Saturday, April 2, 2011

Singkatnya Masa Khatib Berkhutbah..

Salam dan selamat pagi..

Masuk ni, minggu kedua aku berjumaat di Malaysia.. Tajuk khutbah khatib siang tadi, 'Kufur Nikmat'.. Point penting yang aku dapat dalam khutbah tadi,

"Kufur itu lawannya syukur.. Selalu bila kita dapat nikmat, kita akan jadi kufur dengan Tuhan.. Nikmat umur.. Nikmat masa lapang.. Nikmat kesihatan.. Nikmat masa muda.. Dan pelbagai nikmat lagi yang Allah kurniakan kepada kita.. Bila dah hilang hilang nikmat itu satu hari nanti, baru kita akan rasa syukur masa dikurniakan nikmat dulu.. Masa tengah beroleh nikmat, selalu sahaja kita ini jadi kufur...".

Ok.. Berbalik kepada tajuk entri kat atas tu.. Sekadar nak sembang kosong dengan anda semua pada pagi ni..

Tadi azan dilaungkan pukul 1.25 tengahari.. Tepat pukul 2 selesai khutbah sekali dengan solat fardhu Jumaat.. Mak ai.. Cepatnya aku rasa.. Tak tau kot aku seorang saja yang rasa macam tu, makmum yang lain tidak.. Mungkin masih terbawa-bawa suasana kat Yaman tu bawa balik ke Malaysia kot..

Di Yaman.. Jika aku terlewat setengah jam pun ke masjid, khatib baru habis separuh untuk khutbah pertamanya..

Lagi satu, khatib kat sana bila berkhutbah tak pakai teks.. Apa saja yang dia rasa nak cakap dia cakap.. Sebab tu aku rasa penyampaian mereka lebih ikhlas.. Sampai kepada hati sanubari makmum yang mendengar..

Bila dok kat Malaysia ni, tajuk khutbah tu dah ok dah tapi kesannya kepada makmum yang mendengar macam mana..??

Tadi pusing kanan, ada yang tidur.. Pusing kiri, ada yang tidur.. Pusing belakang, ada yang tidur.. Tengok depan aku pun, ada juga makmum yang tidur...

Punca utamanya apa..??

Pandangan aku.. Khatib kita kat Malaysia ni baca teks khutbah bukannya berkhutbah.. Dia hanya baca orang lain tulis, bukannya daripada dirinya sendiri, walau terkadang dia rasa tak setuju @ kurang senang dengan teks khutbah yang dibacanya itu.. Lalu jadilah makmum yang mendengar pun payah nak melekat apa yang disampaikan di hati.. Usai solat, sampai rumah terus lupa apa yang khatib khutbahkan tadi..

Lagi satu yang aku nampak, di kawasan-kawasan kampung ni khatib dia dah veteran.. Maksud aku dah separuh abad umur dia.. Kadang-kadang sudah tak jelas pun butir bicaranya.. Baca khutbah pun macam dia sendiri yang nak tidur.. Ni bukan aku nak kondem ok.. Sekadar menyatakan satu fakta..

Saranan aku kepada pihak yang berwajib, apa salahnya gantikan masjid-masjid kat kampung ni dengan imam-imam yang lebih muda..?? Imam-imam tua pula bukan aku suruh ketepikan terus, tapi letakkan pada bidang-bidang yang masih diperlukan khidmat mereka..

Rasa-rasa aku, beribu graduan yang dah balik dari Timur Tengah juga lulusan Pengajian Islam daripada universiti tempatan tetapi kebanyakkan kerja J-Qaf saja, sedang penglibatan mereka dengan masyarakat pula masih terbatas.. Kenapa tak gunakan ilmu serta kebolehan mereka-mereka ini..?? Gunakan darah muda yang masih mengalir dalam diri mereka itu untuk kebaikan ummah..

Sekadar luahan rasa daripada diriku yang masih mencari potensi diri..

Wallahu'alam..

***

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PaidVerts