Friday, April 15, 2011

RM8 Untuk Petrol Motorsikalku, Biar Betul.??

Salam dan selamat pagi semua..

Cerita dengan tajuk kat atas tu berlaku beberapa hari lepas aku selamat berada kat Malaysia..

Beberapa hari ke hulu serta ke hilir merempit dengan motorsikal kesayangan yang telah lama ku tinggalkan itu, maka telah bergeraklah jarum minyak daripada tempatnya menuju ke penanda merah.. @ dalam bahasa lebih mudah, petrol motorsikalku perlu diisi la tu..

Dipendekkan cerita, lalu berhentilah aku di sebuah stesyen minyak..

"Isi penuh ya bang.." pintaku kepada pekerja yang menjaga salah sebuah pam minyak di situ.

"Baik.." jawab pekerja itu ringkas.

Sambil menunggu pekerja itu selesai mengisi petrol di dalam tangki motorsikalku, saja ambil peluang memerhatikan keadaan sekitar stesyen minyak tu, sambil sesekala dok menjeling awek cun yang berada kat belakang aku tu; yang menunggu-nunggu gilirannya untuk mengisi minyak pula.. Dah lama tak tengok awek Malaysia siot.. Alang-alang aku cuci mata la jap kan..?? Hukhuk

"Dah sudah dik.." kata-kata pekerja pam minyak itu terus mematikan pandanganku dok menatap keayuan gadis melayu itu.. Aku pandang ke skrin pam minyak. Tertera jumlahnya : RM8.00

"Aik biar betul..?? Awat aku rasa macam mahal saja..??" ngomel aku seorang diri sambil menyerahkan duit not merah kepada pekerja tu.

Selepas ambil baki duit, terus aku start enjin motorsikalku dan beredar dari stesyen minyak tu. Sempat juga menoleh ke pam minyak tadi, sekali awek cun tadi senyum kat aku daa...

Erm tak la, dia tak senyum kat aku pun sebenarnya.. Saja aku tambah bagi sedap cerita... Hehe

Ok.. selesai cerita..

Aku nak tanya pembaca, kalau RM8 untuk isian penuh petrol dalam tangki motorsikal 4 lejang, adakah jumlah itu normal bagi RON97..??

Bukan aku nak belagak kaya guna petrol RON97, tetapi atas beberapa faktor petrol jenis ini menjadi pilihanku semenjak dulu.. Tapi dok fikir-fikir balik kalau aku guna RON95 mungkin baru RM6 saja untuk isian penuh.. Betul tak..??

RM6..?? Ha mai aku nak tambah cerita sedikit lagi...

RM6 tu bersamaan dengan 400 Riyal Yaman. Jumlah ini sebenarnya, adalah jumlah yang menjadi kebiasan untuk setiap kereta yang mengisi petrol di stesyen minyak.. Biar betul RM6 saja untuk isi petrol kereta di Yaman..?? Ha la, pasal betul la yang aku cerita kat hangpa ni..

Pada satu masa, aku tanya kat seorang pemandu teksi di Yaman,

"Tadi saudara minta bayaran kepada saya untuk ke tempat yang setengah jam perjalanannya dengan harga 500 Riyal.. Sampai di stesyen minyak saudara isi 400 Riyal untuk petrol.. Ini bermakna saudara hanya untung 100 Riyal sahaja, betul @ tidak..??".

"Tidaklah..!! Dengan isian 400 Riyal ini, saya mampu kutip penumpang untuk jarak yang sama dengan tempat yang kamu akan pergi untuk 3 @ 4 kali lagi.." jawab pemandu teksi itu kepadaku.

Aku berfikir sejenak..

Tak kisahlah, Yaman kan salah sebuah negara pengeluar petroleum, mestilah harga petrol dia murah sahaja..

Tapi kita pun negara pengeluar petroleum juga, tapi kenapa harga petrol kat tanah air ni aku rasa macam mahal jer..??

***

9 comments:

mcm ni lah said...

sebenar nye minyak ron97 tak blh campur dgn minyak ron95,. kalau nak tukar penggunan dari ron97 ke ron 95 kene rempit lagi sampai tangki kosong pastu baru isi minyak ron95,.. kene spare la minyak ron95 sebotol untuk diisi bile minyak moto dah habis nti,. ermmmm macam lari topik je aku ni,. ngantok dah kot,. ape2 hal jom jengah2 blog aku ade ce citer seram malam jumaat

KANG LATEP said...

argh bior betul mcm nilah...97 takleh campur 95..

EJA said...

standard la tu towan lani semu barang mahai..hehehe

Unknown said...

>> eja : sebut semua mahal, anak dara pun mahal juga kan sekarang ni..?? hukhuk :P

Maya Mayana said...

terima kasih kerana sudi singgah ke blog buruk saya tu..lama dh tunggu dtg n beri komen..hehe...emm mmg mahai...esok lusa tk tahu boleh cecah berapa...mahai2 duit tu guna buat apa yerk mereka2 tu???

Unknown said...

>> maya mayana : yg tu to'wan tak tau nak jawab.. Kena tanya sendiri la kat 'MEREKA-MEREKA' tu hehe :D

syuxer said...

mahal nye tok'wan..tahun depan jangan terkejut kalau ia dah jadi rm10..dah nk cam rokok dah..rokok mahal nak mampus xpela..ni minyak petrol keperluan asas..ni ke orang dahulukan rakyat...aishhh

EJA said...

salam iye betul tu towan klu x dak 10k toksah berangan la nak pinang ank dara org lani..
towan,eja nak tanya soalan kt abg ben klik la kalau setuju
http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/04/nak-tanya-soalan-kt-ben-ashaari-kalau.html

Unknown said...

>> syuxer : 1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ;)

>> eja : alahai alamatnya kalau dah harga anak dara pun 10K, tak kahwin la orang-orang macam to'wan ni... huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts