Saturday, April 30, 2011

Aku Pinjam Kata-kata Ben Ashaari..

Salam dan selamat tengahari semua..

Tadi masuk ke laman Digi WWWWow Awards.. Saja nak semak kedudukan terkini blog tak seberapa aku ni.. Alhamdulillah satu pencapaian yang memberansangkan untuk blogger picisan macam aku ni..

Sehingga pukul 12.30 tengahari tadi, blog aku berada pada kedudukan 82 untuk kategori Blogger of The Year..

Cuba tengok print screen ni...



Lagi satu yang aku perasan, untuk trafik mingguan juga harian blog aku ini banyak juga datangnya dari laman ni.. Betul-betul tak dijangka dan diluar dugaan..

Tiba-tiba saja aku teringat kata-kata Ben Ashaari dalam entri untuk pertandingan Blogger of The Year yang turut beliau sertai ini.. Ben sebut,

"Bila join , sekurang-kurangnya aku dapat la curik 1-2 follower baru kan .. Saja saja jee... Bukan gila glamer ok ! Aku tak harapkan kemenangan langsung .. Tapi kalau menang camana ?? Hahaha... Kalau ? KALAU aku tu ibarat aku dipelawa jadi angkasawan laa.. Cuma boleh pasang angan angan je laa...".



Entri tu kat (SINI)

Hari ini aku nak rasa nak thumb up untuk Bro Ben.. Aku akui kebenaran kata-katanya itu memandangkan aku sendiri dah mula rasakan kesannya bila aku join pertandingan Blogger of The Year ni.. Dan sebenarnya pertandingan ini aku sertai pun setelah aku baca entri Bro Ben tu.. Hehe

Jadi, terima kasih Bro Ben kerana bagi aku pinjam kata-kata anda tu sebagai azimat walaupun tanpa keizinan.. Jadi sekarang aku nak minta izin la ni, boleh tak..??

Ok.. Tu saja aku nak gebang tengahari ni.. Kepada sesiapa yang belum baca 'Kenapa Aku Seorang Blogger' untuk segmen Ben Ashaari yang aku join Khamis hari tu, sila klik (SINI)..

Juga kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan Digi WWWWow Awards , tetapi belum mendaftar boleh klik kat logo di bawah..



Mana la nak tahu, dapat juga curi follower barang seorang dua... :)

***

Friday, April 29, 2011

Cik Harum Manis.. Sedapnya Kalau Dapat Engkau..

Assalamu'alaikum semua..

Petang ni aku nak gebang pasal tajuk 'Cik Harum Manis'... Bukan nama awek aku.. Juga bukan tajuk drama @ filem, tapi nama sejenis buah-buahan tempatan..

Ha bila disebut harum manis saja, mungkin kedengaran asing sebenarnya.. Tapi andai disebut mempelam harum manis, sebahagian besar pembaca mesti dah tahu buah apakah ini.. Dan yang pasti, pasti menelan air liur bila disebut akan kelazatannya...

Lagi yang istimewa dengan buah ni, ia hanya boleh didapati di negeri Perlis dan musimnya pula antara April dan Mei.. Jadi ni kira dah masuk musim dah la..

Jadi bagi sesiapa yang belum pernah tengok rupa dia, jom berkenalan sat dengan si dia...


Ketika masih berpakaian


Ketika sudah ditelanjangkan

Harga dia..??

Dulu antara RM7 sehingga ke RM12 saja sekilo.. Sekarang ni paling kurang pun dah RM10 dan ke atas sekilo.. Walaupun mahal sedikit harganya berbanding jenis mangga yang lain, tapi kira berbaloi la kalau dapat makan...

Mahal tapi berbaloi..??

Berbaloi la pasal dia punya bau wangi.. Lepas tu rasa dia pula tak sama berbanding mangga yang lain.. Lagipun, selalu benda payah nak dapat, mesti la mahal harganya...

To'wan kata, "Biar alah membeli tapi menang memakai.. Asal jangan, alah membeli juga alah memakai"

Selalu tiap-tiap tahun aku tak pernah miss untuk rasa keenakan buah ini.. Dulu masa belajar kat Terengganu, bila tiba musim buah mempelam harum manis jika time tu tiada cuti pengajian, sanggup aku beli tiket bas balik kampung pada cuti hujung minggu walaupun hanya berada kat rumah barangpun sehari.. Huhu

Ingat tahun ni tiada kesempatan dah nak rasa keenakan buah mempelam ni memandangkan aku berada kat luar negara, tup-tup kena hantar pulang ke Malaysia pula.. Jadi kira terlepaslah kerinduanku dengan 'Cik Harum Manis' ni... Hukhuk

Selalu orang tanya cara yang bagaimana paling sedap dimakan buah ini..??

Ini pilihan aku..


Pulut Sibaq + Hirisan Mempelam Harum Manis

Gambar aku ambil dari (SINI)

Tu saja coretanku petang ni.. Petang ni nak 'jumpa' cik harum manis lagi.. Bukan orang Perlis jangan jeles OK... Lalala..

Nota Kaki :

Miss : Terlepas

Tup-tup : Tiba-tiba

Pulut Sibaq : Pulut yang masih panas dikukus dan digaul dengan pati santan, kemudian ditekan atau dipadatkan dalam loyang

***

Thursday, April 28, 2011

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER

Assalamu'alaikum dan selamat petang..

Semalam sebelum lelapkan mata, sambil dok perhati blog sendiri tiba-tiba saja rasa rindu menerpa terhadap penulisanku yang berbentuk ilmiah kat blog ni.. Ya, dah lama aku tidak menulis entri sebegitu.. Sekarang, entriku kebanyakkannya dalam bentuk penceritaan; lebih bersifat santai..

Dan perasaan itu aku bawa sehingga ke hari ini.. Jadi cadangku, masuk bulan Mei nanti aku nak kembali menulis entri-entri yang lebih bersifat ilmiah.. Sekurangnya, sebagai satu percubaan untuk menguji trafik harian ke blog ini dengan entri sebegitu...

Singgah kat blog Ben Ashaari tadi, dia buat segmen lagi.. Satu segmen ringkas, serta sedikit berlainan dari kebiasaan..

Berlainan yang bagaimana..??

Sila ke (SINI) jika berminat nak tahu..

Erm.. Aku pun teringin gak nak join segmen ni.. Memandangkan untuk segmen ini, Bro Ben berkehendakkan kelainan, apa kata aku join segmen ini dengan penulisan sedikit ilmiah..??

Ni dah kira kelainan juga la kan, juga sebagai latihan untukku sendiri memandangkan dah lama tak buat entri-entri berbentuk ilimiah.. Cewaah perasan jer lebih.. Huhu

Header Tuan Empunya Segmen



TAJUK : SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER

Karangan berdasarkan tajuk dan TIDAK LEBIH 100 patah perkataan ..

Nabi sebut dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Sampaikanlah daripadaku walaupun hanya sepotong ayat.."

Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi Rahimahullah pula ketika ditanya akan ilmu yang bermanfaat, lalu beliau menjawab,

"Ilmu yang bermanfaat itu terbahagi kepada dua jenis iaitu: 1- Ilmu berkenaan agama (Islam) 2- Ilmu yang membawa kita kepada mengenal dan bertaqwa kepada Allah S.W.T...".

Jadi kenapa aku seorang blogger..??

Aku seorang blogger kerana ini pilihan diriku sendiri.. Setiap daripada kita Allah dah tetapkan qada' dan qadarnya, tetapi setiap kita juga diberi ikhtiyar (pilihan) untuk memilih yang baik juga buruk untuk diri sendiri..

Aku seorang blogger kerana aku hendak beramal dengan sabda junjungan mulia Muhammad S.A.W sebagaimana maksud hadis di atas..

Aku seorang blogger kerana hendak mencari juga menyebar ilmu yang bermanfaat melalui dunia blog ini..

Jika ramai sainstis barat yang masuk Islam dek kerana mereka bertemu wujudnya Allah disebalik teori serta kajian mereka sendiri, salahkah jika aku katakan bahawa dengan menjadi seorang blogger, diri aku sendiri serta orang lainnya boleh menjadi insan bertaqwa serta mengenal Tuhan jika betul caranya..??

Inilah maksud kata-kata Imam Ibnu Qayyim Al-Jauzi untuk ilmu yang bermanfaat jenis yang kedua...

Sabda Nabi S.A.W lagi yang maksudnya,

"Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu pasti akan dipersoalkan (di akhirat) tentang apa yang dipimpinnya.."

Bila berblog, pasti punya pengikut @ pembaca.. Jadi bila salah ajaran kita @ kita mengajak orang melakukan kemaksiatan kepada Khaliq (Pencipta) , agak-agak Allah akan persoalkan @ tidak apa yang sudah dilakukan dengan kita menjadi seorang blogger di akhirat kelak..??

Sekadar renungan bersama untuk diri sendiri dan mereka yang membaca entri ini...

Wallahua'lam..

P/S : Terlebih sudah 100 patah perkataan :)

***

Wednesday, April 27, 2011

Sedikit Tanda Penghargaanku Untuk Blogger-Blogger Ini..

Salam dan selamat malam semua..

Erm.. Banyak isu yang hendak ditulis untuk entri baru kat blog aku ni, tapi tak tahu nak dahulukan yang mana dahulu.. Pepatah to'wan sebut, "Dahulukan yang paling penting daripada yang penting...". Jadi malam ni aku dahulukan entri yang ni dahulu..

Entri malam ni khas sebagai sedikit tanda penghargaanku untuk blogger-blogger yang telah menjadi penyumbang terbesar kepada follower serta trafik harian ke blog tak berapa popular aku ni bagi tempoh dua bulan kebelakangan..

Pertama, tanda penghargaanku untuk blogger ini yang sudi beri peluang untuk blogger macam aku ni join dia punya segmen.. Juga peluang untuk aku tampal link entri blog aku kat dia punya blog.. Ramai follower baru blog aku datang dari dia punya blog... So, terima kasih Bro..

Siapa blogger tu..?? Ni ha..



Kedua, tanda penghargaanku untuk 2 orang blogger ini yang sudi review aku punya blog.. Terima kasih untuk pandangan ikhlas korang tu..





Entri ikhlas tu kat (SINI)..

Ketiga, tanda penghargaanku untuk 2 orang blogger ini yang sudi masukkan blog aku dalam bloglist diaorang atas permintaan aku sendiri.. Huhu muka tak malu betul aku ni... Dah la blog aku ni tak seberapa pun..





Dan yang terakhir, tanda penghargaanku untuk 2 orang blogger ini yang sudi masukkan blog aku dalam bloglist diaorang tanpa dipaksa.. Nak tahu kenapa blog aku jadi pilihan..?? Aku tiada jawapannya.. Tanyalah mereka...





Cuma yang aku perasan, follower aku tidak bertambah secara drastik secara dasarnya.. Tapi dalam yang sedikit tu, aku dapat banyak juga pengikut dan pembaca setia.. Maksud aku, mereka follow blog aku bukan pasal blog aku ni telah direwiew mahupun aku join segmen, akan tetapi kerana mereka rasakan blog aku memang patut untuk difollow.. Contoh paling dekat, tak kesemua segmen Ben Ashaari yang aku join, aku dapat pertambahan follower..

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, selepas mereka jadi follower blog aku, mereka akan kembali lagi untuk membaca entri seterusnya, bukannya follow lepas tu terus tak mai-mai dah... That what I mean by 'Pengikut dan Pembaca Setia'...

Aku utamakan kualiti bukannya kuantiti.. Tetapi bila dapat dua-dua sekali, tu namanya rezeki..

Ayat terakhir aku, " Terima kasih untuk kesemua blogger-blogger ini dan sesiapa saja yang menyokong aku di dalam dunia blog ini.. Tanpa anda, tiadalah aku.. Kerana di antara tanda kita bersyukur kepada Allah itu adalah dengan berterima kasih sesama manusia..."

***

Tuesday, April 26, 2011

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH ..

Assalamu'alaikum..

Beru terfikir nak buat entri pasal kenangan zaman sekolah, tiba-tiba Ben Ashaari buat segmen ni la pula.. Kira dah kena la dengan apa yang aku baru terfikir nak tulis tu..

Tapi pasal ni hanya dalam bentuk segmen, aku tidak berniat untuk bercerita panjang pasal sekolah aku tu walau Ben dah tetapkan kena lebih daripada 100 patah perkataan.. Kira ala-ala buat karangan jugalah.. Nak panjang punya karangan pasal sekolah aku, nanti aku buat entri yang lain..

Header Tuan Empunya Segmen..



Tajuk : BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH .. (sini)

Soalan : Ceritakan apa saja kenangan ( pahit atau manis ) bila korang terkenangkan bekas sekolah anda .. samada bersama rakan , guru atau kegiatan kokurikulum anda ..

Erm sebenarnya aku tidak tahu nak mulakan dari mana.. Kalau nak kira kenangan manis @ pahit zaman sekolah memang banyak sangat.. Tapi memandangkan aku ni suka makan dan memasak, apa kata aku kongsikan pasal tu berkenaan kenangan masa sekolah aku..

Sebenarnya aku dulu bekas pelajar SAR ( Sekolah Agama Rakyat).. Sebut kata SAR korang dah boleh terbayang sendiri bagaimana infrastrukturnya berbanding sekolah agama milik kerajaan.. Tak nak sentuh pasal tu, yang pasti sekolah aku tetap terbaik...

Berbalik kepada apa yang aku nak cerita pasal makan dan masak ni..

Sekolah aku sekolah berasrama penuh, dua minggu sekali baru boleh pulang ke rumah.. Jadi minggu tak balik tu banyaklah program yang diisi untuk pelajar.. Ya lah dari dok terperap kat rumah tanpa sebarang aktiviti berfaedah, dok kat asrama ada juga pengisiannya..

Antara aktiviti wajibnya, setiap pagi selepas solat Subuh pada hari cuti pelajar akan ditugaskan untuk membantu tukang masak memasak di dewan makan.. Selalunya kami akan bergilir membantu.. Jika pada hari Jumaat yang bertugas adalah pelajar banin (lelaki) maka pada hari Sabtu, pelajar banat (perempuan) pula..

Dek kerana selalu membantu tukang masak di dapur, lalu jadilah aku sedikit mahir dalam bab masak-memasak ni.. Pasal tu la, masuk saja kolej, tiba 'time' orang buat program, aku selalu tawarkan diri jadi ajk masakan.. Kiranya kalau untuk 50-100 orang makan tu, kira tiada masalah untuk memasak sekalipun masakan aku tu tak sesedap mana pun.. Hehe

Satu lagi pengalaman, ni masa pihak sekolah buat perkhemahan untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 sampai tingkatan 6.. Kalau tak salah aku, perkhemahan tu dibuat berdekatan Gunung Jerai...

Hari terakhir perkhemahan, dianjurkan pertandingan memasak; setiap kumpulan pelajar wajib menyediakan satu hidangan masakan.. Ni kira tiada kategori, kira kumpulan pelajar lelaki turut bersaing bersama-sama kumpulan pelajar perempuan.. Bila keputusan diumumkan, akhirnya kumpulan aku berjaya mengalahkan kumpulan-kumpulan yang lain dengan resepi 'Gulai Ayam Kampung'..

Ha mesti pembaca pakat pelik bukan, masa mana kumpulan aku sempat pi cari ayam kampung untuk disembelih, juga nyior @ kelapa untuk diperah santannya sedangkan time tu perkhemahan diadakan di dalam hutan..??

Nak aku ceritakan @ tidak rahsianya..??

Ce cite.. Ce cite.. Erm tak payah la kot.. Tapi kepada sesiapa yang nak tahu juga, bolehlah bertanya kat ruangan komen nanti..

Ok.. Tu saja sedikit coretanku untuk segmen ni.. :)

***

Umpama Ibu & Bapak Ketam Mengajar Anak Depa Berjalan Betul...

Assalamu'alaikum.. Ucapan salam kesejahteraan untuk semua pengunjung laman ini..

Ni sedikit sambungan kisah daripada entri aku yang (ini)...

Actually, mak cik yang tegur aku tu seorang peniaga.. Aku berhenti kat gerai dia untuk membeli putu buluh pada malam tu.. Sambil dok bersembang dengan mak cik peniaga tu, sempatlah menjeling kat orang ramai yang turut berada kat gerai putu buluh tu..

Kebetulan kat sebelah kiri aku satu family; pasangan suami isteri dan dua orang anak mereka.. Lihat kepada rupa, dalam 20an adalah umur pasangan tu.. Usha sekejap depa berdua dari atas sampai bawah.. Dan baru aku perasan kedua-duanya berseluar pendek...

Pendek takat mana..??

Tak payah tahulah.. Pendek kata memang tak menutup aurat la..

Tiba-tiba teringat satu kisah yang dihikayatkan kepada aku ni.. Bukan Hikayat Merong Mahawangsa yer pembaca semua tapi satu kisah benar yang aku sendiri tidak tahu kebenarannya.. Huhu

Ada seorang ayah ni hendak hantar anak dia belajar ke sebuah sekolah agama.. Setelah memberikan tempoh seminggu untuk anaknya itu berfikir, waktu pagi bertanyalah si ayah kepada anak lelakinya itu.

Jawab si anak, "Saya tak dak masalah belajaq kat mana pun, janji maghrib satgi saya nak ayah jadi imam; kita solat berjamaah".

Lalu termenunglah si ayah mendengar permintaan anaknya itu. Sepanjang hidupnya belum pernah dia jadi imam solat. Solat Jumaat dan Hari Raya pun jarang-jarang sekali hendak nampak batang hidung.

Si ayah terus keluar rumah ikut pintu; menuju satu tempat yang tidak diketahui. Pagi menjelang tengahari, si ayah tidak pulang ke rumah.. Tengahari menjelang petang, si ayah masih juga belum pulang ke rumah.. Petang menjelang senja, kelibat si ayah tiba-tiba muncul di muka pintu.. Dia berjubah putih, berserban di kepala..

"Hang sembahyang sorang la na.. Ayah nak pi sembahyang kat surau ni.." kata si ayah sambil mengorak langkah menyusuri jalan ke surau, meninggalkan si anak yang masih termanggu-manggu dengan perubahan mendadak si ayah.

Di surau...

Kebetulan hari tu, tok imam tak pi ke surau.. Pusing punya pusing, tok bilal nampak akan si ayah yang berjubah dan berserban ni. Lalu diperlawalah akan si ayah ke hadapan mengimamkan solat.

Solat pun didirikan...

Si ayah mengalunkan surah al-fatihah.. Bergetar-getar suaranya umpama orang sedang menahan kesedihan.. Sedang makmum di belakang menyangka bahawa yang menjadi imam solat mereka itu seorang 'wali' yang diutuskan Allah..

Sampai ke penghujung surah al-fatihah, disambut oleh makmum dengan, 'AMIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIN.......". Si ayah yang terkejut terus lompat ke tanah ikut tingkap. Makmum di belakang turut ikut melompat. Bukankah dijadikan imam itu untuk diikuti..??

Selesai makmum yang terakhir melompat, tiba-tiba sahaja surau kayu itu runtuh... Benarlah tok imam yang diutuskan kepada mereka pada hari ini seorang wali Allah yang punya karamah.. Bisik para makmum sesama mereka..

Dan si ayah pula, semenjak daripada kejadian itu terus bertaubat dan berterusan mendalami ilmu agama..

Ha amacam, best tak hikayat aku ni..??

Benda mudah yang aku nak sampaikan sebenarnya, ibubapa jangan jadi 'Umpama Ibu & Bapak Ketam Mengajar Anak Depa Berjalan Betul'..

Kita hendak anak kita menjadi baik, pastikan diri kita pun kena baik..

Kita hendak anak kita menutup aurat, pastikan dulu aurat kita tetutup..

Kita hendak anak kita menunaikan solat, pastikan kita pun kena bersolat..

Jika tidak..

Sehebat dan sebaik mana pun ajaran guru di sekolah, sama sekali tidak akan punya manfaat bilamana si anak pulang ke rumah, dia menyaksikan serta memandang ibu dan bapa membuat benda yang dilarang sedang si guru pula mengatakan benda itu jangan sesekali dibuat..

Bukankah sudah timbul kekacauan fikiran untuk si anak memilih antara yang baik dan buruk di situ..??

Catatan Penulis :

Kisah penulis dan mak cik penjual putu buluh belum tamat lagi.. Nantikan sambungannya...

***

Monday, April 25, 2011

Super Fantastic Folks !

Assalamu'alaikum dan salam petang Isnin untuk semua..

Sebentar tadi, semak trafik harian ke blog aku, datang satu URLnya dari blog yang ni.. Erm.. Entah apa yang blogger ni tak puas hati dengan aku..?? Aku ada berhutang dengan dia kot..??

Jadi tanpa membuang masa aku pun terjahlah ke dia punya blog..

Dan akhirnya aku pun tahulah apa sebenarnya ketidakpuasan hatinya itu..

Ada ka patut, dia kata aku 'Super Fantastic Folks !'.. Sat nak buka google translate nak terjemahkan ayat tu ke Bahasa Melayu.. Ok maksudnya, 'Orang Yang Sangat Hebat'..

Huhu.. Aku gurau saja ok.. Sebenarnya blogger tu tiada apa pun ketidakpuasan hatinya terhadap aku.. Sebenarnya 'Super Fantastic Folks !' tu merujuk kepada salah satu daripada dia punya bloglist.. Dan aku berada di dalam bloglist tu bersama beberapa orang blogger yang lain..

Cuba tengok ini..



Erm.. Tak terucap dengan kata rasanya bila orang label aku macam tu.. Terharu pun ada.. Aku cuma blogger biasa saja.. Awat label aku sampai macam tu..?? Nak start menangis dah ni.. Boleh pinjam sapa-sapa punya bahu sat..??

Apa-apa pun sebagai tanda penghargaanku, entri ni khas untuk anda...

Jom pakat terjah dia..




Memandangkan dia masih baru dan jumlah follower pun masih kurang, apa kata bila dah terjah tu sudi-sudikanlah untuk menekan butang 'FOLLOW' kat blog dia...

***

Sengal Dalam Alim Gitu..

Salam dan selamat petang semua..

Semalam lepas solat maghrib aku ke pasar malam berhampiran rumah.. Hampir sebulan dok Malaysia, baru semalam timbul keinginan nak ke sana..

Maklumlah dalam tempoh sebulan ni, semua makanan yang aku rasa nak makan, mak aku dah masakkan.. Masakan dari air tangan ibu; tiada tandingannya berbanding semua masakan kat dunia ni, tul tak..??

Tak banyak pun yang aku beli semalam.. Cuma sebungkus koeteaw goreng, sebungkus pasembor serta sebungkus putu buluh.. Semua makanan kegemaran aku ni.. Kat Yaman, confirm takkan jumpa jenis makanan macam ni melainkan kena masak sendiri..Huhu

Dalam dok berjalan-jalan kat pasar malam tu semalam, banyak jugalah bertemu dengan orang-orang yang aku kenali.. Jumpa dengan seorang mak cik ni, dia tegur aku, "Aik ustaz, bila balik..??".

"Dah dekat sebulan mak cik.." jawabku ringkas.

Lepas tu mulalah mata-mata di sekiling memandang ke arah kami. Maklumlah suara mak cik tu boleh tahan juga kuatnya.. Ada yang pandang aku dari atas sampai ke bawah..

Maklumlah time tu aku pakai tshirt dengan seluar sambil dok galas 'beg mat rempit' dan dengan tiba-tiba pula mak cik tu sound panggil aku macam tu.. Mestilah pakat hairan, bukan..??

Erm... Lepas ni kalau nak pi pasar malam aku kena berfikir banyak kalilah nampaknya..

Mungkin aku kena berjubah dan berkopiah dulu kot bila pi pasar malam baru pakat tak hairan bila orang tegur aku macam tu..

Tidak pun pilih saja pasar malam yang jauh daripada rumah, lepas tu berharap tidak akan berjumpa dengan orang-orang yang aku kenal..

Lagipun aku memang tak harap sangat orang panggil aku macam tu.. Rasa macam tak layak saja.. Diri aku sendiri, mestilah aku lebih tahu bukan..??

Bak kata seorang blogger ni tentang aku, "Aku suka baca blog dia sebab ala2 sengal juga To'Wan ni...sengal dalam alim gitu..."

Entri penuh : sini

Pendapat blogger dan pembaca lain tentang to'wan pula..??

Psst... Sebenarnya mak cik yang tegur aku kat pasar malam tu seorang yang pernah mendengar kuliah yang aku sampaikan kat surau sebuah satu ketika dahulu..

***

Saturday, April 23, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !

Salam dan selamat tengahari..

Hari ni nak join lagi segmen Ben Ashaari...

Sesiapa berminat nak join boleh pi (sini).. Tapi pastikan dulu follower blog anda kurang daripada 1000 orang ya..hehe

Sebab jumlah follower blog aku memang orang tak kan nampak kalau masuk dalam aku punya blog, jadi buat print screen yang ni ok..?? Kang ada yang kata tipu lak..



Terus ke segmen..



Header Tuan Empunya Segmen

Tajuk : BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !

Solan cepumas : Siapa yang mempengaruhi anda untuk membuat blog dan Siapakah sumber inspirasi anda ? Dalam 100 perkataan, 4 perenggan..

Aku terpengaruh nak berblog disebabkan satu bisikan yang mengatakan aku perlu punya blog macam kawan-kawan terdekat yang sudah jadi blogger.. Jadi tewaslah aku dengan hasutan itu.. Ngee..

Siapa yang menghasut tu..?? Erm ntah.. Satu bisikan dari alam ghaib.. Yang bernama bisikan hati.. Kan memang tak dak orang boleh dengar @ nampak..?? Ghaib la tu..

Bila aku mula berblog dulu, aku jadikan seorang ustaz aku juga blog dia sebagai sumber inspirasi.. (Klik sini) Al-maklumlah masa mula buat blog dulu aku nak buat blog dakwah.. Pasal tu kalau tengok entri aku yang lama-lama lebih ilmiah sedikit.. Kat mana yang ilmiahnya tu, aku pun tak tau.. Huhu

Cumanya sekarang ni gaya penulisan dah berubah sedikit.. Tapi niat berdakwah tu aku tak pernah letak tepi.. Kira sesuai dengan kemampuan aku la..

Tu saja.. Sekian

***

Friday, April 22, 2011

Blogger of The Year...

Anda blogger..??

Ingin jadi blogger pilihan ramai..??

Jom pakat sertai pertandingan anjuran DIGI..


Maklumat lanjut (sini) ...

Aku..??

Nak join juga kot.. Tapi sekadar nak meriahkan dan promote blog tak seberapa aku ni saja la.. Pasal semua yang join tu blogger-blogger hebat belaka.. Aku mana layak...

Tak mau join pun tak pa, kita vote saja blogger yang menjadi pilihan di hati...

Erm... Aku nak vote dot.dot.dot la....

***

Thursday, April 21, 2011

Loji Nuklear Atau Empangan Hidrolelektrik..??


Ni loji nuklear


Ni empangan hidroelektrik

Huhu.. Aku tak habaq pun memang pakat dah tau benda kat atas tu apa, bukan..??

Ok.. Ni ceritanya..

Tadi tengok berita kat tv.. Ada seorang pensyarah ni dok ulas tentang kelebihan loji nuklear sebagai penjana elektrik berbanding empangan hidroelektrik.. Dan ulasan dia tu berdasarkan beberapa sudut termasuk dari segi tempoh hayat serta kos pengurusan bagi kedua-dua jenis penjana ni..

Aku nak ulas balik kat pembaca apa yang dia kata tadi pun aku bukan faham sangat, jadi aku kongsi saja dengan anda bahan bacaan pdf yang ini..

Pengenalan Janakuasa Hidroelektrik (klik)..

Soalnya.. Berdasarkan penelitian serta pemerhatian anda sendiri sebagai rakyat Malaysia daripada susut posotif dan negatifnya, anda ingin loji nuklear @ empangan hidroeletrik sebagai penjana tenaga..??

Pepatah kata..

Alah membeli menang memakai...

Aku kata..

Biar menang membeli menang memakai..

Asal jangan, menang membeli alah memakai..

Juga jangan, alah membeli alah memakai..

Korang faham apa aku nak habaq..?? Aku pun tak faham juga sebenarnya hehe..

***

Wednesday, April 20, 2011

Blog Aku Menjadi Pilihan Si Penerjah..??

Salam dan selamat malam..

Tadi masa tengah check statistik harian pengunjung ke blog aku, tiba-tiba aku tengok capaiannya datang dari satu url yang ni.. So, aku ambil sedikit masa untuk terjah ke blog tu.. Mana la nak tau kot2 dia kutuk aku kat dalam blog dia tu kan..??

Jadi apa yang aku dapat..??

Erm.. tak caya pun ada bila aku geledah blog dia tu...

Ada ka patut..???

Dia senaraikan blog aku ni sebagai antara blog yang suka diterjah..

Pasal pa tak patut..??

Mesti la tak patut... Dalam senarai panjang bloglist SUKA TERJAH BLOGS NEH yang dia buat tu, dalam tu semuanya blog-blog juga blogger-blogger yang cukup hebat lagi popular bila aku dok perati satu-persatu.. Sedang aku, hanyalah seorang blogger picisan sahaja.. Tambah pula, aku bukan kenal pun dengan blogger ni secara dekat samaada di alam nyata mahupun alam maya..

Ni buktinya...


Apa-apa pun terima kasihlah kerana sudi masukkan blog tak seberapa aku ni dalam dia punya bloglist..

Nak kenal blogger yang aku maksudkan tu..?? Jom terjah sini...



***

Tuesday, April 19, 2011

Pertama Kali Menyampaikan Kuliah & Balik Modal..

Salam dan selamat malam untuk semua sahabat di alam maya..

Selepas maghrib tadi, aku dijemput untuk menyampaikan satu kuliah maghrib di sebuah surau. Sebenarnya ni kali pertama aku menjejak kaki kat surau tu sebagai pengkuliah, sedang sebelumnya sudah punya beberapa kali pengalaman menyampaikan kuliah di beberapa tempat yang lain.

Kehadiran pendengar kuliahku..??

Erm hampir mencecah seratus orang untuk sebuah surau yang terletak di dalam kampung..

Sebabnya..??

Usai solat maghrib, aku tengok ahli jemaah surau yang hadir sudah mengeluarkan kitab pengajian daripada beg masing-masing.. Patutnya malam ni ustazku yang menyampaikan kuliah pengajian kitabnya pada malam ni..

Aku dok monolog seorang diri.. "Aik aku salah dengar ka ni..?? Ustaz panggil suh mai kuliah hari Rabu ka malam Rabu..??".

Ustazku itu yang kebetulan sudah memegang mikrofon kemudian mula bercakap..

"Sidang jemaah sekalian, pengajian kitab kita pada malam ini ditangguhkan dan akan digantikan dengan kuliah daripada ustaz yang kita jemput khas yang kebetulan merupakan anak murid saya dulu..".

Owh.. Ustaz tak maklumkan kepada jemaah rupanya bahawa yang akan menyampaikan kuliah pada malam ini adalah aku.. Sebabnya kalau dia maklum awal-awal, confirm tak ramai yang mai tadi.. Maklumlah aku ni bukan depa kenal pun.. Nak cakap di hadapan orang pun tak berapa pandai.. Lainlah kalau aku ni penceramah @ pengkuliah terkenal yang sering masuk radio @ tv, kan2..??

Pendek ceritanya.. Berlangsunglah kuliahku itu sehingga masuk waktu Isyak.. Masuk saja waktu solat, terus aku pandang muka ustazku itu dan bertanya, "Pukul berapa nak berhenti ni ustaz..??

"Dah masuk Isyak ni, boleh dah la tu nak simpul-simpul (buat kesimpulan)..." jawab ustazku ringkas.

Sebenarnya memang aku dah set dalam kepala tadi, masuk saja waktu Isyak aku akan berhentikan kuliahku ini.. Pasal salah seorang ustazku yang lain pernah pesan,

"15 minit pertama, pendengar akan tengok MUKA pengkuliah.. 15 minit kedua, pendengar akan akan tengok MUKA jam.. Masuk 15 minit ketiga, pendengar dah mula tengok MUKA pintu.. Jadi sebelum masuk 15 minit yang ketiga ni, seeloknya berhentilah..".

Ok.. Pesanan ni sesuai untuk orang macam aku saja. Kalau seorang yang memang pandai bercakap dan mampu menarik orang lain dengan percakapannya itu, pesanan ini boleh anda abaikan...!!

Tetapi betul aku tak tipu, memang aku cuak gila masa tengah sampaikan kuliah tadi. Maklumlah ustazku itu duduk betul-betul bersebelahan dengan meja pengkuliah. Terasa kerdil sangat diri ini bila yang mendengar penyampaian tak seberapa aku tadi orang yang alim dan berilmu; yang pernah menjadi tempat aku mengambil ilmu daripadanya satu masa dulu.

Sesiapa yang punya pengalaman serupa, mungkin mengetahui bagaimana rasanya aku di dalam situasi tadi. Apa-apa pun alhamdulillah segalanya aku atasi, berpadanan serta sesuai dengan apa yang aku miliki daripada segi ilmu juga sedikit kemahiran public speaking yang aku ada..

Dan pada penghujung kuliah, aku buat sedikit pengumuman tentang sedikit barangan dari Yaman yang aku bawa balik untuk dijual kat Malaysia.. Alhamdulillah sambutan agak menggalakkan. Separuh madu asli Yaman yang aku bawa tadi habis dijual.. Begitu juga dengan minyak wangi.. Paling diminati, kasturi putih juga kasturi pengantin..

Masa tengah menjual tadi, tiba-tiba seorang pak cik ni tanya, "Awat minyak wangi ni pekat sangat..?? Yang Malaysia punya cair..??".

Aku pun explain la, "Minyak wangi ni pekat pasal dia pati, belum dicampur dengan apa-apa lagi.. Berpadananlah dengan harga RM12 sebotol yang saya jual..".

Apa-apa pun malam ni dah balik modal barangan yang aku jual tu. Untung yang dah masuk pun boleh tahan juga.. Tinggal nak habiskan saki-bakinya sedikit lagi..

Mana nak tau, keuntungan yang aku dapat tu boleh aku gunakan membeli tiket kapal terbang nanti jika kena pi Yaman semula dalam masa terdekat ni..

Pesanan Penulis :

Bila bercakap di hadapan orang ramai, sesuaikan dengan tahap audience (pendengar) kita.. Jika dihadapan kita orang yang berpelajaran tinggi, pastikan penyampaian kita itu tidak seperti kekampungan.. Dan jika di hadapan kita orang yang biasa, pastikan penyampaian kita itu tidak seperti pensyarah mengajar di universiti pula.. Dan begitulah seterusnya..

***

Monday, April 18, 2011

Gara-gara Perfume, Aku Hilang Deria Bau..??

Assalamu'laikum dan selamat sejahtera semua..

Sementara nak tunggu panggilan pi Yaman balik, aku sekarang dah mula bekerja.. Tentang pekerjaan aku sekarang ni, bersangkut-paut jugalah dengan bidang yang aku ambil kat Yaman tu.. Dan ni pun, aku curi-curi berblog kat dalam office.. Hukhuk

Awal pagi tadi, masuk saja dalam pejabat, seorang rakan menegurku..

"Amboi aih, harum semerbak pagi ni.. Tak pernah pun bau sewangi ni.." kata rakanku itu.

"Apa yang wangi..??" soalku kembali.

"Minyak wangi yang hang pakai tu.." jawabnya ringkas.

Erm... Kebetulan pagi ni aku pakai perfume a.k.a minyak wangi a.k.a attar jenama KASTURI PENGANTIN ke pejabat.. Selalu jenis-jenis lain yang menjadi pilihanku setiap hari ke pejabat, tapi hari ni saja nak ubah selera.. Tak tau pula bau ni orang pakat suka.. Sesuai la dengan namanya pengantin, bukan..??


Ni gambar hiasan saja, minyak wangi tu tak boleh upload
pasal aku tertinggal kat rumah..

Cumanya.. Yang aku perasan tadi, kawan aku cakap masa aku masuk tadi, satu bilik berbau dengan aroma minyak wangi kasturi pengantin tu, sedang aku tuan yang pakai ni pula, bau gitu-gitu saja..

Tiba-tiba aku terfikir, adakah deria bauku semakin kurang dari hari ke sehari dek saban hari dok mencium aroma minyak wangi yang pelbagai..?? Kasihan kat aku bukan, minyak aku pakai orang lain yang bau wanginya...

Dan kepada sesiapa yang belajar perubatan @ ilmu kimia, tolong habaq kata aku sat,

Adakah deria bau kita terhadap sesuatu benda tu boleh berkurangan bila kita mencium benda itu saban hari..??

Dan ada tidak penyelesaian untuk masalah ni..??

Tolong bantu ya, tak sanggup kerana gara-gara minyak wangi sebotol aku hilang nikmat deria bau.. Huhu

Baca juga :

Kedai Minyak Wangi...
Kedai Minyak Wangi Vol2...

***

Saturday, April 16, 2011

Wahai Wanita, Tolonglah Jangan Jatuh Hati Dengan Aku..

Assalamu'alaikum.. Salam pembuka bicaraku malam ini..

Tadi menghadiri satu kenduri kahwin berdekatan rumahku. Kebetulan berjumpa seorang kenalan lama..

Sambil tangan dok menyuap nasi ke dalam mulut, aku menyoal kenalanku ini,

"Macam mana Din, bila nak bina masjid..??".

"Erm nak bina masjid apanya, dok cari tapak tak jumpa-jumpa lagi.." jawab kenalanku itu.

"La awat pulak, tak dak yang berkenan di hati lagi ka..??" soalku kembali.

"Bukan tak dak tapi tak tau nak pilih yang mana.." jawabnya.

"Awat banyak ka sampai tak tau nak pilih yang mana tu..??" aku menyambung soal.

"Hehe.. Banyak la juga.. Cuba hang kira jari tangan aku ni semua ada berapa, lebih kurang banyak tu la.." jawabnya sambil ketawa.

"Tu dia aih, laku sungguh hang ni.. Hahaha.." kataku sambil turut ketawa.

"Banyak tak banyak, tapi yang peningnya aku.. Tak tau la apa yang depa berkenan kat aku ni.. Nak kata kaya, siang jadi 'office boy' saja, malam jual burger.. Dah la tu rupa pun tak berapa nak ada, maklumlah beranak time bulan kelam (berkulit gelap)... Kalau orang-orang biasa tu aku tak kisah sangat, ni ada yang cun-melecun, punya kedudukan, bahkan gaji berganda dari aku punya gaji.. Pi mai pi mai orang macam aku juga depa ajak kahwin.." balas Din.

"Rezeki hang la tu Din.." kataku membalas.

"Ada satu kali tu, time aku tengah jual burger ada seorang mak cik datang gerai aku dengan dia punya anak perempuan.. Sambil dok tunggu aku siapkan dia punya order tu, dia tanya la aku ni kahwin ka dak lagi.. Aku jawab la belum.. Terus dia offer anak perempuan dia tu kat aku.. Tersipu-sipu anak perempuan dia time tu.. Muka aku tumpang merah, walau tak nampak pun kemerahan tu pasal aku ni hitam.. Hehe.." kata Din menyambung cerita.

Aku berkata kepada Din, "Owh.. hang selalu dok main mata dengan depa kot, tu pakat berkenan..??".

"Ish.. mana ada.. Cuma aku ni kan murah dengan senyuman.. Bukan dengan perempuan saja, malah dengan orang lelaki dan orang tua-tua pun sama.. Tapi tak logik la pulak depa nak tangkap cintan pasal aku selalu tersenyum.." kata Din membalas pertanyaanku itu.

Lalu berterusanlah perbualan aku dengan Din sehingga kami selesai makan. Din kemudian meminta diri kerana pukul 2, dia perlu ke pejabatnya semula. Sebelum berpisah, aku menuturkan kata-kata ini kepadanya,

"Din.. Nabi S.A.W ada bersabda "Sesungguhnya perempuan itu dinikahi orang kerana agamanya, kedudukan, hartanya, dan kecantikannya. Maka pilihlah yang beragama". Maksud beragama dalam hadis ni tak semestinya kena pilih yang bergelar 'ustazah' tapi cukup kalau perempuan yang hang nak nikah tu, seorang yang faham dengan tanggungjawabnya sebagai seorang beragama Islam. Tahu batas-batas aurat serta maruah seorang perempuan.. Bila dah berumahtangga pula, faham tugas seorang isteri sesuai dengan kehendak Islam. Pasal dia ni nanti akan menjadi ibu yang akan mendidik anak-anak yang bakal dilahirkan..".

"Terima kasih untuk nasihat hang tu.. Aku pegang baik-baik.." jawab Din seraya menghulurkan tangan untuk bersalam sebelum kami berpisah.

Ok.. Selesai cerita..

Sebelum aku tamatkan entri ni, sekadar pertanyaan terutama untuk kaum Hawa, selalunya kalian mudah jatuh hati dengan kaum Adam kerana apa ya..??

Share la sedikit dengan aku.. Mana tahu boleh aku buat 'modal' nak mengorat anak-anak Datuk yang kaya-raya nanti.. Haha sekadar bergurau..

***

Mari Join Bloglist SMILE

salam dan selamat petang..

Hari ini aku join segmen bloglist blogger lagi..

Blogger yang jadi pilihan hatiku petang ni.. AZRIJOHAN (sini)


Header Tuan Segmen

Komen Pasal Blog Dia...??

Tak mahu komen huhu

Siapa aku nak tag..??

Seorang dah la.. Pengomen tegar blog aku : CIK EJA

Tu saja..

KEEP ON SMILING :)

***

Friday, April 15, 2011

Berkat Bismillah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu pekerjaan, perempuan tua itu senantiasa mendahulukan dengan ucapan 'bismillahirahmanirrahim'...

Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan senantiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik-asyik Bismillah, Bismillah, Bismillah..!! Sekejap-sekejap Bismillah, Bismillah, Bismillah..!! Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu...".

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T supaya memberikan hidayah kepada suaminya.

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya seraya berkata, "Simpan wang ini elok-elok, jangan sampai hilang.."

Isterinya mengambil wang itu dan menyimpan di tempat yang selamat. Tanpa pengetahuan perempuan tua itu, suaminya telah bersembunyi di satu sudut dan melihat tempat wang yang disimpan olehnya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil wang tersebut dan mencampakkan kantung wang ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku semula wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan wang itu dan diikuti oleh suaminya. Dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan wang itu
lalu membukanya dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim."

Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibril A.S. untuk mengembalikan kantung wang tersebut dan menyerahkan wang itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia merasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Saat itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca bismillah setiap hendak memulakan sesuatu perkerjaan.

Catatan Penulis :

Sesungguhnya dengan membaca bismillah, punca rahmat Allah Taala diturunkan kepada kita..

Juga dengan meninggalkan bismillah pula, punca rahmat Tuhan menjauh daripada kita..

Kerana membaca bismillah itu sebahagian daripada cara kita mengingati serta meminta daripada Allah S.W.T..

Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah : Juzuk 2 : Ayat 186,

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

***

RM8 Untuk Petrol Motorsikalku, Biar Betul.??

Salam dan selamat pagi semua..

Cerita dengan tajuk kat atas tu berlaku beberapa hari lepas aku selamat berada kat Malaysia..

Beberapa hari ke hulu serta ke hilir merempit dengan motorsikal kesayangan yang telah lama ku tinggalkan itu, maka telah bergeraklah jarum minyak daripada tempatnya menuju ke penanda merah.. @ dalam bahasa lebih mudah, petrol motorsikalku perlu diisi la tu..

Dipendekkan cerita, lalu berhentilah aku di sebuah stesyen minyak..

"Isi penuh ya bang.." pintaku kepada pekerja yang menjaga salah sebuah pam minyak di situ.

"Baik.." jawab pekerja itu ringkas.

Sambil menunggu pekerja itu selesai mengisi petrol di dalam tangki motorsikalku, saja ambil peluang memerhatikan keadaan sekitar stesyen minyak tu, sambil sesekala dok menjeling awek cun yang berada kat belakang aku tu; yang menunggu-nunggu gilirannya untuk mengisi minyak pula.. Dah lama tak tengok awek Malaysia siot.. Alang-alang aku cuci mata la jap kan..?? Hukhuk

"Dah sudah dik.." kata-kata pekerja pam minyak itu terus mematikan pandanganku dok menatap keayuan gadis melayu itu.. Aku pandang ke skrin pam minyak. Tertera jumlahnya : RM8.00

"Aik biar betul..?? Awat aku rasa macam mahal saja..??" ngomel aku seorang diri sambil menyerahkan duit not merah kepada pekerja tu.

Selepas ambil baki duit, terus aku start enjin motorsikalku dan beredar dari stesyen minyak tu. Sempat juga menoleh ke pam minyak tadi, sekali awek cun tadi senyum kat aku daa...

Erm tak la, dia tak senyum kat aku pun sebenarnya.. Saja aku tambah bagi sedap cerita... Hehe

Ok.. selesai cerita..

Aku nak tanya pembaca, kalau RM8 untuk isian penuh petrol dalam tangki motorsikal 4 lejang, adakah jumlah itu normal bagi RON97..??

Bukan aku nak belagak kaya guna petrol RON97, tetapi atas beberapa faktor petrol jenis ini menjadi pilihanku semenjak dulu.. Tapi dok fikir-fikir balik kalau aku guna RON95 mungkin baru RM6 saja untuk isian penuh.. Betul tak..??

RM6..?? Ha mai aku nak tambah cerita sedikit lagi...

RM6 tu bersamaan dengan 400 Riyal Yaman. Jumlah ini sebenarnya, adalah jumlah yang menjadi kebiasan untuk setiap kereta yang mengisi petrol di stesyen minyak.. Biar betul RM6 saja untuk isi petrol kereta di Yaman..?? Ha la, pasal betul la yang aku cerita kat hangpa ni..

Pada satu masa, aku tanya kat seorang pemandu teksi di Yaman,

"Tadi saudara minta bayaran kepada saya untuk ke tempat yang setengah jam perjalanannya dengan harga 500 Riyal.. Sampai di stesyen minyak saudara isi 400 Riyal untuk petrol.. Ini bermakna saudara hanya untung 100 Riyal sahaja, betul @ tidak..??".

"Tidaklah..!! Dengan isian 400 Riyal ini, saya mampu kutip penumpang untuk jarak yang sama dengan tempat yang kamu akan pergi untuk 3 @ 4 kali lagi.." jawab pemandu teksi itu kepadaku.

Aku berfikir sejenak..

Tak kisahlah, Yaman kan salah sebuah negara pengeluar petroleum, mestilah harga petrol dia murah sahaja..

Tapi kita pun negara pengeluar petroleum juga, tapi kenapa harga petrol kat tanah air ni aku rasa macam mahal jer..??

***

Thursday, April 14, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Header Tuan Empunya Segmen


Pesanan Penaja :
Jom pakat-pakat join & meriahkan... !! ;)

***

Tuesday, April 12, 2011

Itu Cina Pun Faham Islam, Kita Melayu..??

Assalam dan selamat malam..

Disebabkan perniagaan seharian keluargaku kebanyakkannya melibatkan urusan dengan kaum cina, beberapa malam lepas ketika sedang menjamah makan malam, mak aku kongsikan cerita ni..

Arakian tersebutlah, telah berlaku satu perbualan di sebuah kedai membaiki motorsikal di antara mak aku dengan pemiliknya iaitu seorang yang berbangsa cina..

"Kak tau dak.. Saya ada dua orang pekerja itu bangsa melayu.. Tiap-tiap hari Jumaat, pukul 12 saya suruh depa berhenti kerja pi sembahyang.." kata pemilik kedai membaiki motorsikal itu kepada emakku.

Lalu mak aku bertanya kepadanya, "Itu hari lain, macam mana pula?".

"Kalau hari lain, pukul 1 saya suruh depa berhenti. Pukul 2 masuk kerja balik.. Time tu la saya suruh depa pi makan dan sembahyang.." jawab pemilik kedai itu.

"Habis depa sembahyang ka..??" tanya emakku lagi.

"Aiyaa kak.. Itu depa punya urusan la.. Yang penting saya dah habaq kat depa.. Tak mahu Tuhan marah sama saya nanti.. Juga tak suka kalau orang kata nanti, sebab kerja sama saya la itu pekerja melayu tak boleh sembahyang.. Lagipun saya faham, itu agama Islam, bila cukup time memang kena berhenti sembahyang.." balas pemilik kedai itu kembali.

Ermm..

Terhenti sebentar agenda makan malamku bila mendengar cerita emak itu. Sambil menyuap perlahan nasi ke dalam mulut, aku dok bermonolog seorang diri dalam hati,

"Alahai, orang cina yang kafir itu pun faham Islam.. Mudah-mudahan Allah berikan hidayah kepadanya satu hari nanti..

Cuma kita orang melayu yang dah Islam ni, fahamkah kita sebenarnya dengan agama yang kita anuti ini? Atau kita hanya Islam pada nama semata?

Solat 5 waktu kita sehari semalam, cukup @ tidak setiap hari? @ hanya bersolat seminggu sekali bila tibanya hari Jumaat? @ hanya dua sekali setahun bersolat bila menjelangnya raya? "

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah yang selalu mak cerita kat aku mengenai pergaulan seharian dengan orang-orang bukan Islam ni terutama mengenai pandangan mereka mengenai agama Islam. Tapi cukuplah dulu, satu kisah kat atas tu sebagai renungan kita bersama untuk malam ni..

Sesungguhnya Islam itu agama wahyu. Kerana itulah semua manusia di atas muka bumi ini boleh menerima apa yang ada di dalam Islam itu sekalipun dia tidak Islam. Cuma terkadang, kita yang beragama Islam ini yang menjauhkan mereka semua daripada agama yang suci ini dek sikap kita sendiri yang tidak mencerminkan peribadi seorang Islam..

Wallahu'alam..

***

Aku Dah Jadi Seorang Penagih..??

Assalamu'alaikum dan selamat pagi..

Erm dah lebih 24 jam aku tak online jika dihitungkan bermula daripada tengahari kelmarin.. Buat pengetahuan pembaca, line internet sedikit bermasalah.. Dan sehingga saat coretan ni ditulis, line masih belum pulih.. Ni pun aku online dengan menggunapakai alternatif tersendiri..

Sehari tak boleh online, rasa macam orang tak betul dah aku ni.. Dari utara menuju ke selatan, dari barat menuju ke timur, entah berapa kali aku tawaf dalam rumah pasal tak boleh nak berinternet..

Apakah aku sudah......??

Ermm.. tidak.. tidak..!! Mana mungkin aku dah sampai tahap kronik macam tu.. Aku kan seorang yang sentiasa menitik beratkan kesihatan diri sendiri..??

Tapi kan pembaca sekalian...

Anda pernah dengar sindrom ketagihan internet..??

Atau ketagihan bersosial di alam maya..??

Kalau tak pernah baca @ tak pernah ambil tahu, jom pi (sini)...

Harap-harap aku masih mampu mengawal diri dan tidak terjebak menjadi seorang penagih.. Bila dah nama penagih, sengsara hidup woo..

Walau...

Pada hakikatnya, aku hanya ketagih berblog.. Hukhuk

Tu saja aku nak tulis pagi ni.. Sekadar nak lepas gian.. Nanti line internet dah ok, aku update lagi blog..

***

Sunday, April 10, 2011

Setahun di Negara Orang, Dah Maju Rupanya Negeriku Ini..

Semalam kebetulan ada hal penting, tiba-tiba pula telefon bimbitku kehabisan kredit.. Jam pula dah nak dekat pukul 12 malam.. Waktu macam ni, memang kedai topup dah tutup; payah nak cari yang masih dibuka..

Lalu dengan berkain pelikat, berbaju pagoda diseliputi sweater menujulah aku ke bandar Kangar..

Lokasi tujuan: Kedai 24jam tujuh sebelas (7ELEVEN)..

Selesai membayar wang untuk resit nombor topup yang aku beli tu, aku buka pintu kedai dan terus keluar.. Lepak kejap atas motorsikal yang masih belum dihidupkan enjinnya sambil tangan dok menaip nombor tambah nilai untuk telefon bimbit..

Tiba-tiba..

Dari kejauhan aku nampak dua orang gadis.. Bak kata orang KL, 'Seksi siot..'. Seorang memakai skirt singkat.. Dan seorang lagi memakai seluar pendek takat paha.. Ala lebih kurang yang macam amoi cina selalu pakai tu...

Lama jugalah mata aku dok perati si gadis yang berseluar pendek tu.. Tak kedip-kedip mata aku memandangnya..

Apa..??

Dalam fikiran pembaca sekarang ingat aku dok pandang apa..??

Bukanlah, betis dan paha tak gebu dia tu aku pandang masa mula-mula tadi saja.. Sekali kan rezeki, dua kali dah jadi dosa tu..

Sebenarnya, aku tengah memerhatikan dia cakap telefon.. Cuba mendengar isi perbualan telefonnya itu.. Tapi masih samar-samar butir bicaranya sehinggalah bila dia betul-betul melintas di hadapanku, ternyata firasat dan telahanku itu benar belaka.. Memang Melayu rupanya..

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku dok bermonolog seorang diri..

"Tu dia aih, dah maju sungguh negeriku sekarang ni.. Setahun lepas, masa aku tinggalkan Malaysia, tak pernah lagi aku tengok si gadis Melayu dressing macam tu kat dalam pekan Kangar.. Kalau yang jenis ketat-ketat, sendat-sendat tu dah jadi benda biasa aku tengok tiap-tiap hari, tiada kepelikan lagi.. Yang aku tengok ni memang dah betul-betul pelik.."

Pelik pasal pa..??

Memanglah aku pelik.. Kalau cara berpakaian macam ni berlaku kat KL singkatan untuk Kuala Lumpur memang aku tak hairan sangat.. Ni KL untuk Kangar Lama maa..

Yang aku lagi pelik, kenapalah semakin manusia maju, semakin kurang pula pakaian yang menutup tubuhnya..?? Kalah orang asli dalam hutan..

Betulkah ini namanya kemajuan..??

***

Saturday, April 9, 2011

Bila Blogger Berbicara Tentang Blog To'wan..

Assalamu'alaikum dan selamat petang..

Al-kisahnya..

Kelmarin dua orang blogger buat review tentang blog tak menarik aku ni.. Ni pun pasal aku sendiri yang minta direview blog aku ni.. Saja nak tahu pendapat serta pandangan blogger lain bila masuk dan singgah kat sini..

Jom kita tengok apa kata mereka..

Kata Pembawa Wacana :

Blog to'wan ni kalau tengok pun dah tau..... blogger yang matang dari segi pemikiran dan penulisan.... Memang bagus dan sangat digalakkan untuk dibaca..... Tapi boleh ditingkatkan lagi mutunya untuk ruangan komen jugak..... sama dengan Salim.... Ditambah dengan buang word notification.... lagi ramai yang komen... entri tu lagi banyak backlink nyer nanti...:)

Entri tu kat (sini)...

To'wan kata : Terima kasih untuk word notification tu Encik Pembawa Wacana.. Dah lama nak buang, tapi selalu terlupa.. Hehe

Kata Cik Aish :

to'wan masuk je blog ni rasa macam baca novel. tagline je dah rasa macam puitis je. hehe.sebenarnya saya suka dengan blog ni! sebab selain template yang simple dan menarik, penulisan dia pun best. jadi saya dapat expect anda bukan blogger yang menulis benda yang remeh. penulisan nampak matang. seronok baca entry dia.

anda menggunakan function read more. jadi blog anda nampak sangat kemas walaupun anda memaparkan banyak entry dalam homepage anda. tak menggunakan short form yang ketara. jadi memang konfem saya duduk lama lama dalam blog anda baca entry. suka!!

Entri tu kat (sini)...

To'wan kata : Baca novel..?? Tagline yang puitis..?? Cik Aish, To'wan rasa kat dalam blog ni, merepek saja yang lebih.. Huhu

Nah ni dua pendapat blogger tentang blog aku ni.. Pembaca pakat setuju @ tidak dengan mereka berdua..?? @ Anda punya pandangan lain..??

Cuma kalau anda semua sedar dan perasan, kedua-dua orang blogger ni cakap, aku nampak matang daripada segi penulisan... Ku renung-renung, ku belek-belek, ku jeling-jeling, tak tau la pula kat mana yang matang tu.. Penulisanku aku rasakan biasa saja macam blogger yang lain, atau mungkin tak layak pun aku nak jadi blogger kat dunia blog ni dengan entri-entri aku tu..

Kata anda pembaca pula, aku matang @ tidak..?? Anda tentukan...

***

Thursday, April 7, 2011

Sebab Entri Pecah Panggung, Pasal Tu Aku Menyepi Diri..

Salam dan selamat petang semua..

Bagi yang selalu mengikuti penulisanku kat blog ni, mesti sedikit sebanyak tertanya juga ke mana aku menghilang terutama mereka yang memang selalu tinggalkan komen kat entri-entri tak berkualiti aku ni..

Sebenarnya.. Aku tak ke mana-mana pun.. Setia kat depan screen laptop aku ni.. Sengaja nak tengok sambutan untuk satu entri aku yang pecah panggung ni ha.. Dahsyat! Dalam sejarah aku berblog, ni kali kedua entriku mendapat sambutan pecah panggung..

Kali pertama dulu, pasal entri aku tu menjadi entri pilihan harian oleh seorang blogger terkenal.. Best juga rasa time ni.. Hehe

Cuma yang kali kedua ni, entri aku tu meletup pasal aku jadi orang yang tegakkan benang yang basah dalam entri tu.. Ni bukan aku kata, tapi encik anonymous yang komen dalam entri tu yang kata.. Siap ada url entri tu kat ruangan forum lagi tau...

Ermm.. Korang tanya entri yang mana..??

Ala.. Takkan tak tau kot?? Korang kan tiap-tiap hari baca penulisan tak berkualiti aku ni, mesti dah boleh agak entri yang mana satu aku maksudkan tu...

Kenapa boleh jadi entri pecah panggung..??

Mestilah pasal aku jadi penegak benang basah macam statement encik anonymous tu.. Puncanya pasal aku kata media massa lapor cerita tak betul untuk satu kes ni..

Aku nak tanya korang ni...

Kalau korang kat tempat aku la kan, tiba-tiba korang terbaca sesuatu yang korang tau memang tak betul kenyataan tu, apa yang korang akan lakukan..??

Pertama, cari peluang untuk betulkan apa yang salah tu..

Kedua, cari orang yang tulis kenyataan itu lalu bubuh pelempang..

Ketiga, diamkan diri saja pasal bukan korang yang buat salah kan..??

Keempat, @ korang punya tindakan selain yang aku sebut kat atas ni..??

Boleh nyatakan kat ruangan komen... tak kisah nak guna betul.. nama samaran.. nama manja.. @ nama anonymous pun aku terima.. Aku takkan delete @ sekat komen korang tu..

Apa..?? Nak komen, tapi tak baca lagi pun entri pecah panggung aku tu..??

Ha.. mudah saja.. Bagi yang belum baca, boleh tanya pada yang dah baca.. Bijak tak aku punya penyelesaian ni..??

***

Wednesday, April 6, 2011

Segmen Review Blog Oleh Pembawa Wacana

Salam dan selamat pagi..

Sebelum pejamkan mata, nak join dulu segmen blog review oleh Pembawa Wacana..



Berminat boleh ke (sini)...

Ok.. berjumpa lagi semua esok hari jika masih dipanjangkan umur.. Wassalam..

***

Tuesday, April 5, 2011

Cadang Suruh Tutup Sekolah Pulak Dah..

Assalamu'alaikum dan selamat petang kepada semua pelawat blog ni..

Kemarahan para penduduk Malaysia masih belum reda.. Itulah analisis ringkasku bila mengambil sedikit masa melayari internet pada hari ini berkenaan kes guru pukul palajar sehingga mati..

Ya.. Jika aku di tempat mereka, aku juga berhak dan akan berperasaan demikian.. Ini fitrah setiap mereka yang berperikemanusiaan, punya nilai kasih sayang dalam diri.. Dan aku tak nafikan tentang ini..

Cuma bila kita menilai berdasarkan maklumat daripada media massa semata, kita mungkin akan tersalah cerita @ fakta.. Siapa boleh berikan jaminan bahawa berita yang tersiar itu langsung tidak lebih sudu dari kuah..?? Tak mahu aku komen, boleh pakat pikiaq sendiri..

Kelmarin pun aku dah kongsikan sedikit cerita kat blog ni.. Bagi yang belum, boleh baca dan klik 'Ustaz Syaitan Itu Sahabatku'..

Biarlah si tertuduh dihukum dengan seadilnya jika memang sudah terbukti dia bersalah.. Kerana sesungguhnya Allah tu Maha Adil.. Dan Dia tidak pernah tidak adil kepada setiap hambaNya.. Mungkin adil pada kita, tetapi tidak adil disisi Allah.. Tidak adil pada kita, tetapi adil disisi Allah..

Cuma yang kurang menyenangkan, bilamana setengah pihak cuba mempolitikkan kes ini..

Terbaru yang aku baca, sebuah pertubuhan politik wanita meminta Jabatan Pelajaran Negeri segera menutup sekolah-sekolah persendirian ini dengan alasan tidak berdaftar dengan Kementerian Pelajar punca utama kepada kejadian ini berlaku..

Sekadar pertanyaan, di sekolah-sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran sendiri, adakah kejadian yang seumpamanya langsung tidak pernah berlaku..?? Tidak pernah berlaku kes guru pukul pelajar..?? Tidak ada kejadian pelajar yang meninggal dek dipukul guru..??

Maaf jika aku nak kata sedikit beremosi macam ni..

Jika nak tutup sekolah-sekolah persendirian ini, tutup dahulu sekolah-sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran di mana pernah berlaku kes yang sama.. Punca sama tapi takkan tindakan tak sama kot..?? Dimanakah nilai keadilannya..??! @ kenyataan kamu sekadar nak serang lawan politik kamu..??

Sekadar tu coretan aku untuk petang ni, cuma sebelum aku berlalu pergi sekadar nak berkongsi sedikit info dan fakta..



Ni gambar sekolah tempat berlakunya kejadian seperti dakwaan beberapa laman web @ blog yang ada tulis pasal isu ni..

Info aku :

Sekolah ini memang aku kenal sangat tapi setahu aku kat atas ni gambar sekolah menengah, sedang pelajar yang meninggal tu baru sekolah rendah..

Sejak bila pula sekolah menengah terima pelajar seawal usia 7 tahun..??

***

Monday, April 4, 2011

Ustaz Syaitan Itu Sahabatku..

Salam dan selamat petang semua..

Ni baru balik dari tempat di mana berlakunya kejadian seorang pelajar sekolah rendah agama meninggal kerana dipukul seorang ustaz yang menjadi tajuk utama akhbar hari ni..

Guru Syaitan..!! Inilah tajuk di dalam sebuah akhbar utama.. Dan berita terkini yang aku dapat, ustaz itu masih ditahan pihak polis untuk membantu siasatan di bawah syeksen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh membawa kepada hukuman mati..

Dan laman web, blog serta sosial juga menjadikan ini sebagai tajuk utama penulisan mereka pada hari ni.. Dan daripada komen dan penulisan mereka yang aku baca, rata-rata pihak menyalahkan si ustaz ni disebabkan tindakannya itu..

Komen aku sendiri..??

Entahlah.. Aku tidak berniat untuk memberikan sebarang komen.. Takut menyingung perasaan sesetengah pihak.. Biarlah pihak polis jalankan tanggungjawab mereka.. Dan pihak pentadbiran sekolah juga telah memberikan persetujuan untuk mengadakan sidang akhbar pada keesokkan harinya.. Sama-samalah kita tunggu..

Cuma sekadar yang aku nak kongsi..

Ustaz yang ditahan itu memang amat aku kenali sekali.. Dia salah seorang sahabatku.. Walau pada satu ketika kami berkhidmat di sekolah yang berlainan; aku di sekolah menengah manakala dia di sekolah rendah, tapi tetap di kawasan yang sama..

Pendek kata, saban hari aku berjumpa dengan ustaz ni.. Dan orangnya pula.. Seorang yang lemah-lembut butir percakapannya, murah dengan senyuman, dan senantiasa bergurau dengan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama sekolah itu dengan dia menjadi wardennya..

Bila terpampang berita ini kat akhbar hari ni, memang aku terkejut sebenarnya.. Antara percaya @ tidak.. Bagaimana seorang ustaz yang berwatakan lemah-lembut macam dia tiba-tiba boleh bertindak sehingga ke tahap sebegitu..?? Yang ni pun aku no komen juga..

Kebetulan tadi berjumpa dengan ayah angkat mangsa yang meninggal tu.. Macam -macam yang dia cerita.. Bermula saat keluarga dia ambil bela si mangsa masa berumur 2 tahun sehinggalah ke nafas terakhirnya.. Dalam dia dok bercerita tu, adalah cerita kurang enak yang aku dengar dari mulut si ayah angkat ni berkenaan ayah kandung si mangsa.. Aku tak mahu cerita kat sini, takut mengaibkan si ayah kandung..

Sebelum aku tutup penulisan aku petang ni, sekadar renungan kita bersama..

Wajarkah kita nak nak salahkan ustaz tu 100% atas apa yang berlaku sedang kita sendiri tidak tahu usul pangkal cerita yang sebenarnya..??

Yang wartawan ni pun satu, selalu sangat nak sensasikan akhbar sendiri.. Sehingga terkadang, fakta @ berita yang diberikan langsung tidak benar.. Bila baca akhbar tadi, aku mengeleng-gelengkan kepala seorang diri.. Dari manalah korang dapat cerita-cerita ni..?? Sedang pihak polis pun masih dalam siasatan, korang wartawan dah terlebih dahulu menghukum si pesalah..

Bukan aku tak kasihan dengan si mangsa yang meninggal.. Bukan aku tak kasihan dengan keluarga si mangsa bila kehilangan orang yang tersayang.. Cuma sebagai manusia, kita sendiri ni semaksum malaikatkah sampai nak menghukum orang yang belum terbukti kesalahannya @ jika sememangnya bersalah pun, patutkah gelaran 'syaitan' @ seumpamanya itu diberikan..??

Tepuk dada tanya iman masing-masing...

Aku akhiri coretan pada petang ni dengan cebisan rasa dari blog seorang sahabat yang dulu pernah menjadi guru sandaran di sekolah yang sama..

Nak baca, bolehlah ke sini.. Ustaz Syaitan! Guru Kejam! Warden Zalim! (klik)

***

Sunday, April 3, 2011

Sebelum Terlambat, Berpantanglah Wahai Kaum Ibu..

Assalamu'alaikum dan selamat malam semua..

"Bila kita ikhlas memberi, Tuhan akan kurniakan sesuatu yang kita sendiri tidak sangka-sangka"..

Ni hikmah tersurat dan tersirat yang aku dapat dalam segmen Ben Ashaari yang aku join tengahari tadi.. Walau niat asal aku join segmen semata-mata nak tolong promote blog rakan-rakan blogger.. Tapi alhamdulillah follower blog aku pun turut bertambah meskipun tak banyak.. Nak baca, entri tu kat (sini)..

Ok.. Terus saja ke tajuk entri yang aku tulis untuk malam ni..

Petang kelmarin ke rumah seorang teman.. Sejak balik Malaysia, ni baru berkesempatan nak jumpa dia.. Kat rumah dia kelmarin, mak dia pun bukalah cerita..

Menurut cerita mak kawan aku ni, kelmarin dulu seorang jiran dia dimasukkan ke hospital akibat koma.. Punca dia, seorang ibu baru lepas bersalin terlanggar pantang.. Mula-mula kena kancing gigi, kemudian rebah lepas tu terus koma..

Uishh.. Dahsyat sungguh penangan orang yang baru lepas bersalin bila langgar pantang yer..??

Balik rumah, aku story balik cerita mak kawan aku ni kat mak aku.. Lalu mak aku pula buka cerita.. Mau tak mau kena pasang telinga dengarlah walau masa tu jam dah 2 pagi.. Yang aku ni pun, tu la sapa suruh pandai-pandai buka cerita.. Huhu

Dalam dok melayan cerita mak aku ni.. Sambil banyak jugalah petua orang tua-tua yang dia kongsi dengan aku semalam.. Tiba-tiba dia sebut cerita dulu-dulu, iaitu selepas 4 bulan aku lahir kat dunia ni..

Mak aku kata, "Masa angah umur 4 bulan, mak tiba-tiba sakit.. Lepas tok bidan mai check, rupa-rupanya batu meroyan lari dari tempat dia.. Ni dalam mak dok berjaga-jaga dan berpantang masa lahirkan angah.. Tapi Allah nak bagi juga sakit.."

Batu meroyan tu apa..??

Entahlah.. Aku pun tak tau juga.. Koranglah tanyalah kaum ibu.. Tidak pun tanya tok bidan @ doktor sakit puan..

Output serta input berguna yang aku dapat daripada cerita mak aku dan cerita mak kawan aku semalam..

Orang baru lepas bersalin ni kenalah jaga kesihatan diri dia.. Apa salahnya tahan sekejap selera nak makan macam-macam tu masa masih dalam pantang..?? Orang tua-tua cakap seeloknya, 100 hari lepas bersalin baru boleh nak makan macam-macam.. Juga nak bersama si suami kembali..

Cuba fikir jika tiba-tiba berlaku macam kisah jiran mak kawan aku ni..

Satu, sudahlah anak tu baru saja lahir.. Dibuatnya tak mau menyusu botol juga menyusu dengan orang lain masa si ibu tengah koma, tidakkah menganiaya si baby tu..??

Kedua, orang bila tengah koma peluang dia nak hidup @ mati. 50:50.. Jika dah tertulis Allah lebih sayangkan si ibu, agak-agaknya bagaimana kehidupan seharian si suami juga anak-anaknya yang lain di kemudian hari..?? Mengertikah si anak yang masih kecil bahawa mak dia dah tiada kat dunia ni..??

Lebih baik berjaga sebelum kena.. Walau kesan kita tak berpantang tu tidak terkesan pada hari ni, mungkin bila umur dah menjangkau sedikit baru kita akan terasa kesannya..



Jadi pesanan aku kepada kaum-kaum ibu, terutama kepada ibu-ibu yang usianya masih muda,

"Sebelum Terlambat, Berpantanglah Wahai Kaum Ibu.."

***

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

1. sila letak HEADER BEN ASHAARI BLOG



2. Tajuk : GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Catatan Penulis:

Kenapa ringkas sangat entri aku kat atas tu..??

Ntah.. Yang ni korang tanya kat Ben Ashaari la.. Aku ikut syarat jer..(sini)

***

BLOG NI AKU RASA PATUT POPULAR LAA..

Salam dan selamat sejahtera semua.. Mudah-mudahan semua sihat dengan izinNya...

Hari ni aku join lagi segmen Ben Ashaari.. Segmen hari ni sebenarnya, lebih kepada kita sendiri nak promote blog orang lain.. Blog yang patut popular tapi kurang kepopularannya pada pandangan mata kita..

Cakap banyak tak mau.. Terus saja kepada segmen Ben ni..

Header tuan segmen..




Tajuk : BLOG NI AKU RASA PATUT POPULAR LAA..

5 blog yang korang rasa patut popular dan kenapa korang rasa blog tu patut popular..

Actually kalau Ben tak hadkan 5, nak saja aku letak lebih daripada tu.. Ok.. Kat bawah ni pilihan aku.. Semuanya blog kawan-kawan terpilih yang aku rasa patut popular..

1&2 Blog dua-beradik; kakak dan adik perempuan..

Relaks..Tenang..Simple..(sini)

My Life Is Great!!! (sini)

3 Blog kawan serumah sewa dan sebilikku.. Ini Blog Anak Kareem.. (sini)

4 Blog pengomen tegar kat blog aku.. DIARIKU CORETAN KU DI SINI (sini)

5 Blog sahabat di alam maya.. PENA CIKGU (sini)

Semua yang aku pilih kat atas ni pasal aku rasa korang pasti akan dapat output dan input berguna bila singgah kat blog mereka.. Tapi sayang, blog sebagus ini kurang pembacanya...

Pada pendapat korang , apa yang patut dilakukan untuk popularkan sesebuah blog itu ?

Promotelah kat mana-mana tempat yang boleh kalau nak blog popular.. Lepas tu pastikan entri-entri anda tu bagus.. Bila entri bagus, baru ramai orang yang akan mempopularkan blog anda tu.. Juga jangan kedekut trafik (ini Ben yang kata).. Dengan ini barulah blog anda akan popular...

Pentingkah populariti sesebuah blog dan kenapa ?

Ya.. bagi aku penting.. Bila blog popular apa-apa yang nak disampaikan lebih mudah dan cepat.. Cuba blog tu tak popular, tulisan yang bagus pun, tiada bermanfaat juga pasal tiada nak orang masuk baca...

Ok.. selesai sudah.. Sesiapa nak join boleh pi (sini)

***

Bila Atukku Yang Berusia 90 Tahun Belajar Memandu..

Assalamu'alaikum semua..

Hari ni seharian aku sedikit kesibukan.. Pi sana.. Pi sini.. Jadi tiada masa nak update blog.. Hehe

Malam ni nak cerita pasal atuk sebelah mak aku ni..

Al-kisahnya..

Petang tadi dia suruh aku ajar dia bawa kereta.. Atuk aku ni masa muda-muda dulu bukan tak pandai bawa, cuma bila mai tua ni saja yang dah tak pernah pegang stereng langsung.. Kuikui..

Lalu berlakulah satu sesi pengajaran pemanduan dengan tunjuk ajar daripada seorang jurulatih tak bertauliah iaitu diri aku sendiri.. Kereta latihan.. Sebuah kancil bergear automatik.. Dan tempat latihan.. Sebuah taman perumahan.. Ngee..

Mak ai.. Sugguh aku tak tipu.. Peluh jantan mula menitik tak berhenti-henti membasahi tubuh sampai stereng kereta tu beralih tangan kepada aku kembali..

Pasal pa..??

Mestilah aku cuak chek oi.. Kalau kereta jurulatih bertauliah bawah kaki dia tu ada brek kecemasan.. Kereta jurulatih tak bertauliah mana ada... Haha

Apa-apa pun alhamdulillah tiada kejadian tak diingini berlaku.. Kereta tak terbabas masuk longkang.. Juga kereta tidak melanggar benda-benda yang tak sepatutnya.. Aku tabiklah dengan atuk aku yang sorang ni.. Huhu

Sedikit info tentang atuk aku ni..

Umur dia dah lebih 90 tahun.. Tapi alhamdulillah tubuh badan masih sihat... Masih mampu ke sana sini menaiki motorsikal seorang diri.. Cuma kadang-kadang tu memang aku risau jugalah akan keselamatan dia.. Orang cakap malang tak berbau.. Takut terjadi apa-apa pada dia kat tengah jalan.. Orang tua-tua kan..??

Masa muda-muda dulu macam-macam kerja atuk aku buat.. Cuma bila dah berusia ni, dia jadi bomoh perubatan tradisional full time.. Nak jadi bomoh, terlebih dahulu diri sendiri mesti sihat walafiat kan..??

Nak tahu rahsia tubuh badan dia masih gagah walaupun dah berusia..??

Ok.. Yang ni insyaAllah aku kongsikan pada coretan yang akan datang jika berkesempatan..

Aku pun dah start jaga tubuh badan aku sekarang ni dengan petua-petua yang atuk aku berikan.. Tak maulah bila baru nak menjejak usia 30 tahun, macam-macam penyakit dah yang melekat kat tubuh.. Mencegah lebih baik daripada mengubat bukan..??

Nak tengok wajah atuk aku tu..??

Korang pandanglah gambar profil blog aku ni, itulah wajah atuk tersayang aku... :)

Sekadar tu dulu coretan aku pada malam ni, moga ketemu lagi...

***

Saturday, April 2, 2011

Singkatnya Masa Khatib Berkhutbah..

Salam dan selamat pagi..

Masuk ni, minggu kedua aku berjumaat di Malaysia.. Tajuk khutbah khatib siang tadi, 'Kufur Nikmat'.. Point penting yang aku dapat dalam khutbah tadi,

"Kufur itu lawannya syukur.. Selalu bila kita dapat nikmat, kita akan jadi kufur dengan Tuhan.. Nikmat umur.. Nikmat masa lapang.. Nikmat kesihatan.. Nikmat masa muda.. Dan pelbagai nikmat lagi yang Allah kurniakan kepada kita.. Bila dah hilang hilang nikmat itu satu hari nanti, baru kita akan rasa syukur masa dikurniakan nikmat dulu.. Masa tengah beroleh nikmat, selalu sahaja kita ini jadi kufur...".

Ok.. Berbalik kepada tajuk entri kat atas tu.. Sekadar nak sembang kosong dengan anda semua pada pagi ni..

Tadi azan dilaungkan pukul 1.25 tengahari.. Tepat pukul 2 selesai khutbah sekali dengan solat fardhu Jumaat.. Mak ai.. Cepatnya aku rasa.. Tak tau kot aku seorang saja yang rasa macam tu, makmum yang lain tidak.. Mungkin masih terbawa-bawa suasana kat Yaman tu bawa balik ke Malaysia kot..

Di Yaman.. Jika aku terlewat setengah jam pun ke masjid, khatib baru habis separuh untuk khutbah pertamanya..

Lagi satu, khatib kat sana bila berkhutbah tak pakai teks.. Apa saja yang dia rasa nak cakap dia cakap.. Sebab tu aku rasa penyampaian mereka lebih ikhlas.. Sampai kepada hati sanubari makmum yang mendengar..

Bila dok kat Malaysia ni, tajuk khutbah tu dah ok dah tapi kesannya kepada makmum yang mendengar macam mana..??

Tadi pusing kanan, ada yang tidur.. Pusing kiri, ada yang tidur.. Pusing belakang, ada yang tidur.. Tengok depan aku pun, ada juga makmum yang tidur...

Punca utamanya apa..??

Pandangan aku.. Khatib kita kat Malaysia ni baca teks khutbah bukannya berkhutbah.. Dia hanya baca orang lain tulis, bukannya daripada dirinya sendiri, walau terkadang dia rasa tak setuju @ kurang senang dengan teks khutbah yang dibacanya itu.. Lalu jadilah makmum yang mendengar pun payah nak melekat apa yang disampaikan di hati.. Usai solat, sampai rumah terus lupa apa yang khatib khutbahkan tadi..

Lagi satu yang aku nampak, di kawasan-kawasan kampung ni khatib dia dah veteran.. Maksud aku dah separuh abad umur dia.. Kadang-kadang sudah tak jelas pun butir bicaranya.. Baca khutbah pun macam dia sendiri yang nak tidur.. Ni bukan aku nak kondem ok.. Sekadar menyatakan satu fakta..

Saranan aku kepada pihak yang berwajib, apa salahnya gantikan masjid-masjid kat kampung ni dengan imam-imam yang lebih muda..?? Imam-imam tua pula bukan aku suruh ketepikan terus, tapi letakkan pada bidang-bidang yang masih diperlukan khidmat mereka..

Rasa-rasa aku, beribu graduan yang dah balik dari Timur Tengah juga lulusan Pengajian Islam daripada universiti tempatan tetapi kebanyakkan kerja J-Qaf saja, sedang penglibatan mereka dengan masyarakat pula masih terbatas.. Kenapa tak gunakan ilmu serta kebolehan mereka-mereka ini..?? Gunakan darah muda yang masih mengalir dalam diri mereka itu untuk kebaikan ummah..

Sekadar luahan rasa daripada diriku yang masih mencari potensi diri..

Wallahu'alam..

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...