Selepas maghrib tadi, aku dijemput untuk menyampaikan satu kuliah maghrib di sebuah surau. Sebenarnya ni kali pertama aku menjejak kaki kat surau tu sebagai pengkuliah, sedang sebelumnya sudah punya beberapa kali pengalaman menyampaikan kuliah di beberapa tempat yang lain.
Kehadiran pendengar kuliahku..??
Erm hampir mencecah seratus orang untuk sebuah surau yang terletak di dalam kampung..
Sebabnya..??
Usai solat maghrib, aku tengok ahli jemaah surau yang hadir sudah mengeluarkan kitab pengajian daripada beg masing-masing.. Patutnya malam ni ustazku yang menyampaikan kuliah pengajian kitabnya pada malam ni..
Aku dok monolog seorang diri.. "Aik aku salah dengar ka ni..?? Ustaz panggil suh mai kuliah hari Rabu ka malam Rabu..??".
Ustazku itu yang kebetulan sudah memegang mikrofon kemudian mula bercakap..
"Sidang jemaah sekalian, pengajian kitab kita pada malam ini ditangguhkan dan akan digantikan dengan kuliah daripada ustaz yang kita jemput khas yang kebetulan merupakan anak murid saya dulu..".
Owh.. Ustaz tak maklumkan kepada jemaah rupanya bahawa yang akan menyampaikan kuliah pada malam ini adalah aku.. Sebabnya kalau dia maklum awal-awal, confirm tak ramai yang mai tadi.. Maklumlah aku ni bukan depa kenal pun.. Nak cakap di hadapan orang pun tak berapa pandai.. Lainlah kalau aku ni penceramah @ pengkuliah terkenal yang sering masuk radio @ tv, kan2..??
Pendek ceritanya.. Berlangsunglah kuliahku itu sehingga masuk waktu Isyak.. Masuk saja waktu solat, terus aku pandang muka ustazku itu dan bertanya, "Pukul berapa nak berhenti ni ustaz..??
"Dah masuk Isyak ni, boleh dah la tu nak simpul-simpul (buat kesimpulan)..." jawab ustazku ringkas.
Sebenarnya memang aku dah set dalam kepala tadi, masuk saja waktu Isyak aku akan berhentikan kuliahku ini.. Pasal salah seorang ustazku yang lain pernah pesan,
"15 minit pertama, pendengar akan tengok MUKA pengkuliah.. 15 minit kedua, pendengar akan akan tengok MUKA jam.. Masuk 15 minit ketiga, pendengar dah mula tengok MUKA pintu.. Jadi sebelum masuk 15 minit yang ketiga ni, seeloknya berhentilah..".
Ok.. Pesanan ni sesuai untuk orang macam aku saja. Kalau seorang yang memang pandai bercakap dan mampu menarik orang lain dengan percakapannya itu, pesanan ini boleh anda abaikan...!!
Tetapi betul aku tak tipu, memang aku cuak gila masa tengah sampaikan kuliah tadi. Maklumlah ustazku itu duduk betul-betul bersebelahan dengan meja pengkuliah. Terasa kerdil sangat diri ini bila yang mendengar penyampaian tak seberapa aku tadi orang yang alim dan berilmu; yang pernah menjadi tempat aku mengambil ilmu daripadanya satu masa dulu.
Sesiapa yang punya pengalaman serupa, mungkin mengetahui bagaimana rasanya aku di dalam situasi tadi. Apa-apa pun alhamdulillah segalanya aku atasi, berpadanan serta sesuai dengan apa yang aku miliki daripada segi ilmu juga sedikit kemahiran public speaking yang aku ada..
Dan pada penghujung kuliah, aku buat sedikit pengumuman tentang sedikit barangan dari Yaman yang aku bawa balik untuk dijual kat Malaysia.. Alhamdulillah sambutan agak menggalakkan. Separuh madu asli Yaman yang aku bawa tadi habis dijual.. Begitu juga dengan minyak wangi.. Paling diminati, kasturi putih juga kasturi pengantin..
Masa tengah menjual tadi, tiba-tiba seorang pak cik ni tanya, "Awat minyak wangi ni pekat sangat..?? Yang Malaysia punya cair..??".
Aku pun explain la, "Minyak wangi ni pekat pasal dia pati, belum dicampur dengan apa-apa lagi.. Berpadananlah dengan harga RM12 sebotol yang saya jual..".
Apa-apa pun malam ni dah balik modal barangan yang aku jual tu. Untung yang dah masuk pun boleh tahan juga.. Tinggal nak habiskan saki-bakinya sedikit lagi..
Mana nak tau, keuntungan yang aku dapat tu boleh aku gunakan membeli tiket kapal terbang nanti jika kena pi Yaman semula dalam masa terdekat ni..
Pesanan Penulis :
Bila bercakap di hadapan orang ramai, sesuaikan dengan tahap audience (pendengar) kita.. Jika dihadapan kita orang yang berpelajaran tinggi, pastikan penyampaian kita itu tidak seperti kekampungan.. Dan jika di hadapan kita orang yang biasa, pastikan penyampaian kita itu tidak seperti pensyarah mengajar di universiti pula.. Dan begitulah seterusnya..
***
1 comment:
t'ingat wktu skolah..pas mgrb dgr kuliah dr ustz..dh msuk u susah cket nk dgr kuliah..
Post a Comment