Friday, April 29, 2011

Cik Harum Manis.. Sedapnya Kalau Dapat Engkau..

Assalamu'alaikum semua..

Petang ni aku nak gebang pasal tajuk 'Cik Harum Manis'... Bukan nama awek aku.. Juga bukan tajuk drama @ filem, tapi nama sejenis buah-buahan tempatan..

Ha bila disebut harum manis saja, mungkin kedengaran asing sebenarnya.. Tapi andai disebut mempelam harum manis, sebahagian besar pembaca mesti dah tahu buah apakah ini.. Dan yang pasti, pasti menelan air liur bila disebut akan kelazatannya...

Lagi yang istimewa dengan buah ni, ia hanya boleh didapati di negeri Perlis dan musimnya pula antara April dan Mei.. Jadi ni kira dah masuk musim dah la..

Jadi bagi sesiapa yang belum pernah tengok rupa dia, jom berkenalan sat dengan si dia...


Ketika masih berpakaian


Ketika sudah ditelanjangkan

Harga dia..??

Dulu antara RM7 sehingga ke RM12 saja sekilo.. Sekarang ni paling kurang pun dah RM10 dan ke atas sekilo.. Walaupun mahal sedikit harganya berbanding jenis mangga yang lain, tapi kira berbaloi la kalau dapat makan...

Mahal tapi berbaloi..??

Berbaloi la pasal dia punya bau wangi.. Lepas tu rasa dia pula tak sama berbanding mangga yang lain.. Lagipun, selalu benda payah nak dapat, mesti la mahal harganya...

To'wan kata, "Biar alah membeli tapi menang memakai.. Asal jangan, alah membeli juga alah memakai"

Selalu tiap-tiap tahun aku tak pernah miss untuk rasa keenakan buah ini.. Dulu masa belajar kat Terengganu, bila tiba musim buah mempelam harum manis jika time tu tiada cuti pengajian, sanggup aku beli tiket bas balik kampung pada cuti hujung minggu walaupun hanya berada kat rumah barangpun sehari.. Huhu

Ingat tahun ni tiada kesempatan dah nak rasa keenakan buah mempelam ni memandangkan aku berada kat luar negara, tup-tup kena hantar pulang ke Malaysia pula.. Jadi kira terlepaslah kerinduanku dengan 'Cik Harum Manis' ni... Hukhuk

Selalu orang tanya cara yang bagaimana paling sedap dimakan buah ini..??

Ini pilihan aku..


Pulut Sibaq + Hirisan Mempelam Harum Manis

Gambar aku ambil dari (SINI)

Tu saja coretanku petang ni.. Petang ni nak 'jumpa' cik harum manis lagi.. Bukan orang Perlis jangan jeles OK... Lalala..

Nota Kaki :

Miss : Terlepas

Tup-tup : Tiba-tiba

Pulut Sibaq : Pulut yang masih panas dikukus dan digaul dengan pati santan, kemudian ditekan atau dipadatkan dalam loyang

***

2 comments:

mcm ni lah said...

kat kg pandan rm10 3kilo

Anonymous said...

kalau 3kg RM10 rasanya bukan harum manis la tu.. hati2 jngan samapai tertipu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts