Tuesday, May 3, 2011

Nak Buat Blog Baru...

Assalamu'alaikum dan selamat pagi...

Hari ni tiada benda sangat yang nak dikongsikan dengan pembaca semua.. Cuma sekadar sedikit respon untuk keluhan aku tempoh hari...

Keluhan yang mana..??

Ala keluhan tentang rinduku nak menulis kembali entri-entri yang berbentuk lebih ilmiah untuk tatapan pengunjung blog ini.. Dan dalam entri tu juga aku ada sebut bahawa aku akan kembali menulis entri-entri sebegitu bermula bulan Mei ini...

Setelah ku timbang-timbang dan ku fikir-fikirkan, akhirnya aku dah buat keputusan...

Aku akan kekalkan penulisan di blog ini dengan penulisan yang berbentuk santai...

Akan tetapi...

Aku akan wujudkan satu lagi blog untuk penulisan yang lebih berilmiah...

Sebabnya..??

Supaya pembaca @ pengunjung tidak akan pening-pening lalat bila masuk dalam blog aku ni dengan entri yang serba mak nenek ada... Jadi, sebelum pakat pening, baik aku ambil langkah awal dulu..

Sebelum ni, ramai juga kenalan maya yang bertanyakan beberapa persoalan juga meminta pandanganku tetang berapa perkara terutamanya berkenaan dengan hukum-hakam agama.. Jadi dalam blog baru aku tu nanti aku akan tuliskan soalan yang ditanya, kemudian aku akan berikan jawapan serta pandanganku.. Kira-kira macam rancangan Tanyalah Ustaz kat tv9 tu la...

Tapi sebelum tu, nak kena cari dulu nama untuk blog baru aku tu...

Aku cadang nak letak nama ( Teratak Ustaz Sengal ) ... @ anda pembaca mungkin punya idea yang lebih bernas...??

***

2 comments:

Kelab Kembar Malaysia said...

Teratak Ustaz Rock lagi best kot!

tak pun Ustaz Manja.. kekeke

Unknown said...

>> huszaini : kalau ustaz rock tu ganas sangat bunyinya..ustaz manja lak tampak ayu gitu..ahaks :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts