Friday, April 15, 2011

Berkat Bismillah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu pekerjaan, perempuan tua itu senantiasa mendahulukan dengan ucapan 'bismillahirahmanirrahim'...

Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan senantiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik-asyik Bismillah, Bismillah, Bismillah..!! Sekejap-sekejap Bismillah, Bismillah, Bismillah..!! Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu...".

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T supaya memberikan hidayah kepada suaminya.

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya seraya berkata, "Simpan wang ini elok-elok, jangan sampai hilang.."

Isterinya mengambil wang itu dan menyimpan di tempat yang selamat. Tanpa pengetahuan perempuan tua itu, suaminya telah bersembunyi di satu sudut dan melihat tempat wang yang disimpan olehnya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil wang tersebut dan mencampakkan kantung wang ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku semula wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan wang itu dan diikuti oleh suaminya. Dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan wang itu
lalu membukanya dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim."

Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibril A.S. untuk mengembalikan kantung wang tersebut dan menyerahkan wang itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia merasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Saat itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca bismillah setiap hendak memulakan sesuatu perkerjaan.

Catatan Penulis :

Sesungguhnya dengan membaca bismillah, punca rahmat Allah Taala diturunkan kepada kita..

Juga dengan meninggalkan bismillah pula, punca rahmat Tuhan menjauh daripada kita..

Kerana membaca bismillah itu sebahagian daripada cara kita mengingati serta meminta daripada Allah S.W.T..

Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah : Juzuk 2 : Ayat 186,

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

***

4 comments:

eddy said...

kalau aku share..ko bagi x? bg kan :P

Unknown said...

>> eddy : share saja..hak milik Allah semata ;)

eddy said...

tq very much

Kelab Kembar Malaysia said...

Subhanallah.. good info!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts