Petang ni aku nak sambung gebang pasal buah hati aku yang menjadi rebutan ramai; Cik Harum Manis... Bagi yang terlepas entri yang lalu berkenaan Si Dia, boleh rujuk kat SINI ..
Lepas aku post entri tentang buah hati hati aku tu, ramai juga yang tinggalkan komen kat entri tu juga kat facebook aku... Ringkasnya, masing-masing sebut benda yang sama, bahawa buah hati aku tu dah jadi murahan sejak dia ke Kuala Lumpur... Sehingga ada yang sebut, " Kat sana, dia jual RM10 untuk 3******** ".
Perasaan aku bila orang cakap macam tu..?? Erm.. sedih tu memang la sedih, tapi kita tak boleh percaya kat orang bulat-bulat.. Kena selidik dulu betul-betul...
Dan akhirnya...
Setelah aku selidik, juga aku bertanya kepada orang-orang yang sepatutnya, aku menarik nafas lega kerana cerita itu tidak benar sama sekali...
Kebenarannya ialah...
Memang betul ada dijual dengan RM10 untuk 3 kil0gram, tapi tu bukan mempelam harum manis, tapi mempelam jenis sala; juga hasil dari Perlis... Sehingga pada sebahagian tempat, dinaikkan banner atau kain rentang bahawa mempelam dari Perlis dijual dengan harga sebegitu..
Maka orang yang merasa murah dengan harga tersebut, terus membeli tanpa bertanya kepada si penjual akan jenisnya kerana menyangka bahawa bila sebut mempelam Perlis, sudah semestinya harumanis... Sedang depa tak tau yang kat Perlis ni, dok ada beberapa jenis lagi mempelam yang sedap tapi lebih murah berbanding dengan Cik Harum Manis.. Jadi awas, jangan sampai anda tertipu...!!! ;)
Apa-apa pun, walau dah ramai buah hati kat Perlis ni yang boleh dipilih, masing-masing tetap tak pernah nak puas.. Yang aku dengar cerita, la ni pakat dok tergila-gila dengan yang dari negara jiran pula; Thailand.. Ni yang paling popular katanya...
Cik Nam Dok Mai
Sekian.. Wassalam
***
2 comments:
saya peminat harum manis juga.
buah hati yang balik ke perlis selalu belikan untuk saya,
rindu...
lama tak makan dah sejak bah besar kat perlis hari tu
saya pun memang suka giler dengna buah mangga especially mangga epal..seda nyerrr
Post a Comment