yang kata...

Tapi aku ingat ustaz ni bukan disebabkan dia garang, tapi kerana dia banyak ajarkan aku berkaitan kemahiran hidup.. Bukan dari segi teori tapi praktikal... Antaranya kemhiran untuk membaiki paip dan saluran air... Terima kasih ustaz... :)

5. Ceritakan segala kenangan anda sebagai seorang guru ..

Erm.. Kenangan sebagai guru tak banyak kot.. Pasal aku hanya jadi guru sandaran saja dalam tempoh waktu tertentu..

Tapi yang pasti dalam tempoh menjadi seorang guru, baru aku sedar bahawa 'MENJADI GURU ITU MUDAH, TAPI UNTUK MENJADI SEORANG PENDIDIK ITU MEMANG PAYAH'...

Maksud aku..

Disamping kajayaan akademik, sesetangah guru terkadang lupa untuk menitik-beratkan soal akhlak juga sakhsiah diri pelajar.. Kajayaan terbesar bagi seorang guru itu sebenarnya, bila dia berjaya mendidik budak yang langsung tiada dilihat berpotensi pada permulaannya menjadi seorang yang berjaya di dalam akademik serta berjaya juga dididik dengan akhlak mulia.. Ini pandangan peribadi aku la...

Kenangan peribadi tak boleh lupa, bila dapat 'ANUGERAH GURU TERKACAK' sempena hari guru satu ketika dulu walau kalau korang tengok rupa aku memang tak kacak pun.. Tapi bukankah Allah dah berfirman dijadikan manusia itu sebaik-baik kejadian..?? Maka bersyukurlah kita dengan apa yang ada..

Pasal pernah dapat anugerah ni juga la kot, aku pernah kena mengorat dengan anak murid perempuan.. Haha Tapi etika perguruan tetap kena jaga, bukan..?? Ni kira cabaran jugalah untuk guru-guru muda lagi bujang macam aku ni bila berhadapan dengan situasi macam ni..

Hemat serta pesanku untuk guru-guru muda serta diri sendiri, kalau iman tak kuat jangan mengajar kat sekolah menengah.. Nanti tertewas..

Tu saja.. Sekian adanya coretanku ini..

P/S : Dah singgah sini, jangan lupa singgah juga blog aku yang INI

***

3 comments:

Awangku Johan said...

salam ziarah dan salam perkenalan cikgu dari laman blog abg ben.. saya follo blog cikgu ni yaa... Ada masa mai la singgah n follow la sekali blog saya cgu Awang yang tak seberapa ni... Huhuhu

Unknown said...

selamat pagi ustaz.. dtg dr blog hj ben.. hehe..
Hentam Saja lah

aida4eva said...

guru mencorak insan..sygi guru anda.. :)

http://aida4eva.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts