Tuesday, April 12, 2011

Itu Cina Pun Faham Islam, Kita Melayu..??

Assalam dan selamat malam..

Disebabkan perniagaan seharian keluargaku kebanyakkannya melibatkan urusan dengan kaum cina, beberapa malam lepas ketika sedang menjamah makan malam, mak aku kongsikan cerita ni..

Arakian tersebutlah, telah berlaku satu perbualan di sebuah kedai membaiki motorsikal di antara mak aku dengan pemiliknya iaitu seorang yang berbangsa cina..

"Kak tau dak.. Saya ada dua orang pekerja itu bangsa melayu.. Tiap-tiap hari Jumaat, pukul 12 saya suruh depa berhenti kerja pi sembahyang.." kata pemilik kedai membaiki motorsikal itu kepada emakku.

Lalu mak aku bertanya kepadanya, "Itu hari lain, macam mana pula?".

"Kalau hari lain, pukul 1 saya suruh depa berhenti. Pukul 2 masuk kerja balik.. Time tu la saya suruh depa pi makan dan sembahyang.." jawab pemilik kedai itu.

"Habis depa sembahyang ka..??" tanya emakku lagi.

"Aiyaa kak.. Itu depa punya urusan la.. Yang penting saya dah habaq kat depa.. Tak mahu Tuhan marah sama saya nanti.. Juga tak suka kalau orang kata nanti, sebab kerja sama saya la itu pekerja melayu tak boleh sembahyang.. Lagipun saya faham, itu agama Islam, bila cukup time memang kena berhenti sembahyang.." balas pemilik kedai itu kembali.

Ermm..

Terhenti sebentar agenda makan malamku bila mendengar cerita emak itu. Sambil menyuap perlahan nasi ke dalam mulut, aku dok bermonolog seorang diri dalam hati,

"Alahai, orang cina yang kafir itu pun faham Islam.. Mudah-mudahan Allah berikan hidayah kepadanya satu hari nanti..

Cuma kita orang melayu yang dah Islam ni, fahamkah kita sebenarnya dengan agama yang kita anuti ini? Atau kita hanya Islam pada nama semata?

Solat 5 waktu kita sehari semalam, cukup @ tidak setiap hari? @ hanya bersolat seminggu sekali bila tibanya hari Jumaat? @ hanya dua sekali setahun bersolat bila menjelangnya raya? "

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah yang selalu mak cerita kat aku mengenai pergaulan seharian dengan orang-orang bukan Islam ni terutama mengenai pandangan mereka mengenai agama Islam. Tapi cukuplah dulu, satu kisah kat atas tu sebagai renungan kita bersama untuk malam ni..

Sesungguhnya Islam itu agama wahyu. Kerana itulah semua manusia di atas muka bumi ini boleh menerima apa yang ada di dalam Islam itu sekalipun dia tidak Islam. Cuma terkadang, kita yang beragama Islam ini yang menjauhkan mereka semua daripada agama yang suci ini dek sikap kita sendiri yang tidak mencerminkan peribadi seorang Islam..

Wallahu'alam..

***

1 comment:

Anonymous said...

What a great resource!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts