Sehari dua kebelakangan, heboh tentang isu bir yang dulunya halal kini difawtakan haram.. Puncanya kerana kandungan alkohol di dalam minuman itu melebihi paras yang ditetapkan.. SINI
Komen aku..??
Sabda Nabi yang bermaksud,
"Setiap sesuatu yang memabukkan maka bahan tersebut itu adalah haram".
Hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud.
Aku sebenarnya tidak ingin membahaskan tentang tahap kandungan alkohol di dalam minuman itu.. Cuma aku ingin sebut tentang hukum penggunaan alkohol di dalam minuman dan seumpamanya..
Dalam hadis di atas jelas menyatakan bahawa setiap yang memabukkan itu adalah haram. Jadi persoalannya, minuman itu kini diharamkan kerana ia memabukkan atau kandungan alkoholnya yang melebihi tahap yang telah ditetapkan?
Perlu kita faham bahawa asal kepada proses daripada pembuatan alkohol itu adalah daripada sumber yang halal iaitu buah-buahan. Maka asas hukum ialah, penggunaannya adalah diharuskan selagimana ianya tidak membawa kepada kemabukkan.
Kaedah usul fiqh menyebutkan,
"Benda yang tiada hukum padanya, maka ia harus (digunakan)'.
Jadi berbalik kepada isu bir tersebut, atas tujuan apakah ianya dimasukkan? Jika atas tujuan untuk memanjangkan tempoh ketahanan sesuatu produk, maka ianya diharuskan. Akan tetapi jika digunakan untuk tujuan memabukkan, maka ia adalah haram dengan jelas.
Kaedah usul fiqh menyatakan lagi,
'Setiap perkara (dihukumkan) dengan tujuannya'.
Kesimpulannya, tidak kisahlah samaada kandungan alkohol itu kurang atau lebih daripada o.o1 peratus, jika ianya memabukkan maka hukum mengguna juga meminumnya adalah haram. Dan begitulah sebaliknya.
Dan terlebih baik jika kita menjauhi perkara yang syubhah (yang masih belum dihukum halal atau haram) pada penggunaaannya.
Sekadar coretan daripada insan yang dhoif.
Wallahu'alam.
***
2 comments:
nice.. btw,
just dr pndgan sye laa.. just bg pndangan k..
ada jugakkan org yg minum arak but tak mabukkan? Sebab dia minum sikit.
Walhal arak adalah diharamkan walau setitik jea kita minum.
< pam2 sndrilah ye.. =) >
and satu lagi yang pasal air nira eh? yg disimpan lama smpai jdik tuak *ye ke tuak? tak igt laa.. rseny tuak nama yg diberi..*
Air tu pun tak leh minum.
*jauh menyimpang plak*
Okeyh.. firstly,
lgsg tak taw apa2 psl air yg dikatakan haram ni.. sbb mmg tak ikut sgt pasal berita2 nieh..
Air apa yg sbnany diharamkan?
secondly, ni just opinion k..
and lastly, thank utk entry nieh.. love to read it.. =)
>> Clara : 10Q 4 ur opinion.. Mungkin kesilapan saya sedikit kerana tidak meletakkan sebab mengapa arak diharamkan walaupun sedikit dan tidak memabukkan..
Ringkasnya begini, dalam entri tu ada saya sebutkan tentang kaedah usul fiqh yang menyatakan bahawa,
'Setiap perkara (dihukumkan) dengan tujuannya'
Dalam Al-Quran sendiri dengan jelas menyebutkan bahawa arak itu haram sekalipun tidak membawa kepada kemabukkan. Ia haram disebabkab tujuan penghasilan arak itu sendiri, bukan kerana isi kandungannya.
Berbalik kepada isu bir terbabit pula, hukum asal meminumnya adalah harus jika ia semata-mata minuman bukannya menyerupai arak pada tujuan pembuatannya.
InsyaAllah nanti saya akan buat satu lagi entri berkenaan perkara ini..
Terima kasih sekali lagi untuk perkongsian anda :)
Post a Comment