Friday, April 1, 2011

Pilihan GengBlogger..

Assalamu'alaikum untuk para pembaca yang rajin @ ni kali pertama singgah kat blog aku..

Ni etri sempena 1 April.. Opps.. Bukan 'April Fool' ok..

Entri kali ni hanya nak kongsi-kongsi maklumat tentang blog aku ni dengan sekalian pembaca..

Untuk bulan lepas punya statistik, satu pencapaian yang boleh aku baggakan jugalah sepanjang aku jadi blogger kat alam maya ni.. Segala syukur aku kembalikan kepada tuan empunya jasad dan roh ni dengan lafaz 'Alhamdulillah'..

Pertama, bilangan follower untuk blog aku ni dah meningkat sebanyak 2x ganda berbanding sebelumnya..

Kedua, bilangan pageviews juga telah meningkat sebanyak 2x ganda berbanding sebelumnya..

Ketiga, bila kedua-dua benda ni meningkat, jumlah komen yang aku terima untuk setiap entri juga meningkat, sekalipun hanya satu komen.. Tu lebih baik jika hendak dibandingkan berbanding sebelumnya; langsung tiada komen untuk entri-entri yang aku publishkan..

Sebelum aku berbicara dengan lebih lanjut, aku kreditkan entri ni untuk tuan empunya blog Bangku Kosong kerana aku ciplak idea untuk entri ni daripada blog dia (sini)...

Benda yang aku nak kongsi ni free of charge.. Tak payah bayar apa-apa.. Tips dan rahsia-rahsia nak majukan blog ni pun sebenarnya, aku dapat daripada otai-otai kat dalam dunia blog ni.. Aku ambil, aku praktik, dan kini aku kongsi kembali..

Cuma untuk entri kali ni, sekadar nak kongsi macam mana nak promosikan blog yang dah kita ada sekarang ni..

Dulu aku promote blog aku kat facebook saja.. Bukan lepas aku join GengBlogger.. Banyak aku promote entri-entri aku kat situ.. Dan feedback yang aku terima kembali sangat memberansangkan.. Boleh tengok kat bawah ni..



Ni antara entri-entri dalam blog aku yang menjadi kesukaan pembacaan kat GengBlogger

Bagi yang nak baca tajuk-tajuk entri kat atas tu, boleh check Mac 2011 punya entri kat blog aku ni @ boleh ke (sini)..

Selain itu kat mana lagi aku promote blog aku ya..??

Aku promote entri blog aku kat Kelab Blogger (sini)..

Juga aku join segmen tuan empunya group Kelab Blogger iaitu Ben Ashaari (sini)..

Cuma untuk entri yang berbentuk segmen ni, aku memilih sikit.. Yang mana aku rasa sesuai dengan jiwa aku, baru aku join..

Selain itu..

Aku join juga segmen mana-mana blogger yang menawarkan bloglist blog kita dalam blog dia.. Benda free, sapa tak mahu.. Yang ni pun ikut kesesuaian jiwa aku juga... Wah.. Memilih betul aku kan..??

Last sekali, kadang-kadang aku promote juga kat facebook aku sendiri...

Sebenarnya banyak lagi tempat yang ada untuk kita promosikan blog yang kita ada.. Cuma antara mahu @ tidak saja.. Jangan dok kata dan ingat orang yang promosi blog dia sana sini tu gila trafik @ gila gila follower, kerana sebenarnya kedua-dua benda ni la punca seseorang tu berblog.. Juga punca dia lebih teruja untuk menulis di dalam blognya dengan penulisan yang semakin baik dari hari ke sehari..

Ni apa yang aku buat sepanjang bulan lepas untuk promosikan blog tak seberapa aku ni.. Dan hari ini aku dah mula lihat hasilnya.. Aku mula rasakan kenikmatan menjadi penulis di alam maya.. Bertambahan pula bilamana penulisan aku itu dihargai oleh setiap mereka yang membaca..

Akhir kata, 'Majulah Dunia Blog Untuk Kebaikan Ummah'...

***

2 comments:

Admin said...

Salam.
Teruskan usaha murni tuan, semoga dengan usaha ini, apa yang cuba disampaikan dapat disampaikan.

Tablighkan diri untuk tablighkan orang. :)

Unknown said...

>> hasrul hassan : inyaAllah tuan.. semoga kita saling menyampai & memperingati di dalam dunia blog ini.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts