Saturday, April 16, 2011

Wahai Wanita, Tolonglah Jangan Jatuh Hati Dengan Aku..

Assalamu'alaikum.. Salam pembuka bicaraku malam ini..

Tadi menghadiri satu kenduri kahwin berdekatan rumahku. Kebetulan berjumpa seorang kenalan lama..

Sambil tangan dok menyuap nasi ke dalam mulut, aku menyoal kenalanku ini,

"Macam mana Din, bila nak bina masjid..??".

"Erm nak bina masjid apanya, dok cari tapak tak jumpa-jumpa lagi.." jawab kenalanku itu.

"La awat pulak, tak dak yang berkenan di hati lagi ka..??" soalku kembali.

"Bukan tak dak tapi tak tau nak pilih yang mana.." jawabnya.

"Awat banyak ka sampai tak tau nak pilih yang mana tu..??" aku menyambung soal.

"Hehe.. Banyak la juga.. Cuba hang kira jari tangan aku ni semua ada berapa, lebih kurang banyak tu la.." jawabnya sambil ketawa.

"Tu dia aih, laku sungguh hang ni.. Hahaha.." kataku sambil turut ketawa.

"Banyak tak banyak, tapi yang peningnya aku.. Tak tau la apa yang depa berkenan kat aku ni.. Nak kata kaya, siang jadi 'office boy' saja, malam jual burger.. Dah la tu rupa pun tak berapa nak ada, maklumlah beranak time bulan kelam (berkulit gelap)... Kalau orang-orang biasa tu aku tak kisah sangat, ni ada yang cun-melecun, punya kedudukan, bahkan gaji berganda dari aku punya gaji.. Pi mai pi mai orang macam aku juga depa ajak kahwin.." balas Din.

"Rezeki hang la tu Din.." kataku membalas.

"Ada satu kali tu, time aku tengah jual burger ada seorang mak cik datang gerai aku dengan dia punya anak perempuan.. Sambil dok tunggu aku siapkan dia punya order tu, dia tanya la aku ni kahwin ka dak lagi.. Aku jawab la belum.. Terus dia offer anak perempuan dia tu kat aku.. Tersipu-sipu anak perempuan dia time tu.. Muka aku tumpang merah, walau tak nampak pun kemerahan tu pasal aku ni hitam.. Hehe.." kata Din menyambung cerita.

Aku berkata kepada Din, "Owh.. hang selalu dok main mata dengan depa kot, tu pakat berkenan..??".

"Ish.. mana ada.. Cuma aku ni kan murah dengan senyuman.. Bukan dengan perempuan saja, malah dengan orang lelaki dan orang tua-tua pun sama.. Tapi tak logik la pulak depa nak tangkap cintan pasal aku selalu tersenyum.." kata Din membalas pertanyaanku itu.

Lalu berterusanlah perbualan aku dengan Din sehingga kami selesai makan. Din kemudian meminta diri kerana pukul 2, dia perlu ke pejabatnya semula. Sebelum berpisah, aku menuturkan kata-kata ini kepadanya,

"Din.. Nabi S.A.W ada bersabda "Sesungguhnya perempuan itu dinikahi orang kerana agamanya, kedudukan, hartanya, dan kecantikannya. Maka pilihlah yang beragama". Maksud beragama dalam hadis ni tak semestinya kena pilih yang bergelar 'ustazah' tapi cukup kalau perempuan yang hang nak nikah tu, seorang yang faham dengan tanggungjawabnya sebagai seorang beragama Islam. Tahu batas-batas aurat serta maruah seorang perempuan.. Bila dah berumahtangga pula, faham tugas seorang isteri sesuai dengan kehendak Islam. Pasal dia ni nanti akan menjadi ibu yang akan mendidik anak-anak yang bakal dilahirkan..".

"Terima kasih untuk nasihat hang tu.. Aku pegang baik-baik.." jawab Din seraya menghulurkan tangan untuk bersalam sebelum kami berpisah.

Ok.. Selesai cerita..

Sebelum aku tamatkan entri ni, sekadar pertanyaan terutama untuk kaum Hawa, selalunya kalian mudah jatuh hati dengan kaum Adam kerana apa ya..??

Share la sedikit dengan aku.. Mana tahu boleh aku buat 'modal' nak mengorat anak-anak Datuk yang kaya-raya nanti.. Haha sekadar bergurau..

***

5 comments:

Anonymous said...

bdasarkan diri sdri, lelaki senyum ni bagi impression yg lelaki tu ramah, ppuan suka org yg ramah. rasenye la,

EJA said...

bagi eja, lelaki yg eja akan tertarik adalah yg kuat pada pegangan agama krn itulah senjata yg akan digunakan utk membimbing dan melindungi isteri serta anak2 kelak :) selamat bertemu jodoh la ye towan.. x sabaq nak makan nasi minyak towan ni..sanggup p walaupun nuu kt perlis..hehehhe

Layyinul Harir said...

bg syafa,jatuh hati kat lelaki,bila tengok dia rasa tenang,pndek citer good looking dari gaya percakapannya.=)

walaupun ianya xda rupa sngt..itu x penting.yg pnting sedap mata kita memandang.=)

Ita Rossi said...

ppuan juga lebih tertarik pada lelaki yg beragama dan tinggi budi bahasa. Good looking n kaya harta hanyalah sebagai bonus sahaja.

afsal_8281 said...

saya suka lelaki yg berkopiah, ada janggut sejemput... yg pentng kene ada agama la

yg dpt janggut tu mmg la sejemput tp bersyukur la ada juga org nak nikah ngan kita...hahhaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts