Tuesday, April 5, 2011

Cadang Suruh Tutup Sekolah Pulak Dah..

Assalamu'alaikum dan selamat petang kepada semua pelawat blog ni..

Kemarahan para penduduk Malaysia masih belum reda.. Itulah analisis ringkasku bila mengambil sedikit masa melayari internet pada hari ini berkenaan kes guru pukul palajar sehingga mati..

Ya.. Jika aku di tempat mereka, aku juga berhak dan akan berperasaan demikian.. Ini fitrah setiap mereka yang berperikemanusiaan, punya nilai kasih sayang dalam diri.. Dan aku tak nafikan tentang ini..

Cuma bila kita menilai berdasarkan maklumat daripada media massa semata, kita mungkin akan tersalah cerita @ fakta.. Siapa boleh berikan jaminan bahawa berita yang tersiar itu langsung tidak lebih sudu dari kuah..?? Tak mahu aku komen, boleh pakat pikiaq sendiri..

Kelmarin pun aku dah kongsikan sedikit cerita kat blog ni.. Bagi yang belum, boleh baca dan klik 'Ustaz Syaitan Itu Sahabatku'..

Biarlah si tertuduh dihukum dengan seadilnya jika memang sudah terbukti dia bersalah.. Kerana sesungguhnya Allah tu Maha Adil.. Dan Dia tidak pernah tidak adil kepada setiap hambaNya.. Mungkin adil pada kita, tetapi tidak adil disisi Allah.. Tidak adil pada kita, tetapi adil disisi Allah..

Cuma yang kurang menyenangkan, bilamana setengah pihak cuba mempolitikkan kes ini..

Terbaru yang aku baca, sebuah pertubuhan politik wanita meminta Jabatan Pelajaran Negeri segera menutup sekolah-sekolah persendirian ini dengan alasan tidak berdaftar dengan Kementerian Pelajar punca utama kepada kejadian ini berlaku..

Sekadar pertanyaan, di sekolah-sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran sendiri, adakah kejadian yang seumpamanya langsung tidak pernah berlaku..?? Tidak pernah berlaku kes guru pukul pelajar..?? Tidak ada kejadian pelajar yang meninggal dek dipukul guru..??

Maaf jika aku nak kata sedikit beremosi macam ni..

Jika nak tutup sekolah-sekolah persendirian ini, tutup dahulu sekolah-sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran di mana pernah berlaku kes yang sama.. Punca sama tapi takkan tindakan tak sama kot..?? Dimanakah nilai keadilannya..??! @ kenyataan kamu sekadar nak serang lawan politik kamu..??

Sekadar tu coretan aku untuk petang ni, cuma sebelum aku berlalu pergi sekadar nak berkongsi sedikit info dan fakta..



Ni gambar sekolah tempat berlakunya kejadian seperti dakwaan beberapa laman web @ blog yang ada tulis pasal isu ni..

Info aku :

Sekolah ini memang aku kenal sangat tapi setahu aku kat atas ni gambar sekolah menengah, sedang pelajar yang meninggal tu baru sekolah rendah..

Sejak bila pula sekolah menengah terima pelajar seawal usia 7 tahun..??

***

3 comments:

xazryx said...

tu la psl .sume bende nk dipolitikkan .

Anonymous said...

MADI tak bersalah.. kenapa depa tayang gambar sekolah MADI.. ni semua agenda politik depa ni nak jatuhkan MADI.. hidup MADI

CaHaYa HaTi DiYaNa said...

jgn menuduh sebarangan atas nama sekolah MADI sebelum ada siasatannya....manusia x lari dari buat kesilapan.....jika tiada sekolah seperti ini....tidak ramai ulama2 yang boleh menyebarkan agama dakwah yang telah diamanahkan......warga MADI sendiri yang perlu menaikkan kembali nama baik madi.....amin..... insyaallah MADI boleh......tempat ku mengenali erti kehidupan.........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts