Thursday, March 31, 2011

Bila Arab Tak Semestinya Islam..

Salam dan selamat petang...

Tadi chat dengan seorang kawan kat facebook.. Dia bagitau aku, menjangkau seminggu lebih kurang 500 orang rakyat Malaysia meniggalkan Yaman, sudah 7 buah rumah yang dipecah masuk orang Arab.. Bila aku tanya dia tadi rumah siapa, dia offline la pula..

Harap-harap rumah sewa aku kat Yaman bukan dalam senarai.. Pasal sebelum balik tempoh hari, tuan rumah dah beri jaminan akan keselamatan barang-barang di dalam rumah sewa kami.. Kat dalam rumah sewa aku tu, tiada barang berharga sangat pun.. Cuma paling aku sayang, serak kitab yang aku jadikan bahan bacaan dan rujukan..


Ni rak kitab kesayangan yang aku tinggalkan..

Yang aku nak kongsi-kongsi dengan pembaca semua pada petang ni..

Bila Arab tak semestinya Islam.. Dan bila Islam tak semestinya mukmin.. Meskipun nabi kita, Muhammad S.A.W berasal daripada kalangan mereka..

Justeru itu jangan hairan jika anda akan berjumpa Arab yang beragama Kristian juga ada Arab yang beragama Yahudi meskipun daripada segi penampilannya adalah berjubah... Jubah itu pakaian bangsa.. Sedang agama di dalam diri, bukannya pada penampilan.. Daripada agama di dalam diri itu baru akan terbit penampilan yang mencerminkan agama..

Kita orang-orang Melayu ni pula.. Yang Islam tu ramai tetapi berapa banyak yang mukmin..?? Tu tak termasuk lagi yang dah murtad daripada Islam.. Berapa banyak manusia itu yang dah jauh dari agama yang suci dan murni ni..??

Aku nak tanya lagi..

Bila kena tangkap kerana membunuh, nama yang tercatat kat kad pengenalan tu nama Islam ka bukan..??

Bila kena tangkap kerana mencuri, nama yang tertulis kat kad pengenalan tu nama Islam ka bukan..??

Bila kena tangkap kerana merogol, nama yang tertera kat kad pengenalan tu nama Islam ka bukan..??

Dan dalam agama kita, memang Islam suruh dan ajar penganutnya lakukan benda-benda macam ni ka....?!

Tepuk dada, tanya iman... Samaada kita nak jadi seorang Islam atau nak jadi seorang mukmin...

***

Wednesday, March 30, 2011

Apabila Kawanku Di Yaman Jadi Pengganas..

Salamullahi'alaikum semua pembaca...

Ni baru berkesempatan nak update blog.. Petang tadi lama betul ' blackout '.. Dekat nak maghrib baru ada karan (elektrik).. Rindunya rasa hati dengan blog aku ni... Lalala

Ok..Dah baca tajuk kat atas tu..?? Mai aku nak gebang bagi...

Hari ini baru aku dapat tahu rupa-rupanya dua orang kawan aku ni terlibat dengan pengganas kat Yaman.. Yang syok lagi, depa (mereka) berdua ni bukan takat tinggal serumah dengan aku, sebilik lagi.. Pendek kata kalau tidur malam tu kalau tak kaki aku atas kepala depa, kaki depa atas kepala aku... Tapi macam manalah aku boleh tak tau depa berdua ni pengganas..

Musykil juga aku tadi samaada nak percaya @ tidak kerana setahu aku kawan-kawan aku ni, orangnya berperwatakan baik lagi soleh.. Tapi bila pemberi maklumat rahsia tu tunjukkan sekali gambar 2 orang kawanku ni tengah bersedia untuk menembak tebusan yang dibaringkan dengan menggunakan senapang, barulah aku percaya.. Paling tak tahan, depa tembak tebusan tepi jalan macam tu saja, bukan dalam hutan @ gua pun..

Alahai bahaya dan berani sungguh pengganas-pengganas kat Yaman ni...

Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni..

Maaf gambar tebusan terpaksa aku 'crop' untuk mengelakkan kengerian kepada pembaca yang melihat foto-foto ini..




Ha amacam..?? Ada berani nak join..??

Oopps.. Kejap.. Kejap.......

Sebelum anda semua sebarkan maklumat dan cerita ni kat kawan-kawan yang lain, mai aku nak bagitau satu rahsia lagi...

Sebenarnya...

Sebenarnya...

Sebenarnya...

Aku acah-acah saja.. Dan cerita diatas pun hanya rekaan semata-mata..

Ok.. Ok.. Sebelum apa-apa aku minta maaf dulu pasal tipu pembaca.. Pasal aku tengok ada yang dah merah telinga tu dek marah kena tipu.. Sebelum apa-apa.. Maafkan aku wahai pembaca yang budiman...

Yang sebenar-benarnya la kan... Yang ni aku tak tipu dah...

Yang tangkap foto kat atas tu adalah aku sendiri.. Dan gambar ni aku ambil masa kami sudah selesai makan tengahari di sebuah kedai.. Dan senapang yang kawan-kawanku aku pegang ni pun, sebenarnya senapang mainan.. Kalau perhati betul-betul gambar kat atas tu mesti pakat perasan...

Cuma sedikit info yang aku nak kongsi dengan pembaca semua pasal negara Yaman..

Di Yaman tiada akta @ undang-undang yang melarang penduduknya untuk memiliki senjata api... Dan jika anda berjalan ke kampung-kampung terpencil jauh dari bandar, anda akan lihat kanak-kanak seawal usia 9 @ 10 tahun sudah menggalas senapang di bahu..

Cumanya rakyat negara Yaman ni dikenali disebabkan sifatnya yang peramah dan baik hati. Demontrasi yang sekarang sedang berlaku di sana pun, jumlah kematian yang berlaku angkanya masih sedikit jika hendak dibandingkan dengan negara-negara timur yang lain yang turut mengadakan demontrasi. Kalau ada yang mati pun, peluru-peluru yang membunuh mereka itu adalah daripada pihak-pihak polis yang menerima arahan daripada pihak kerajaan bukannya daripada rakyat yang berdemontrasi.

Penyebabnya utamanya adalah penduduknya masih kuat berpegang dengan ajaran Islam. Kata-kata serta fatwa para ulama' di sana masih dipatuhi serta ketua kabilahnya masih cuba meredakan kemarahan anak-anak buahnya dengan turun berdemontrasi secara aman bukannya melalui perang saudara..

Dalam sebuah hadis pun Nabi S.A.W telah bersabda yang maksudnya,

"Hikmah itu di Yaman dan iman itu bersama penduduk Yaman"

Sekian dulu coretanku ini. Segala salah dan silap sekali lagi dipohonkan kemaafan.

***

DECO DECO BENG BENG BOONG !

Assalamu'alaikum...

Tengah kepuasan keadaan cuaca macam ni, Ben buat segmen lagi.. Jadi aku nak join juga sebagai aktiviti di waktu hujan lebat... Huhu


Header blog tuan empunya segmen

Tajuk , DECO DECO BENG BENG BOONG !

Perghh.. Bestnya hari ni punya segmen, tiada soalan cepumas perlu dijawab untuk Ben Ashaari... Hehe

Catatan Penulis :

Kata seorang ahli motivasi,

"Insan yang cemerlang ialah bila dia mengkritik sanggup pula untuk menerima kritikan".

***

Tuesday, March 29, 2011

Berkongsi Trafik dari Bangku Kosong

Sebagai nak hargai tuan empunya blog Bangku Kosong yang sudi singah dan komen kat entri blog aku tadi (sini), aku nak join segmen dia..

Ni header blog dia :


Tajuk entri: Berkongsi Trafik dari Bangku Kosong

Soalan perlu dijawab : Mengapa perlunya trafik atau pengunjung ke blog anda..

Tuan blog kata perlu kurang dari 100 patah perkataan, jadi aku rasa sebaris ayat yang membawa kepada jawapan dah dikira memadai la kot.. Huhu

Jawab aku :

Dengan trafik atau pengunjung, seorang blogger akan rasa dihargai bila ada yang mengomen..

Dengan trafik atau pengunjung, seorang blogger lebih bersemangat untuk menulis bila melihat UV harian ke blognya..

Dengan trafik atau pengunjung, seorang blogger lebih mudah menyampaikan sesuatu samaada ianya berbentuk positif @ negatif..

Rasa-rasa kalau aku dok tulis dan ulang ayat 'dengan trafik atau pengunjung' ni, mahu 100 juga jawapannya.. Jadi aku hadkan 3 cukuplah, kang melanggar syarat penyertaan pula..

Tadi first time sampai blog ni dan first time juga aku sertai segmen tuan blog.. Hanya 300 penyertaan terawal akan dimasukkan dalam bloglist tuan blog.. Jika berminat bolehlah ke (sini)..

***

Ustaz Ni Blogger Kan..??

Salamullahi'alaikum berjumpa lagi kita..

Dalam suasana hujan lebat turun kat kampung aku waktu ni, petang ni aku nak bergebang lagi..

Kisah berlaku pada hari Sabtu yang lalu masa aku jadi urusetia untuk program Leadership Training Camp..

Petang tu lepas asar kami para urusetia anjurkan slot explorace untuk para peserta... Macam biasa para peserta diminta untuk ke check piont yang disediakan sambil menyelesaikan tugasan yang diberikan.. Dan dalam banyak-banyak tugasan tu, salah satunya setiap kumpulan diminta untuk mengambil nama dan tandatangan abang-abang serta kakak-kakak fasi dengan berbekalkan klu [hobi abang dan kakak fasi]...

Pendek ceritanya.. Untuk mendapatkan nama dan tandatangan aku, mereka perlu sampai kepada aku dengan kata kunci [blogger].. Jadi masing-masing kumpulan pakat berjayalah dapat autograf aku.. Hehe Tu pun setelah aku denda dan kenakan mereka... Aku tak buli mereka ok.. Sekadar suruh mereka berzikir, bernasyid ataupun aku ajukan soalan.. Soalan mudah-mudah saja, bukannya PhD punya soalan..

Sampailah giliran ke kumpulan peserta perempuan yang terakhir ni..

Si ketua kumpulan pun kata kat aku, "Ustaz ni bloggerkan..??".

Aku jawab balik, "Tahu mana? Ni mesti kumpulan lain dah bocorkan rahsia..??".

Ketua kumpulan jawab balik, "Bukanlah.. Saya memang pernah masuk blog ustaz..".

Aku pun cuba test dia, "Ha kalau betul kamu masuk blog ustaz, apa dia punya address..??".

"Tak ingatlah ustaz.." katanya sambil ketawa.

Aku cuba test lagi, "Kalau betul kamu masuk blog ustaz, kamu baca apa kat dalam tu..??".

Lalu dengan penuh bersemangat dia pun mulalah bercerita.

"Tajuk dia 'Cinta Suci Si Gadis Yahudi'.. Ustaz tulis dalam tu... Bla..Bla..Bla..".

Mak oi punyalah panjang dia dok bercerita; dari perenggan ke perenggan gitu.. Last-last aku suruh dia berhenti.

"Ok..ok.. Ustaz percaya.. Memandangkan kumpulan kamu ada yang pernah masuk blog ustaz, jadi kamu tidak akan didenda macam kumpulan yang lain.. Dan ustaz bagi hadiah specel punya untuk kamu, kat ruangan nama tu ustaz ganti dengan address blog ustaz, bukannya nama ustaz, boleh..??".

"Boleh ustaz..!!" jawab satu kumpulan serentak.

Entri tu korang boleh baca kat sini : Cinta Suci Si Gadis Yahudi

Bila kumpulan tu berlalu pergi, aku pun dok monolog seorang diri..

"Nasib baik dia baca entri aku yang ilmiah, dibuatnya dia baca entri-entri yang aku dok merapu dalam blog aku tu, naya punya kes.. Mesti dia akan kata macam ni lebih kurang, 'Ustaz ni tengok kat depan serius ja, tak tahu pula ustaz ni jenis kaki merapu juga'...".

Haha.. Pengajaran yang aku dapat, blog kita ni senantiasa akan diziarahi oleh orang-orang yang kita tak sangka-sangka..

Juga mai aku nak pesan kat para blogger juga untuk diri aku sendiri; tak kira lelaki @ perempuan, sebelum kita nak tulis sesuatu kat blog kita ni, fikirkan dulu positif dan negatifnya..

Percaya atau tidak kalau aku kata, satu hari hari nanti bila korang blogger lelaki pi rumah bakal mentua tiba-tiba kena tanya macam ni,

"Dengar kata kamu ni blogger. Pak cik baca dalam blog kamu, kamu dok tulis benda yang apa-apa ntah.. Macam orang tak berpendidikan dan berakhlak.. Macam mana nak jaga anak pak cik bila dah kahwin nanti..??".

Perghh... Lagu mana rasa kena aju soalan menikam kalbu ni..??

Yang blogger perempuan pula, bila pi rumah bakal mentua kena tanya macam ni,

"Setahu mak cik kamu ni ada blog.. Dalam blog tu kamu dok cerita macam-macam pasal diri kamu.. Seolah-olah dok buka aib diri sendiri.. Kalau dah kahwin dengan anak mak cik nanti, mesti satu dunia pakat tahu rahsia rumahtangga luar dan dalam bukan..??".

Ha.. Blogger perempuan, lagu mana rasa dapat soalan temuduga ni..??

Dunia hari ni canggih chek oii.. Nenek umur 70 tahun pun pandai berfacebook.. Huhu

Jadi, pakat-pakat fikirlah buruk dan baiknya dengan akal sempurna yang Allah Taala kurniakan tu..

P/S : Video Leadership Training Camp (sini)

***

Kenapa Blogger Melayu Sukar Bersatu..??

Assalamu'alaikum.. Mudah-mudahan semua sahabat blogger sekalian sihatlah hendakNya...

Tadi singgah blog Ben Ashaari.. Hari ni Ben buat segmen komen pilihan.. Hadiahnya sesiapa yang terpilih sebagai pengomen pilihan, blognya akan direview oleh Ben sendiri.. Kalau nak join boleh pi (sini)..

Ermm.. Bukan aku cakap aku nak join, cuma tadi masa tengah fikir nak tulis apa kat blog aku hari ni, tiba-tiba idea nak menulis tu mai bila aku baca entri Ben ni.. Jadi akhirnya tajuk kat atas tu la yang aku pilih..

Terus kepada tajuk kita petang ni...

Bagi aku blogger kita sukar bersatu kerana ada sifat mazmumah (keji) dalam hati yang namanya 'HASAD'... Cuba perhati tengok sudah berapa banyak keburukan yang terjadi bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kepada kita hari ini hanya disebabkan sifat keji ni..??

Sampai ada aku dengar seorang ustaz tu sebut dalam ceramahnya, "Bangsa kita ni kalau dah masuk neraka pun masih nak tarik orang lain sama ke dalamnya disebabkan sifat dengki.."

Dahsyat tu... Dah nak kena seksa pun masih tak puas hati kena seksa sorang-sorang... Alahai... Melayu.. Melayu...

Cuba tengok bangsa cina, kalau kita pi kedai dia nak beli barang.. Tup-tup (tiba-tiba) tak dak barang tu kat kedai dia, sanggup dia pi kedai member dia kat sebelah yang juga cina ambil barang yang kita nak tu (jika ada) semata-mata nak jaga hati pelanggan yang mai kat kedai dia.. Ni baru namanya bersatu.. Bersatu untuk menguat dan mengukuhkan bangsa sendiri.. Pasal tu aku tak hairan sangat kenapa bangsa mereka ni boleh pegang ekonomi dalam negara kita..

Agak-agak dari pengalaman korang sendiri pula, bila kita pi kedai melayu dalam situasi yang sama macam kat atas tu, apa yang akan terjadi..?? Ok.. Tepuk dada jawab sendiri la.. Aku tak mau komen..

Jadi apa pula aku nak syorkan untuk bangsa sendiri ya..??

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 103 juzuk 4 yang bermaksud,

"Berpeganglah kamu sekalian kepada tali Allah dan janganlah berpecah-belah"

Mudah saja aku nak habaq kat sini..

Dalam setiap kerja buat kita pastikan ianya kerana Allah S.W.T.. Hubungan kita dengan Allah perlu dijaga.. Disamping hubungan dengan manusia pula jangan ditinggal.. Kalau hak Allah kita tinggal, mungkin akan terhapus dengan kita bertaubat.. Tapi ingat jika hak sesama manusia kita tinggal, takkan terhapus sekalipun dengan berkali-kali taubat..

Saranan aku...

Hendak bangsa kita bersatu, yang mula-mula sekali pastikan kita jaga hubungan kita dengan Allah.. Solat lima waktu jangan tinggal.. Puasa Ramadhan jangan ponteng.. Juga kewajiban lain.. Benda-benda sunat pula harus diperbanyakkan.. Dan paling penting, setkan dalam kepala bahawa setiap benda yang kita lakukan adalah ibadat.. Hatta bila kita berblog pun...

Bila ada sifat bertuhan.. Sudah tentu bila kita berblog, kita takkan merapu yang bukan-bukan.. Kita takkan sakitkan hati orang lain dengan benda-benda yang tak sepatutnya.. Juga kita takkan dengki dengan kejayaan orang lain tanpa bersebab.. Jangan hanya fikir nak saling jatuh-menjatuhkan.. Kalau boleh, biar kajayaan yang kita ada pada hari ni kita boleh kongsi bersama orang lain, bukannya nak bolot seorang diri.. Dengan ini insyaAllah barulah kesatuan berblog tu akan wujud..

Maksud sebuah hadis sahih,

"Orang-orang Islam itu umpama binaan, yang saling menguatkan antara satu dengan yang lain.."

Dan bagi aku dunia blog ini sebenarnya..

Satu tempat yang boleh dijadikan ibadat jika pandai mengolahnya.. Dan jika tersalah mengolahnya ianya bisa menjadi tempat kita bermaksiat kepada Maha Pencipta..

Fikir-fikirkanlah..

***

Pelajar Malaysia Yaman di Sana'a Wahabi..??

Assalamu'alaikum para pembaca semua..

Dah baca tajuk entri kat atas tu..?? Mai aku nak gebang (cerita) kat semua kenapa tajuk tu aku pilih malam ni..

Opps.. sebelum tu, sapa-sapa yang suka kata 'wahabi' kat orang lain, aku tak syorkan anda baca entri ni..

Al-kisahnya..

Tadi masa tengah lawat dan komen facebook kawan-kawan, terbacalah status seorang hamba Allah ni.. Nama dia aku rahsiakan ok.. Tapi kalau korang rasa nak tahu juga siapa gerangan empunya diri, carilah kat facebook aku tu sendiri..

Dia kata lebih kurang macam ni, "Pesanan saya untuk pelajar sanaah jangan ikut wahabi..".

Mula-mula aku confius jugalah kat mana punya negaralah sanaah tu terletak pasal memang aku tak pernah dengar.. Kaji punya kaji barulah aku tahu yang dia nak sebut tu sebenarnya, Sana'a ibu negara Yaman..

Macam mana aku boleh tahu..??

Ni pun sebab aku terbaca pula komen dia kat status facebook orang lain. Haha terang-terang dalam tu dia sebut dua orang nama sahabatku yang belajar kat Sana'a dengan dakwaan dua orang sahabatku ni wahabi..

Mai aku nak gebang lagi..

Salah seorang yang dia sebut tu, memang semua pelajar di Yaman sudah ma'aruf (tahu) dengan kealiman dan kelimuannya. Setiap kali berbicara, tak pernah lekang dimulutnya potongan ayat-ayat Al-Quran mahupun hadis-hadis Nabi S.A.W. Pasal tu kami pakat panggil dia 'guru'.

Yang aku nak persoalkan, takkanlah orang yang macam ni, yang menjaharkan (menguatkan) bacaan bismillahnya ketika mengimamkan solat jamaah kami di rumah persatuan pelajar, dilabel wahabi..?? Kerana setahu aku puak-puak wahabi ni bacaan bismillahnya perlahan..?? Alamatnya kalau dia tu wahabi, habis terbatallah sembahyang kami para makmum yang mengaku ahli sunnah wal jamaah kat belakang ni.. Huhu

Aku nak tanyalah kat orang yang tulis status tu..

Takkan disebabkan satu saja kata-kata atau komennya yang kamu baca, mudah-mudah saja engkau wahabikan orang..?? Bukankah dah jadi fitnah tu..?? Takkan nak suruh aku baca ayat Al-Quran kot yang mana Allah Taala nyatakan tentang dosa memfitnah..??

Nilah sebenarnya salah satu penyakit masyarakat kita. Cepat sangat nak nilai dan labelkan orang tanpa melakukan usul periksa dalam-dalam...

Kalaulah semua orang yang baca bismillah perlahan tu engkau nak labelkan wahabi.. Semua orang yang tak baca qunut tu pun engkau nak labelkan wahabi.. Semua orang yang tak mahu bertahlil tu juga engkau nak labelkan wahabi.. Macam manalah pula status sahnya sembahyang Jumaat aku empat hari lepas, kerana aku sembahyang berimamkan seorang imam wahabi (bismillah perlahan dalam solatnya) sedangkan aku bukan wahabi pun..??

Lagi satu ramai orang yang dah pi Makkah, status solat mereka macam mana pula bila solat berimamkan imam wahabi masa mereka kat sana..?? Bukankah Arab Saudi kuat wahabi..??

Cadang aku kat orang-orang macam ni, kalau pi Makkah nanti pakat bawalah imam sendiri dari Malaysia supaya tak sembahyang berimamkan imam wahabi..

Asta'firullah... Pasal apalah aku tiba-tiba naik angin saja bila jumpa spesies manusia macam ni..!!

Ya Allah Engkau ampunkanlah aku...

Catatan Penulis :

Artikel ini ditulis bukan kerana penulis pro-wahabi, tetapi sekadar kenyataan peribadi penulis supaya kita jangan terlalu mudah melabelkan orang dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Dan penulis juga menolak sekeras-kerasnya dakwaan setengah pihak bahawa Jamiah Iman di Sana'a tempat melahirkan wahabi dan pengganas. Sila berkunjung sendiri ke sana supaya anda sendiri dapat menilainya.

Laman yang disyorkan supaya dibaca : Bersatulah Wahai Ahli Sunnah

***

Monday, March 28, 2011

GEGAR BLOGGER BARU

Assalamu'alaikum..

Hari ini aku nak join lagi segmen Ben Ashaari..

Ben cakap segmen ni untuk blogger yang punya FOLLOWER kurang dari 500. Jadi kira blog aku pun masuk dalam kategori juga la memandangkan yang ikut blog aku ni memang tak sebanyak mana pun..

Nah ni buktinya..



Dia Punya Segmen : GEGAR BLOGGER BARU

Gambar yang aku pilih daripada blog Ben :



Kenapa gambar ni jadi pilihan..??

Sebenarnya aku malas nak selongkar satu-persatu entri kat blog Ben. Beribu-ribu entri maa... Jenuh nak belek satu-satu.. Jadi aku pun pilihlah yang ni..

Aku pun tak pasti apa motifnya Ben letak gambar ni untuk entrinya yang bertajuk Kategori Blogger tu... Pada pandangan peribadiku, mungkin dia nak habaq kat pembaca bahawa, datang dari rumpun yang sama pun belum hasilnya sama. Terkadang, yang datang dari rumpun yang sama tu la satu hari nanti akan menjadi musuh dan perosak kepada rumpun tu sendiri...

Kalau aku tersalah tafsir tentang gambar ni, engkau maafkanlah aku Encik Ben yang baik hati lagi kacak...

Sila jelaskan mengapa anda jadi blogger..

Soalan ni aku dah pernah jawab dalam satu segmen Ben yang aku sertai dulu.. Dan aku ulang sekali lagi..

Aku wujudkan blog aku sendiri kerana dengki (ni kategori tak berdosa) dengan kawan-kawan yang berblog dan punya blog. Dan perkara yang aku set dalam kepala bila mula berblog adalah, ia adalah sebagai saluran dakwah. Aku belajar agamakan, mana boleh nak ketepikan kewajiban berdakwah..

Cuma aku nak petik kata-kata Ben dalam entri yang aku pilih kat atas tu..

Kata Ben, "Bagi aku.. popularnya sesuatu blog adalah disebabkan penulisan yang bagus.."

Aku setuju sangat dengan statement Ben ni dan inilah antara benda yang aku harap sangat bila aku berblog. Bahawa aku mampu gunakan ruang ini untuk menyampaikan sesuatu yang bermanfaat kepada para pembaca..

Tak kisahlah walau sekali dia mai kat blog aku ni. Akan tetapi dengan sekali yang dia mai tulah, dia dapat sesuatu yang berguna dan berharga untuk dibawa pulang. Dan bila dia kongsi pula benda yang dia dapat tu dengan orang lain, sudah tentulah saham pahala aku pun makin bertambah... InsyaAllah...

Blog yang menjadi pilihan harian anda..

Sudah tentulah blog tuan punya segmen sendiri ( Ben Ashaari ). Ni bukan aku nak bodek punya cerita tapi sebab utamanya adalah, dalam banyak-banyak blog yang aku follow, blog Ben yang paling kerap diupdate saban hari..

Mungkin Ben selalu dok cakap blog dia hanya sekadar ngomelan kosong, tapi bagi aku sebagai orang yang membaca dan menilai, aku tabik dengan Ben.. Dah banyak output dan input berguna serta berharga yang aku dapat sejak aku follow blog Ben...

Sekian dulu gebanganku untuk segmen ini...

***

Sunday, March 27, 2011

Kerinduan Berprogram Terubat..

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah petang tadi baru sampai ke rumah setelah 3 hari mengikuti Leadership Training Camp anjuran bersama sekolah lamaku dan Persatuan Pelajar-pelajar Lepasan MADI (AHMADI) selaku ajk program..

Rasa penat dan letih berprogram masih tak hilang.. Kalau letak kepala atas bantai ni confirm aku akan tidur.. Tetapi rasa rindu nak update blog pula bagaikan tonik yang bisa menghilangkan sedikit rasa penatku ini.. Jadi sebelum apa-apa, dan sebelum mata aku terlelap dibuai mimpi sebentar nanti, saja ambil sedikit masa untuk mencoretkan sesuatu kat blog aku ni.. Cukup sekadar melepaskan kerinduan berblog...

Al-kisahnya..

Dah lebih setahun rasanya aku tidak berprogram.. Maksud aku, berprogram selaku ajk bukannya peserta.. Kerana jika hendak dikirakan, sudah banyak juga kem @ kursus yang aku ikuti kat Yaman sebagai peserta sebelum dihantar balik ke Malaysia tempoh hari..

Tidak sampai 3 jam kaki aku menjejak bumi Malaysia pada hari Isnin yang lalu, nombor telefon bimbitku di Malaysia sudah dihubungi; panggilan daripada seorang teman sealumni..

Dalam perbualan singkat dengannya itu, dia maklumkan bermula petang Jumaat sehingga petang Ahad akan diadakan kem kepimpinan pelajar anjuran bersama pihak sekolah dan alumni. Jadi dia minta aku turut serta mencurahkan tenaga dan bakti. Dan pada akhir perbualan, aku memberikan kesanggupan disertai dengan lafaz, "InsyaAllah..".

Dan pendek ceritanya, beradalah aku di tempat program itu selama 3 hari sehingga ianya berakhir pada hari ini..

Yang aku nak kongsi dengan pembaca semua, sebenarnya aku memang senantiasa rindukan saat-saat berprogram macam ni; sebagai ajk program.. Bukan aku rindukannya kerana inilah kesempatan yang boleh aku gunakan untuk membuli peseta-peserta program, tetapi aku rindukannya kerana inilah kesempatannya yang boleh aku gunakan untuk mencurahkan sedikit ilmu beserta pengalaman yang aku ada disamping juga sebagai latihan untuk diriku sendiri berhadapan dengan orang ramai kelak..

Cumanya...

Kelmarin seharian berprogram terasa pula diriku seakan ' teraniaya '.. 3 kali aku diminta untuk menjadi moderator dalam 3 slot yang berlainan bagi menggantikan ahli-ahli alumni yang sepatutnya hadir untuk mengisi slot-slot terbabit tapi pada akhirnya mereka tidak dapat menghadirkan diri disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan..

Ahli-ahli alumni yang lain pula bila aku bertanya mengapa tidak mereka sahaja yang mengambil peranannya, kebanyakkannya memberikan jawapan yang hampir sama,

"Biarlah kita gunakan ilmu dan pengalaman orang yang baru balik dari jauh..".

Alahai.. Saja-saja mereka nak nak kenakan aku. Mentang-mentanglah aku ni jenis baik hati, pantang orang minta tolong sedikit, aku akan angguk kepala memberikan persetujuan walaupun belum tentu aku mampu buat.. Sabar saja la... Huhu

Nak jadi cerita...

Fuuh.. Berpeluh jugalah seluruh tubuhku ini bila diminta menjadi moderator program selaku bidan terjun. Skru-skru anggota badanku tiba-tiba bagaikan berasa longgar bila berada dihadapan peserta. Getarlah tu... Apa-apa pun alhamdulillah segalanya berjaya aku atasi dan laksanakan meskipun jika mengikut penilaianku sendiri, masih banyak kecacatan dan kekurangannya pada penyampaianku kelmarin..

Sekadar ni dulu coretanku, esok-esok jika ada masa aku sambung lagi ' melalut ' kat sini..

***

Friday, March 25, 2011

Dah Selamat Sampai Malaysia..

Assalamu'alaikum semua..

Erm genap seminggu aku tak update blog. Mesti ramai juga dok tertanya-tanya aku pi mana walau yang follow dan lawat blog aku tiap-tiap hari tidaklah sebanyak mana pun...

Sebenarnya..

Internet kat rumah sewa aku di Yaman dah tamat tempoh. Lagi pula aku malas nak berjalan pi CC berdekatan. Jadi aku pun sajalah biar blog aku ni tak terupdate walau hari-hari yang ku lalui tanpa blog terupdate sememangnya satu penyeksaan aku rasakan.. Huhu

Apa-apa pun...

Alhamdulillah pukul 5.30 pagi kelmarin aku selamat sampai kat stesen bas ekspres Kangar setelah pukul 9.30 pagi hari sebelumnya aku tiba di KLIA. Dan sekarang aku dah pun berada kat kampung halaman tercinta...


Ni pesawat yang bawa aku terbang dari Yaman sampai ke Malaysia


Dan ni pula bas yang bawa aku menyusuri highway
dari Putrajaya sampai ke Kangar


Dan lagi..

Memang banyak benda aku nak tulis dan kongsi dengan pembaca semua bila kaki ni menjejak tanah air Malaysia yang tercinta. Cumanya, aku akan tulis secara berperingkat bukannya sekaligus pasal aku tahu bukan semua suka baca entri yang panjangnya berjela-jela bukan..??

Sedang Al-Quran pun Allah Taala turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W secara berperingkat kerana ada hikmah yang terkandung di sebaliknya.. Jadi nak menulis blog pun kenalah secara berhikmah juga...

Bermula esok juga, kemungkinan blog ni aku tidak akan update untuk beberapa hari lagi kerana aku akan mengikuti kem kepimpinan pelajar. Bukan sebagai peserta tapi sebagai panitia program..

Rasa-rasanya cukuplah dulu entri ringkas aku ni. Kepada yang selalu mai ziarah blog aku ni, diharapkan bersabar kerana banyak lagi entri-entri menarik menanti untuk pembacaan anda...

Dan terima kasih juga di atas kesudian anda ke blog ini..

Moga ketemu lagi di arena blog jika diizinkan Allah...

Catatan Penulis :

Di kesempatan ini, penulis merakamkan syukur kepada Allah kerana dengan kehendakNya, penulis dan rakan-rakan selamat sampai ke Malaysia.

Terima kasih juga kepada kerajaan Malaysia yang menyediakan serta menguruskan penerbangan untuk proses membawa balik warga Malaysia di Yaman.

Juga ucapan terima kasih juga kepada pihak kedutaaan Malaysia di Yaman, Saf kepimpinan Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) dan sesiapa sahaja yang turut bertungkus-lumus menjaga kebajikan rakyat Malaysia di Yaman.

Moga mendapat balasan yang setimpalnya di sisi Allah S.W.T.

***

Thursday, March 24, 2011

SPM Tu Apa..??

Sedang aku dok jelajah dari blog ke blog tadi, terjumpa entri ni dari blog seorang akak senior masa aku kat persekolahan menengah dulu . Saja nak kongsi dengan pembaca..

Dalam blog dia, akak senior tu tulis...

SPM tu.. Saja Penuhi Masa

SPM tu.. Sijil Penuh Manfaat

SPM tu..Sijil Penentu Matlamat

Dan SPM tu.. So Pikiaq Mendalam

Entri penuh boleh baca kat sini : Relaks..Tenang..Simple..

Dan kalau kat masjid dan surau pula, selalu aku dok dengar ustaz-ustaz sebut SPM tu Soalan Padang Mahsyar..

Dan bagi anda pula, SPM tu apa..??

Catatan Penulis :

Kepada calon-calon SPM yang dapat keputusan kelmarin, tahniah penulis ucapkan walau apapun natijahnya..

Dan teruskan perjalanan hingga ke penghujungnya..

Apa yang pasti..

Dunia ini hanya check point, dan garisan penamatnya adalah akhirat..

***

Thursday, March 17, 2011

Kedai Minyak Wangi Vol.2...

Ni sambungan entri kepada : Kedai Minyak Wangi...

Sampai saja ke rumah terus aku buka internet, search kat google & adik beradik-beradiknya yang lain tentang bahan-bahan utama yang digunakan untuk membuat minyak wangi. Banyak jugalah bahan-bahan bacaan yang aku dapat; ada yang dalam bahasa melayu, ada yang dalam bahasa inggeris dan ada yang dalam bahasa arab...

Baca punya baca, ni info yang aku dapat dan nak kongsikan bersama pembaca semua...

Apakah bahan utama yang digunakan dalam penghasilan minyak wangi..??

Antara bahan utama yang digunakan dalam penghasilan minyak wangi ialah kulit kayu geharu, bunga cengkih, kulit kayu manis serta beberapa rempah-ratus yang lain.

Bagaimana bau yang dihasilkan adalah berlainan bagi setiap jenis minyak wangi..??

Ini bergantung kepada sumber bauan itu diambil. Ada yang diproses daripada tumbuhan, haiwan juga melalui proses sintestik dan kimia.

Bagaimana pula dengan alkohol..??

Alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai senyawa ( OH ) yang terikat pada atom karbon, atom hidrogen atau atom karbon yang lain.

Dua jenis alkohol yang utama ialah :

1. Methanol : Dihasilkan daripada kayu-kayan.
2. Ethanol : Dihasilkan daripada biji-bijian.

Methanol tidak digunakan untuk minuman keras kerana ia merupakan racun yang kuat dan hanya digunakan dalam penghasilan minyak wangi, kosmetik juga ubat-ubatan dan hanya ethanol yang digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.

Hukum alkohol..??

Secara dasarnya alkohol bukannya najis kerana ianya dihasilkan daripada tumbuhan. Cuma hukum di dalam minuman keras menjadi haram disebabkan peminumnya menjadi mabuk.

Begitu juga dengan minuman bergas yang mengandungi alkohol. Jika sukatan alkohol yang terkandung di dalamnya menimbulkan kemabukkan secara automatik minuman itu menjadi haram.

Dan perlu diketahui disini lagi bahawa, pengambilan ubat batuk beralkohol melebihi dos yang ditetapkan juga membawa kepada hukum haram jika menyebabkan peminumnya hilang akal dan tidak mmapu berfikir secara waras.

Minyak wangi tanpa alkohol @ tanpa alkohol..??

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia serta para ulama' kotemperari telah menetapkan bahawa penggunaan winyak wangi beralkohol adalah dibolehkan disebabkan penghasilannya daripada bahan yang suci.

Cuma sebagai tambahan, lihat kembali kepada bahan bagi menghasilkan bauan bagi sesuatu wangian itu.

Jika bauan itu adalah diproses daripada tumbuhan, haiwan yang disembelih dan halal serta melalui proses sintestik dan kimia menggunakan bahan yang suci, maka minyak wangi itu adalah suci digunakan oleh umat Islam.

Dan jika proses penghasilan itu pula daripada bangkai haiwan yang haram atau melalui proses sintestik dan kimia menggunakan bahan yang tidak suci, maka minyak wangi itu adalah tidak suci digunakan oleh umat Islam sekalipun ianya tidak beralkohol.

Wallahua'lam.


' MENCARI YANG HALAL ITU SATU KEFARDHUAN '

***

Pertama Kali Aku Ditemuramah Wartawan...

Salamullahi'alaikum...

Semalam lebih kurang pukul 1.40 pagi aku sampai kat rumah, ke rumah persatuan pelajar untuk turut membantu kumpulan pertama rakyat Malaysia di Yaman yang akan dihantar pulang (Baca Sini). Sebenarnya Rumah PERMAYA dijadikan tempat berkumpul terakhir untuk mereka yang akan pulang sebelum diangkut ke lapangan terbang menggunakan bas..

Yang aku nak cerita ni, semalam adalah kat situ dua orang wartawan daripada The Star .. Nak temuramah orang yang nak balik la ni... Aku pun tak layan mana sangat diaorang ni, biar sajalah diaorang jalankan tugas...

Dan aku pula, sambil dok tunggu mereka yang akan pulang, sambil dok layan cerita Jepun kat laptop dengan beberapa orang kengkawan..

Tup-tup (tiba-tiba) saja akak wartawan tu mai kat aku... Tanganku automatik terus tutup cerita kat laptop.. Malulah kalau kantoi dengan akak wartawan, pasal time tu kopiah putih atas kepala... hahaha

"Buat apa adik..??' tanya akak wartawan tu kat aku.

"Tak buat apa-apa pun kak.. tengok video nasyid.." jawabku tanpa muka bersalah.

Peergh.. !! Belum apa-apa akak wartawan tu dah kena tipu hidup-hidup dengan aku...

"Kak nak tanya adik beberapa soalan ni, boleh tak..?? Sebelum tu nama adik apa..??" soalnya lagi.

Orang yang dah berpengalaman ditemuramah wartawan selalu pesan kat aku, kalau tak mahu wartawan tanya banyak, pastikan soalan dijawab dengan soalan, jadi semalam aku pun cubalah praktik..

"Erm.. Nak nama pendek @ panjang kak..??" jawabku dalam bentuk soalan, sedang memang aku tahu dah, kalau masuk berita memang wartawan nak nama penuh...

Nak jadi kisah lagi, terpaksa pula aku dok eja satu-persatu ejaan namaku kat akak wartawan tu.. Hehe ni untungnya punya nama macam aku, kan dah ambil masa kat situ...

Pendek cerita.. Telah berlakulah sesi temuramah aku dengan wartawan tu lebih kurang 10 minit lamanya. Ada soalan yang aku jawab dengan soalan, ada soalan yang aku jawab dengan jujur dan sudah tentu jugalah ada soalan yang aku jawab dengan tak jujur (berbohong).. Huhu

Ni antara soalan paling panas akak wartawan tu tanya kat aku,

"Akak tengok keadaan kat sini selamat saja, rakyat Indonesia dan China pun akak tengok tidak balik, tidakkah nanti orang akan kata rakyat Malaysia di sini ambil kesempatan pasal boleh balik percuma..??".

"Ermmm.. Sekarang memang nampak selamat, tapi kalau jadi apa-apa nanti kerajaan Malaysia nak bertanggungjawabkah..??" soalku kembali kat wartawan tu.

Demikianlah kisahnya pengalaman pertama aku ditemuramah wartawan...

Catatan Penulis :

Menipu memang berdosa. Tetapi kalau menipu untuk kebaikan, dosanya lebih kecil berbanding bila kita jujur, ianya akan menimbulkan kerosakan @ keburukan yang lebih besar.

Kaedah usul fiqh ada sebut : [Apabila bertemu dua kemudharatan, lalu pilihlah yang paling ringan kemudharatan antara keduanya]
.

***

Terkini : Kumpulan Pertama Rakyat Malaysia Di Yaman Dibawa Pulang

Pada mulanya diberitakan bahawa kesemua rakyat Malaysia di Yaman akan dipindahkan @ dibawa pulang menggunakan pesawat TUDM. Tetapi disebabkan proses mendaratkan pesawat tidak mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan Yaman, maka kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan rakyat Malaysia di Yaman; negara yang kini bergolak dengan menggunakan penerbangan awam...

Alhamdulillah akhirnya kumpulan pertama rakyat Malaysia di sini yang terdiri daripada 5 keluarga akan dibawa pulang ke Malaysia dengan menaiki penerbangan jam 4.00 pagi ini (9.00 pagi waktu Malaysia) dan baki 5 keluarga bakal menyusul pada pukul 10.00 pagi.

Pihak kedutaan Malaysia di sini telah memberikan keutamaan untuk menghantar pulang terlebih dahulu pasangan yang sudah berkahwin, mereka yang sakit juga sesiapa yang mempunyai keperluan mendesak untuk pulang ke Malaysia.

Walau bagaimanapun, baki rakyat Malaysia yang lain di sini mungkin terpaksa menunggu lebih seminggu lagi memandangkan tiada kekosongan tiket untuk membawa mereka pulang ke Malaysia.

-OPS BALQIS-

Catatan Penulis :

Penulis mungkin akan berada di dalam kumpulan terakhir rakyat Malaysia yang akan dibawa pulang kerana diminta membantu berkenaan dengan urusan pulang rakyat Malaysia di Yaman ini...

***

Wednesday, March 16, 2011

Kesian Arab Tu Kena Marah Dengan Melayu...

Assalamu'alaikum..

Tadi lepas solat maghrib aku ke sebuah kedai barangan elektronik. Dah berjanji dengan salah seorang pekerja di situ untuk ambil kad memori baru; ganti kepada kad memori yang rosak tempoh hari..

Pendek cerita.. Disebabkan jenama masa mula-mula aku beli hari tu tiada, maka digantikanlah dengan jenama yang lain.. Baru aku pusing badan untuk meninggalkan kedai..

"Saudara.. untuk kad memori ni kamu kena tambah 1,000 Riyal.." kata pekerja arab tu kat aku.

"Kenapa pula kena tambah..??" soalku sambil menarik muka kehairanan.

"Disebabkan kad memori ini jenis yang lebih baik, maka harganya lebih sedikit walau kapasitinya sama.." balas pekerja arab untuk soalan aku tu.

Dalam hati, aku mula dok maki sorang diri, "Tak boleh pakai punya arab.. Agak-agak la kalau nak ambil untung atas angin pun. Semalam baru aku tengok kat kedai sebelah jual untuk jenis yang sama dengan kapasiti 4x ganda harga baru 8500 Riyal. Takkan untuk kad memori kapasiti macam ni harga sampai 7,000 Riyal..??".

Adalah lebih kurang 15 minit aku dok berbalah dengan pekerja arab tu. Aku tetap tak mahu bayar 1,000 Riyal tu.. Kalau kira ikut RM(Ringgit Malaysia) banyak juga dia punya jumlah tu..

Pendek cerita lagi, akhirnya pekerja arab tu tanya aku, "Berapakah harga yang telah aku jual kepada kamu camcorder beserta dengan kad memori tempoh hari..??".

Dengan muka penuh yakin aku menjawab, "52,000 Riyal...".

Pekerja arab tu pun membuka resit jualan dan kemudian tunjuk kat aku, "Tapi dalam resit ni tercatit, harga camacorder jumlahnya 46,000 Riyal manakala memori kad pula 4,000 Riyal. Jadi jumlahnya 50,200 Riyal..".

Ooops...

Aku dah mula rasa malu dengan diri sendiri, juga malu dengan pekerja arab yang aku marah sebentar tadi. Macam manalah aku boleh tak perasan yang selepas lima tu ada kosong, patut la aku rasa mahal sangat, kosong tu aku kalih (ubah) letak kat belakang rupanya... Hehe

Mujurlah pekerja arab ni jenis tak kisah mana. Selepas aku minta maaf, kami kembali berbual macam biasa... Dan lepas tawar-menawar, akhirnya dia sudi kurangkan sedikit. Aku hanya perlu tambah dan bayar 800 Riyal saja, bukan 1,000 Riyal...

Apa-apa pun, tentang aku sebut dia untung atas angin tu, betul aku tak tipu.. Harga untuk kad memori dengan kapasiti yang sama di kedai lain murah sedikit. Aku tak kisah sangat pun kalau takat dia nak ambil untung atas angin sikit-sikit... Tapi kalau dah untung atas angin sampai beribu-ribu tu yang aku marah tu, walau sebenarnya yang tersalah tadi adalah aku... Huhu

Keluar dari kedai, terus Lukman kawan yang temankan aku sound aku dengan loghat Terengganunya, "Sian arab tu aku tengok kena marah dengan mung.. Siap buat muka sedih lagi.. Parok sangat mung wie ye...".

Aku pula dengan muka selamba menjawab, "Mane ade, sikit jer aku wie ye tu..".

Padahal dengan diri sendiri, rasa malu tu aku bawa balik sampai rumah malam ni.. Haha

Sekian kisahnya seorang arab kena marah dengan seorang melayu..

Catatan Penulis :

# Pesanku pada diri, lain kali sebelum menutur @ melakukan sesuatu, buatlah penelitian terlebih dahulu, takut akan melukakan hati sesama insan...

# Pesanku pada diri juga, cubalah untuk mengawal kemarahanmu itu sekalipun dalam dirimu mengalir darah Panglima Diraja @ Pengawal Biasa.. Kerana sifat amarah itu daripada syaitan..

# Pesanku pada diri lagi, sebenarnya biah (suasana) memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti diri. Siapa sangka seorang arab boleh tertunduk diam bila dimarahi dengan bahasa ibundanya sendiri. Jadi carilah suasana-suasana yang bisa meningkatkan kualiti dirimu...

***

Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Assalamu'alaikum...

Aku baru pulang ke rumah setelah keluar untuk menyelesaikan beberapa urusan sebelum pulang ke Malaysia dan meninggalkan bumi Yaman...

Ni ambil masa sekejap untuk melayari facebook dan blog. Sampai kat blog Ben Ashaari, rupanya hari ni dia ada buat segman lagi. Tengok punya tengok, renung punya renung akhirnya aku buat keputusan nak join juga memandangkan untuk segemn kali ni benda-benda yang ditanya mudah dan tidak memerlukan banyak masa untuk berfikir dan mengarang ayat..

Terus ke segmen...



Tajuk : BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

# Sila ceritakan latar belakang anda..

Aku senang dipanggil dengan tokwan walau usiaku baru hendak menjangkau suku abad. Aku berasal dari negeri paling utara tanah air dan sekarang berada kat Yaman. Apa-apa pun esok; paling awal la ni, aku akan dibawa keluar dari bumi Yaman ni bersama rakyat-rakyat Malaysia yang lain atas faktor keselamatan dek demontrasi kat sini..

# Profesion anda sekarang ?

Penuntut Dirasat Islamiah (Pengajian Islam) di USTY (klik). Jika keadaan kat Yaman masih belum stabil, balik Malaysia nanti mungkin aku terpaksa tangguhkan pengajian di sini buat satu tempoh yang lama.. Satu tahun mungkin..

# Blog favourite anda .. kenapa ?

Link : http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Ni blog ruangan permasalahan agama. Selalu aku masuk sini bila ada nak rujuk sesuatu hukum atau mencari nama-nama kitab untuk rujukan. Tapi yang lebih penting sebenarnya, pengendali blog ini adalah 'ustazku' sedari dulu hinggalah sekarang. Selalu bila aku ada masalah yang berkaitan dengan bidang agama, dialah orang pertama yang aku akan cari..

Lain-lain laman agama yang jadi favourite aku :

Link : http://drmaza.com
Link : http://zaharuddin.net

# Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?

Blog-blog yang lebih suka dok bincang dan tulis masalah khilafiah (cabang) dalam agama dan dok dakwa hanya puak dia saja yang betul, sedang puak lain semua sesat. Benda-benda yang berkaitan dengan aqidah pula dia boleh pejam mata buat macam tak nampak...

Mungkin blog-blog macam ni punya kepentingan peribadi kot...

Kalau dia rasa untung, dia tulis..

Kalau dia rasa rugi, dia tak payah tulis..

# Impian anda terhadap blog anda ..

Akan menjadi salah satu saluran untuk aku berdakwah. Walau pahalanya mungkin tak sebesar mana, tapi mungkin boleh bawa sebagai bekalan dalam lubang kubur nanti...

P/S : Maaflah aku tulis dan jawab ringkas-ringkas saja kat atas tu... Flight dah tunggu aku nak balik Malaysia bila-bila masa sahaja dari sekarang, tapi apa satu barang pun aku tak kemas lagi ni...

***

Sunday, March 13, 2011

Qunut Nazilah Kini Kedengaran Di Yaman

Salamullahi'Alaikum...

Muzaharah (Demontrasi) kat Yaman ni dah berlangsung lebih dua bulan. Dan petanda untuk ianya berakhir juga untuk Presiden Yaman; Ali Soleh turun dari tampuk pemerintahannya sebagaimana desakan para pendemontrasi anti-kerajaan masih tampak samar-samar.

Keadaan dilaporkan menjadi bertambah buruk dengan pertempuran yang melibatkan askar-askar kerajaan dengan para penunjuk perasaan. Korban nyawa juga diberitakan makin meningkat dari sehari ke sehari dengan bertambahnya tempat-tempat untuk para penunjuk perasaan.

Dan dalam beberapa hari ini juga.. Qunut Nazilah telah mula kedengaran dibacakan oleh imam-imam di masjid-masjid terutama pada waktu solat Mahgrib dengan diaminkan oleh para jemaah yang hadir...

Cuma sedikit yang menarik perhatian penulis, dalam doa yang dibacakan para imam ini berserta para makmumnya, doa itu lebih bersandar kepada pihak yang disokongnya di Yaman ini...

Pertama : Ada imam yang mendoakan supaya dijatuhkan pemerintahan Presiden Ali Soleh...

Kedua : Ada imam yang mendoakan supaya dikekalkan pemerintahan Presiden Ali Soleh...

Ketiga : Ada imam yang mendoakan supaya diselamatkan serta disejahterakan Yaman beserta penghuninya...

Jika anda diberikan pilihan, di pihak yang manakah anda ingin berada..??

Dan doa siapakah pada pandangan anda yang akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T terlebih dahulu..??

***

Saturday, March 12, 2011

Universiti Aku Ditutup Hari Ini..

Assalamu'laikum..

Patutnya hari ini minggu ke3 pengajian bagi semester ke2. Tetapi universiti tempatku belajar terpaksa ditutup selama 3 hari dek keadaan demontrasi yang semakin meruncing di Yaman termasuk berdekatan kawasan universiti. Dan jika demontrasi ini berlanjutan dengan meningkatnya korban nyawa dan mereka yang tercedera, penutupan universiti mungkin akan dilanjutkan lagi...

Terkini melalui berita tempatan, lebih 80 orang yang tercedera dan kini dirawat di hospital dengan baki 8 orang dilaporkan meninggal. Dan menurut cerita kawan-kawan yang tinggal berdekatan dengan kawasan demontrasi pula, tembak-menembak masih berlaku bermula waktu subuh tadi dan masih berlanjutan hingga ke waktu tengahari.

Jika keadaan kat sini bertambah buruk, kesemua rakyat Malaysia mungkin akan dipindahkan @ dihantar pulang sebagaimana dinyatakan pihak kedutaan Malaysia pada pertemuan baru-baru ni.

Tetapi dalam kepalaku kini cuma satu.

Kalau nak kena hantar balik pun, tunggulah bulan Jun nanti. Bagilah aku habis exam dulu. Best tu memang la best boleh balik free, tapi rasa rugi sangat nak tinggal pengajian..

Lagi satu masalah, kalau dah kena balik, entah ada duit @ tidak nak beli tiket nak mai sini semula kalau kerajaan tak mahu tanggung nanti..

Apa-apa pun doakanlah kesejahteraan dan keselamatan aku dengan semua rakyat Malaysia kat sini...

Jangan lupa doakan juga untuk rakyat Malaysia kat Jepun yang dilanda gempa bumi semalam..

Catatan penulis:

Sesungguhnya setiap sesuatu yang Allah aturkan itu terkandung hikmah tersendiri. Kadang-kadang kita rasa benda tu buruk, tapi hakikat disebaliknya adalah kebaikan. Kadang-kadang kita rasa benda tu baik, tapi hakikat disebaliknya pula adalah keburukan...

Wallahua'lam.

***

Contest Pembaca @ Pengomen Tegar

Ni sahabat bloggerku Cik Eja yang minta aku sertai contest ni. Kalau orang lain, confirm dah aku tolak. Tapi Cik Eja punya pasai, mahu tak mahu aku kena terima jugalah.. Bukan apa sebenarnya untuk contest ni, siap dia letak link blog aku lagi buat contoh.. Orang tua-tua kata, "Malu alah sebenarnya aku dengan Cik Eja ni..." huhu..

Tak percaya..?? Klik sini : Diari Ku Coretan Ku Disini

Ni syarat pertama :



Kedua : linkkan seberapa banyak nama blog sahabat anda yg anda suka baca @ menjadi pengomen tegar blog mereka..

Tak mahu banyak-banyak, aku link 4 saja blog yang 'wajib' aku masuk untuk baca tiap-tiap hari:

1 http://ilmudanulamak.blogspot.com/
2 http://www.mazidulakmal.com/
3 http://www.benashaari.com/
4 http://fdausamad.blogspot.com/


Link blog yang aku suka komen tak kira masa, rasa-rasa 1 ni saja kot:

5 http://menulisdenganhati.blogspot.com/

Haha.. Cik Eja jangan marah To'Wan ya....

Ketiga : sebab kenapa anda tertarik dan suka komen blog mereka tu..

Blog 1 :

Ni blog ruangan permasalahan agama. Selalu aku masuk sini bila ada nak rujuk sesuatu hukum. Tapi yang lebih penting sebenarnya, pengendali blog ini adalah 'ustazku' sedari dulu hinggalah sekarang. Selalu bila aku ada masalah yang berkaitan dengan bidang agama, dialah orang pertama yang aku akan cari..

Blog 2 :

Blog ni kepunyaan saudara Mazidul Akmal Sidik. Selalu bila nak tahu tentang masalah sosial, jenayah @ apa saja yang berlaku kat Malaysia, blog inilah yang selalu aku masuk.. Tambah-tambah bila kat oversea macam ni...

Blog 3 & 4 :

Dua blog ni aku pilih disebabkan cara penyampaian santai oleh penulisnya tapi dalam masa yang sama ianya 'berisi'.. Rugi kalau tak baca..

Blog 5 :

Yang ni aku pilih dan letak dalam kategori komen disebabkan kalau dihitungkan, komen aku banyak terdampar kat sini bak 'treasure' berbanding kat blog-blog lain.. Kenapa aku suka komen banyak-banyak kat sini..?? Yang ni aku rahsiakan, takut tuan empunya blog kembang hidung pula nanti.. Tapi kalau dia nak tahu juga, nanti aku mesej saja..

Alhamdulillah dah selesai akhirnya... :)

***

Selipar Burukku Kena ' Balas '...

Assalamu'alaikum...

Tadi usai solat Jumaat masa nak balik rumah, selipar burukku kena balas (curi) kat masjid. Selama aku dok kat sini, ni kali pertama.. Mula-mula rasa marah juga sambil dok bebel sorang-sorang dalam hati, " Selipar buruk macam tu pun ada orang nak... Dunia.. Dunia... Ingatkan kat Malaysia saja ada spesis manusia suka 'balas' selipar ni...".

Pada mulanya ada juga niat nak balas selipar orang lain. Tapi mana boleh macam tu. Ni kira aku pula yang jadi pencuri walau yang mula-mula teraniaya adalah aku. Lagipun kalau aku balas selipar orang, tuan selipar yang aku balas tu bila dia keluar masjid nanti, dia balas pula selipar orang lain. Lepas tu yang kena balas selipar akan balas pula selipar orang lain. Dah sampai bila baru nak habis balas daa...

Rasa-rasa yang tak balas pada akhirnya mesti tok imam... Bukan kerana dia tok imam, tapi kerana dia yang terakhir keluar masjid dan yang terakhir kena balas pada masa tu adalah selipar tok imam, dan dah tak dak selipar tok imam nak balas untuk balik rumah...

Jadi untuk mengelakkan dosa ni daripada berterusan, baik aku yang hentikan dulu.. Inilah namanya 'Amal Ma'ruf Nahi Mungkar ' , kena bermula dengan diri sendiri dulu lepas tu baru beralih pada orang lain..

Lalu berkaki ayamlah aku balik ke rumah. Dah la rasa panas hati tak habis lagi, ditambah pula terpaksa berjalan di bawah panas mentari dengan kaki memijak batu-batu dan tanah yang panas, Jumaat hari ni benar-benar mengujiku... Jadi aku perbanyakkan beristighfar dalam hati, supaya pahala Jumaatku hari ni tak hilang free macam tu saja dek aku dok komplen qada' dan qadar Allah padaku...

Lagipun tadi saja nak tunjuk 'macho' sedikit depan orang-orang Arab; yang orang Melayu ni jenis tahan lasak juga macam depa. Boleh berjalan dengan selamba berkaki ayam bawah panas terik padahal mujurlah masjid tu belakang rumah aku saja. Kalau dibuatnya kena berjalan berkilometer, alamat terbakarlah tapak kaki aku tadi.. Hehe

Sebut tentang 'balas' ni, tiba-tiba teringat zaman dok sekolah menegah dulu. Bukan teringat kerana budaya balas selipar ni, walau benda tu memang aku tak nafikan berlaku juga jika kita tinggal kat sekolah berasrama tapi yang aku nak sentuh ni adalah tentang budaya balas-membalas (balas dendam).

Apa kaitannya..??

Mudahnya begini.. Masa mula-mula masuk asrama, kita sebagai junior mesti akan dibuli oleh senior. Selepas kena buli tu mesti dalam hati akan berperasaan begini, "Tunggulah aku jadi senior pula nanti..". Selepas bertahun berlalu kita pula jadi senior, kita buli pula pelajar junior. Lalu si junior simpan pula perasaan negatif macam kita dulu. Bila sampai masa dia jadi senior kemudiannya, dia buli pula pelajar junior. Dan begitulah seterusnya. Jadi sampai bilakah baru budaya balas-membalas ini akan tamat..??

Ni baru aku ambil contoh dalam komuniti pelajar, bagaimana pula dengan komuniti masyarakat yang lainnya..?? Aku yakin budaya ni memang akan tetap wujud; kerana bukankah iblis dah berjanji akan menyesatkan anak Adam sehingga hari akhirat..??

Catatan penulis :

Jika sesuatu benda itu adalah negatif dan mengundang dosa, jadilah anda sebagai orang yang akan menghentikannya..

Dan jika sesuatu benda itu adalah positif dan membawa pahala, jadilah anda sebagai orang yang akan meneruskannya..

Kerana Allah telah berfirman yang bermaksud,

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah(debu) pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula" [Al-Zalzalah:7-8]

Wallahua'lam.

***

Friday, March 11, 2011

JELAJAH BLOG 2011 : AKU INI BLOGGER LELAKI !

Assalamu'alaikum...

Ni kali kedua aku sertai segmen kelolaan Ben Ashaari, sedang 2 hari sebelumnya aku dah sertai segmen: JELAJAH BLOG LUAR NEGARA (sini). Dan untuk pengetahuan pembaca, belum sampai sebulan sebenarnya aku jadi follower blog Ben Ashaari ni. Tapi first time sampai kat situ, hati ni terus tertarik dengan gaya penulisan Ben. Tertarik yang bagaimana..?? InsyaAllah nanti pada kesempatan lain aku cerita...

Kita teruskan saja ke segmen yang aku sertai kali ni..


Tajuk : JELAJAH BLOG 2011 : AKU INI BLOGGER LELAKI !

Sila jelaskan kenapa anda berblog ?

Aku mula berblog bermula Julai 2009. Aku wujudkan blog aku sendiri kerana dengki (ni kategori tak berdosa) dengan kawan-kawan yang berblog dan punya blog. Dan perkara yang aku set dalam kepala bila mula berblog adalah, ia adalah sebagai saluran dakwah. Aku belajar agamakan, mana boleh nak ketepikan kewajiban berdakwah..

Menjangkau setahun aku berblog...

Dengan entri yang jarang diupdate.. Dengan gaya penulisan yang lebih berbentuk ilmiah.. Baru aku perasan yang aku hanya mampu menarik pembaca @ follower dari kalangan mereka yang berlatarbelakangkan agama saja.

Jadi..

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk cuba mengubah sedikit cara penulisanku ni kepada lebih santai tetapi dalam masa yang sam, 'dakwah' tetap tujuan utama. Mudah-mudahan lepas ni aku mampu dekati semua lapisan masyarakat yang berlainan latar belakang ini. Dan untuk pembaca lama pula, tetap aku tidak akan lupakan dengan sekali-sekala aku selitkan dengan entri-entri berbentuk ilmiah. Jadi misi aku cuba nak capai sekarang adalah melalui konsep 'Berdakwah Dengan Cara Bersantai '..

InsyaAllah pakat-pakat la doakan aku...

Beri pendapat anda .. Kenapakah blogger lelaki lebih kreatif dan blog lelaki lebih mudah dapat perhatian dari blog wanita ?

Aku selalu memerhatikan method @ gaya penulisan blogger daripada kedua-dua jantina ini. Pandangan ikhlas aku, masing-masing Allah berikan kelebihan. Cuma yang aku perasan, selalunya blogger lelaki mampu menarik pembaca dan pengikut dengan entri yang lebih berbentuk 'bersahaja' , sedang blogger wanita pula melalui entri yang berkait rapat dengan perasaan.

Ni semata-mata pandangan peribadi aku, dan pembaca pula mungkin punya pandangan yang lain dan tidak sependapat denganku..

Apa-apa pun, dalam semua hal, lelaki tetap lebih la.. Bukan kerana aku lelaki, tapi kerana dalam Al-Quran pun Allah dah berfirman sebegitu..

Maksud firman Allah : "Lelaki itu berkuasa (bertanggungjawab) ke atas wanita" [Surah An-Nisa' : 34]

Blog wanita yang anda suka baca ...

Sebenarnya tiada blog wanita yang aku suka baca secara khusus. Tapi memandangkan ada soalan ni, jadi aku letakkan saja link seorang 'teman tapi mesra' ni, dan harap-harap orang kesayangan dia tak marah aku la nanti..

Ni blognya : Diariku Coretanku Di Sini

Buat pengetahuan pembaca, aku kenal dia ni dalam facebook. Dari situ, kami saling bertukar ziarah ke blog masing-masing. Yang menarik pasal dia ni dan jarang-jarang orang ada ialah, dia ni adalah blogger yang punya kembar. Nak kenal, silalah ke blognya..

Tapi sebab utama sebenarnya, aku pilih dia kerana yang selalunya jadi pengomen pertama bagi setiap entri baru aku mesti dia.. Dan aku pun selalu juga tinggalkan komen kat entri blognya..

Sekian.

***

Kedai Minyak Wangi...

Salamullahi'alaikum...

Petang kelmarin temankan kawan ke sebuah kedai minyak wangi. Nak beli 'perfume' katanya. Pendek cerita akhirnya dia beli sebotol minyak wangi dengan harga 8000 Riyal Yaman (RM115).

Sambil dok tunggu kawan aku tu buat bayaran, mataku ligat memerhatikan keadaan di dalam kedai itu. Ada dua benda yang menarik minatku kat dalam kedai tu.

Pertama: Kulit-kulit kayu di dalam balang pada satu sudut kedai itu.

Kedua : Botol-botol berisi cairan putih di satu sudut yang lain.

Pasal 'excited' sangat nak tahu apakan gerangan benda-benda tu, aku pun mintalah penjelasan daripada salah seorang pekerja kat situ.

Ringkas cerita..

Untuk soalan yang pertama, yang dalam balang tu kulit kayu geharu (diimport dari Malaysia). Ni pekerja tu yang bagi tahu, bukan aku pandai-pandai buat fakta sendiri. Manakala cairan putih dalam botol itu pula, kandungannya adalah alkohol. Selepas mendapatkan penerangan daripada pekerja itu, aku hanya tersenyum manis kepadanya. Memang senyuman aku manis pun pasal aku ni berlesung pipit. Hahaha... Sedang dalam kepala otak ni tiba-tiba terfikir nak buat satu eksperimen @ ujikaji bila-bila aku 'free' nanti..

Nak tahu apa jenis eksperimen aku nak buat tu..?? Nanti-nantilah, bila dah berjaya ujikajiku tu nanti, baru boleh kongsikan dengan semua.. Kalau kongsikan sakarang, tak berjaya nanti naya saja aku kena gelak.. Hehe...

Mesti ramai tertanya-tanya, dah alang-alang teman kawan pi kedai minyak wangi tak kan aku tak angkat sebotol kot..??

Kalau pakat nak tahu, kat rumah dah banyak pun koleksi minyak wangi aku... Ni pun tak habis-habis lagi guna.. Jadi buat apa nak membazirkan..?? Tak baik jadi kawan syaitan...

Jenama apa aku pakai..??

Erm... Aku punya minyak wangi tak dak 'brand' pun.. Tak sampai RM10 pun sebotol dengan isipadu 3ml..

Nak tengok koleksi minyak wangi aku tu..??


Inilah sebahagiannya..
walau murah, tapi lama juga tahan baunya ni..

P/S : Entri ni ada sambungannya lagi, esok-esoklah aku sambung lagi...

***

Thursday, March 10, 2011

Jelajah Blog Luar Negara

Assalamu'alaikum..

Aku baru balik dari rumah persatuan pelajar (klik). Ni baru ada kesempatan nak buka internet setelah pada siang harinya aku sedikit kesibukan. Masa tengah check facebook dan ziarah blog-blog yang aku follow, mataku terhenti kat enti blog BEN ASHAARI ni, 'JELAJAH BLOG LUAR NEGARA', tiba-tiba rasa nak join walau sebelum ni aku hanya sebagai silent reader untuk blog beliau.



Serba sedikit tentang aku..

Aku senang dipanggil dengan tokwan walau usiaku baru hendak menjangkau suku abad. Aku berasal dari negeri paling utara tanah air dan kini berada di Yaman sebagai penuntut Dirasat Islamiah (Pengajian Islam) di USTY (klik). Walau belajar agama tetapi daripada segi penampilan i'm just a simple person. Aku ni jenis pendiam sedikit tapi kalau dah lama kenal tu korang tau la aku ni macam mana. Nak kenal aku lebih lanjut, add jer facebook aku..

Kenangan manis kat Yaman..

Pengalaman i'tikaf 10 malam terakhir Ramadhan di masjid dengan orang-orang Arab dan bagi aku pengalaman ini paling manis dan berharga setakat aku berada di sini. Masa mula-mula sampai kat sini, ramai senior-senior pesan jangan buat baik dengan orang Arab pasai depa ni kaki kencing (kuat menipu) tapi bila dah lama kat sini, baru aku tahu tak semuanya macam tu. Tak kenal maka tak cinta...


Ni gambar yang sempat aku snap dengan orang-orang Arab kat atas lembah
untuk tengok matahari terbit masa i'tikaf dulu

Kenangan pahit kat Yaman..

Rasa-rasa belum ada lagi setakat ni. Kalau ada pun segan aku nak cerita pasai aku ni jenis emosi sedikit, tak pasai-pasai air mata aku meleleh satgi bila tulis part ni walau memang aku sedih sangat bila dok sini tak sampai setahun, dah dua kali terpaksa beraya tanpa keluarga di sisi. Dah tak dak budget nak balik Malaysia, nak buat lagu mana...

Kata-kata khas aku buat si mereka yang ingin menyambungkan pelajaran di luar negara..

Jika Allah berikan kesempatan kita merantau untuk mencari ilmu kat muka bumiNya yang luas ni, gunakanlah kesempatan itu sebaik mungkin. Jangan hampakan harapan mereka-mereka yang sayangkan kita terutama sekali ibu dan ayah kita. Dan paling-paling penting aku tujukan kata-kata ni buat mereka yang dapat biasiswa la, kerana aku rasa korang paling bertuah kerana nak belajar semua orang tanggung. Lebih bertuah daripada aku dan ramai lagi kawan-kawan aku kat sini; kos pengajian dan sara hidup semuanya sendiri tanggung @ hanya dengan semata 'sponsor' My Parent Sendirian Berhad...

Wassalam.

***

Tuesday, March 8, 2011

194 Negara, Cikgu...

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat yang sudi ke blog tak seberapaku ini..

Selama ni, kalau ada cikgu yang mengajar sejarah tanya aku berapa jumlah negara-negara kat dunia ni, dengan muka penuh 'confirm' dan riya'nya aku akan jawab, "194 negara, cikgu..". Tetapi selepas kelmarin, aku memilih untuk menukar jawapanku selepas ini jika ada yang bertanya lagi.

Kenapa..??

Ini kisahnya...

Kelmarin masa tulis entri 'Kelajuan Download & Upload' (Baca Sini) terdetik pula hati ni nak cari jumlah negara-negara kat seluruh dunia ni. Adakah betul macam yang aku dok jawab selama ni iaitu jumlahnya adalah 194 buah negara..??

Jadi apa yang aku dapat akhirnya..??

Pada mulanya memang bangga gila bila dengan diri sendiri bila dalam web yang aku baca tu menunjukkan jumlah negara yang tercatat adalah 194 buah macam aku selalu dok jawab tu. Tapi rasa bangga tu dengan tiba-tiba hilang kerana jumlah 194 itu sebenarnya adalah untuk negara-negara yang berdaulat @ dalam bahasa yang lebih mudah, jumlah itu adalah untuk negara-negara yang berdaftar dan bernaung di bawah PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu).

Jadi jumlah sebenarnya berapa..??

Buat pengetahuan semua dan juga diri aku yang sememangnya tidak berapa ambil cakna dengan hal-hal macam ni, jumlah sebenarnya adalah 249 buah. Daripada jumlah itu, 194 buah adalah yang berdaftar dengan PBB, 60 buah bergantung dengan negara-negara yang lain dan 5 buah masih dipersengketakan. Dan antara nama negara-negara yang dalam senarai ini sebenarnya memang asing @ tidak pernah aku dengar pun selama ini. Antaranya ialah Somaliland, Transnistria dan Rebublik Nagorno-Karabakh. Pembaca pula dah pernah dengar..??

Untuk sumber dan maklumat lanjut, boleh baca di sini :

Nation Online

Wikipedia

Daripada jumlah ini, berapa pula negara-negara Islam..??

Menurut maklumat yang aku dapat kat laman web OIC (Pertubuhan Persidangan Islam) jumlah negara-negara Islam yang berdaftar dan bernaung di bawah OIC sehingga kini adalah berjumlah 57 buah dengan tambahan 3 buah negara sebagai ahli pemerhati iaitu Bosnia and Herzegovina, Republik Afrika Tengah dan Thailand.

Boleh semak kat sini:

http://www.infoplease.com/spot/oicstates1.html


Lorekan berwarna pada peta di atas
menunjukkan negara-negara anggota OIC

Catatan penulis :

* Jangan riya' dan takbur, Tuhan marah.

* 'Membaca Jambatan Ilmu'. Dalam Islam, wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W pun bermula dengan perkataan iqra' ( bacalah). Jadi rajin-rajinkan untuk mendidik diri agar menjadi seorang pembaca agar di suatu hari, orang tak kata yang kita ni cetek pengetahuan am dan semasa walau dok mengadap internet saban hari.

Sekian.

***

Kelajuan Download & Upload


Salamulllahi 'Alaikum buat semua pengunjung blog ini..

Dek ketidakpuasan hati dengan kelajuan internet di rumah ni beberapa hari ni, jadi tadi aku pun cubalah search kat google senarai kedudukan negara-negara mengikut kelajuan internetnya...

And the results are....

Sangkaan aku pada mulanya bahawa yang menghuni kedudukan Top 10 tentulah negara-negara barat nyata meleset sama sekali. Rasa-rasa selama aku hidup hampir suku abad ni, aku telah tertipu dan terlalu terpengaruh dek cerita-cerita kepantasan dan kecanggihan teknologi dari hollywood tu..

Berbalik kepada apa yang aku jumpa tadi..

Yang menjuarai kedudukan kelajuan internet di seluruh dunia adalah Korea Selatan. Dengan kelajuan 37.91 Mbps bagi download dan 20.49 Mbps untuk upload, kelajuan itu memang dianggap 'melampau'. Jadi betullah dengan apa yang aku baca selama ini bahawa perkhidmatan untuk melayari internet disediakan secara percuma di tempat-tempat awam seperti stesyen kereta api dan sebagainya di Korea Selatan. Juga para pengguna boleh menikmati video online ibarat menonton wayang di pawagam tanpa sebarang masalah loading.

Di mana pula kedudukan Amerika Syarikat..??

Walau Amerika Syarikat terkenal dengan Microsoft dan Linux untuk program komputer, tetapi dari sudut kelajuan internet ia berada pada tangga ke-32 bagi download dengan kelajuan 10.94 Mbps dan tangga ke-39 bagi upload dengan kelajuan 2.29 Mbps.

Dan sekutunya Israel..??

Walau telah kita sedia maklum kebanyakan web juga program maya seperti laman-laman sosial hampir keseluruhannya dipelopori oleh bangsa Yahudi, tetapi Israel hanya berada pada tangga ke-58 bagi download dengan kelajuan 6.09 Mbps dan tangga ke-104 bagi upload dengan kelajuan 0.78 Mbps.

Negara kita Malaysia..??

Negara tercinta kita Malaysia pula berada pada tangga ke-84 bagi download dengan kelajuan 3.64 Mbps dan di tannga ke-55 bagi upload dengan kelajuan 1.83 Mbps.

Negara-negara jiran Malaysia..??

Dilihat pada statistik, kedudukan negara-negara jiran kita Malaysia seperti Singapura, Thailand serta Vietnam berada pada kedudukan lebih baik pada sudut kelajuan internetnya. Ini kerana, selain daripada faktor kecanggihan teknologi, kapasiti pengguna juga turut memainkan peranan penting. Jika kapasiti pengguna melebihi kapasiti kelajuan yang ditawarkan, sudah tentu akan tutut memperlahankan tahap kelajuan penggunaan internet.

Negara yang aku cari ranking berapa..??

Memandangkan aku sekarang di Yaman, jadi sudah tentu tujuan utamaku untuk melihat 'Internet Speed Ranking' negara tempat aku aku menetap sekarang ni. Aku dan rakan-rakan memilih untuk menggunakan pakej unlimited dengan kelajuan 1 Mbps. Selepas beberapa bulan 'berdampingan' dengan pakej ini, yang boleh aku katakan ianya tidaklah seperti yang diharapkan. Terus-terang aku cakap, Streamyx 512kbps di Malaysia lebih laju jika hendak dibuat perbandingan dengan internet di Yaman ini.

Oleh itu tidak hairanlah jika untuk senarai 'Internet Speed Ranking' samaada untuk download ataupun upload yang aku baca tadi, dari tangga 1-170 Yaman langsung tidak tersenarai. Dan sebagai info, sehingga kini jumlah negara yang berdaulat (tidak dijajah) adalah berjumlah 194 buah. Bayang dan fikirkan, dimana kedudukan negara Yaman pada senarai ini..??

Tetapi tidak ku nafikan, Yaman sebenarnya sebuah negara yang baru hendak membangun, dengan sifat kabilah (kepuakan) masih menebal di sini. Senjata-senjata dijual dengan bebas umpama menjual ikan di pasar. Dan jika kalian menziarahi ke kawasan pedalamannya, kanak-kanak seusia 10 tahun sudah menggalas senjata di bahu. Berikan masa untuk ianya berubah...

Wallahu'alam.

Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang statistik 'Internet Speed Ranking' yang aku cerita ini, bolehlah lawat Netindex : sini juga sini .

Catatan Penulis :

Hebat manapun kita manusia, tetap takkan dapat menandingi kehebatan Maha Pencipta. Manusia telah mampu membina satelit di angkasa, tetapi Allah menyampaikan wahyu kepada utusanNya dari langit ketujuh, sedang tiada pernah di kalangan manusia pernah sampai hatta pada lapisan pertama langit pun.

***

Sunday, March 6, 2011

Dirahsia 6 Perkara Kerana 6 Perkara


Berkata Saidina Umar Bin Al-Khattab R.A :

Allah S.W.T merahsiakan 6 perkara kepada hambanya disebabkan 6 perkara iaitu:

1. Allah S.W.T merahsiakan keredhaanNya kepada hambaNya yang taat agar hambaNya itu tetap terus berbakti.

2. Allah S.W.T menyembunyikan murkaNya dalam kemaksiatan seorang hambaNya agar suatu hari hambaNya itu akan bertaubat.

3. Allah S.W.T merahsiakan turunnya Lailatul Qadar di bulan Ramadhan agar hambaNya itu selalu berusaha untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal rasa jemu.

4. Allah S.W.T merahsiakan wali-walinya (hamba-hambaNya yang soleh) dari kalangan manusia agar mereka tidak dipuja-puja @ disembah-sembah disebabkan oleh kemuliaannya karena wali-wali Allah itu tergolong dari kalangan orang yang mempunyai kelebihan ilmu.

5. Allah S.W.T merahsiakan umur seorang hambaNya agar hambaNya itu selalu bersiap-sedia untuk mati dan rajin beramal yang soleh.

6. Allah S.W.T merahsiakan tentang keutamaan solatul wusto (sembahyang yang utama) daripada solat solat yang lain agar hambanya itu tetap rajin dan berusaha mencapainya.

Catatan penulis :

Sesungguhnya hanya Allah S.W.T sahaja Yang Maha Mengetahui bagi setiap sesuatu yang menjadi qada' serta qadarNya...

Agar hambaNya itu bersungguh-sungguh pada melaksanakan ketaatan kepadaNya..

Agar hambaNya mahu menjauhi segala bentuk kemaksiatan..

Agar ada kesungguhan dalam menghidupkan seluruh hari pada bulan Ramadhan khususnya juga pada lain-lain bulan umumnya..

Agar hambanya mahu menghormati setiap insan dan tidak meremehkannya..

Agar hambanya selalu mempersiapkan diri untuk menyambut kematian..

Agar hambanya menjadi seorang muslim yang memelihara solat wajibnya..

Sesungguhnya kepada Allah S.W.T kita memohon pertolongan juga keampunan...

Wallahua'lam.

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...