Sunday, May 1, 2011

Perlukah Anwar Ibrahim Juga Bermubahalah..??

Al-Mubahalah bermaksud al-Mula’anah (saling melaknat), iaitu dua pihak yang bertelagah masing-masing berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar Allah menurunkan laknat ke atas pihak yang berbohong atau berdusta di antara mereka berdua.

Contoh Mubahalah ialah dengan masing-masing berdoa; “Ya Allah! Laknatkanlah orang yang berdusta di antara kami berdua dalam masalah antara kami ini”.

Pensyari’atan Mubahalah disebut di dalam ayat Allah;

Sesiapa membantahmu dalam hal itu (wahai Muhammad) selepas datang kepadamu ilmu, maka katakanlah kepadanya; ‘Marilah! kita ajak anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian kita bermubahalah (yakni saling berdoa bersungguh-sunguh) agar Allah menimpakan laknatNya ke atas orang-orang berdusta(Ali Imran; 61).

Entri Penuh (SINI)

Juga baca ini : MAKSUD MUBAHALAH & PERLUKAH MUBAHALAH

Catatan Penulis :

Coretan ini sekadar perkongsian penulis berkenaan hukum al-mubahalah dari perspektif Islam, bukannya untuk membela mana-mana pihak.

Kita punya mahkamah.. Kita punya undang-undang.. Biarlah yang bersalah ditentukan berdasarkan kedua-dua elemen ini..

Manusia membuat hukum.. Allah Taala juga membuat hukum.. Akan tetapi seadil-adil hukuman adalah hukum Allah Subhanahu Wa Taala..

Dalam pada itu terdengar juga cakap-cakap bahawa si pemubahalah mengangkat sumpah dalam keadaan memakai baju kalis peluru..

Soalnya, jika anda di pihak yang benar kenapa harus takut dan sayangkan nyawa anda..??

Jika ditakdir Allah mengambil nyawa anda di saat anda menegakkan kebenaran, pasti balasan yang baik iaitu syurga menanti anda...

Islam itu untuk diambil keseluruhanya, bukan diambil yang mana suka ditinggal yang mana benci...

***

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts